'Tune'kan diri jadi muda remaja

6:08 PM ct nasyrah 0 Comments

Bila dah kawan-kawan opis ramai yang masih muda bujang belaka ni, aku pun kena jugak la tune diri aku untuk kembali berpikiran seperti muda mudi bujang jugak.
Aittt.. bukan maksudnya nak kena berpura-pura bujang balik dan carik boypren ke skandal ke apa eh.
Cuma kena memahami jiwa dorang.
In order ko boleh masuk join conversation dengan diorang nih.

Cerita bermula apabila salah sorang opismate start cerita tentang tunang beliau.
Kisah-kisah cinta yang happy dan jugak kisah sedih sebab bergaduh dengan tunang.
Lalu mengingatkan aku tentang pengalaman aku jugak masa zaman dulu-dulu sebelum kawen.
Lepas cerita pasal bergaduh, cerita pulak pasal ade orang lain minat la, ade crush kat someone else la.

Crush with someone else.
Hmmm...
Lama dah eh. 
Tak ada perasaaan itu. 
Aku pun dah lupa macam mana.
Tapi yang aku tau perasaan tu memang seronok.
Tiap-tiap hari teringatkan si dia, rasa macam ada satu semangat dalam diri.
Berkobar-kobar nak tengok dia.
Walaupun di kejauhan. 
Last aku ingat ade perasaan ni time sekolah kot.
10 tahun lebih jugak la adanya.
Hahaha.

Tapi bila adik-adik atau kengkawan yang masih baru nak mencari cinta ataupun masih dalam in relationship ni ada masalah, terkenang pulak diri aku.
Terkenang macam-macam peristiwa suka duka yang aku alami dulu.
Zaman bercinta yang penuh pancaroba.
Haha. Hiperbola sangat la tu pancaroba bagai.
Memang ye pun weh.

Selalu bila dorang ni mengadu masalah dengan aku, soalan pertama  yang pasti aku tanya.
"Dah bape lama korang kenal?"
Kalau setakat baru beberapa bulan, aku akan bagi advice macam ni.
"Biasala tu, 1-3 tahun pertama perkenalan, memang akan berlaku banyak kali pergaduhan. 
Sebab apa kena bergaduh?
Sebabnya, tahun pertama tu tahun untuk mengenal hati budi.
Kalau tak bergaduh, kita takkan kenal apa yang si dia suka atau benci.
Same goes to him/her.
Dia takkan tau apa yang ko suka atau tak suka.
Dan sebenarnya bergaduh tu akan membuatkan korang belajar sesuatu perkara selepas itu.
Tentang what is do and don't.
Manusia kan.
Standard la.
Belajar dari kesilapan.
Jadi lepas ni, pasangan korang tau la apa yang kita suka atau tidak.
Dan semasing pun belajar macam mana nak handle sesuatu isu atau masalah atau perbezaan pendapat.

Dan selalunya bila bergaduh, kena salah seorang tu beralah.
Ini mesti.
Sebabnya?
Kalau dua-dua pun ego melangit, memang tak lama la hubungan tu.
Siapa yang minta maaf dulu, bukan bermaksud kalah, tapi dialah pemenang.
Pemenang kerana berjaya melawan ego dan kemarahan.
Yang penting, hati semasing kena kuat untuk terus bersama.

Jadi kalau bergaduh tu janganlah lama-lama.
Kalau belum kawen, memang la boleh merajuk tak nak angkat call atau tak jawab sms/whatsapp bagai.
Dah kawen sok?
Nak sorok ke merajuk kat mana?
Balik-balik jumpa dia jugak.
Haha.

Tu pasal la sekarang, bila dah kawen dan beranak pinak ni, lama dah tak bergaduh panjang.
Sikit-sikit tu adatla kan.
Sedangkan lidah lagi tergigit orang tua kata.
Tapi, tak lama.
Sebab bergaduh benda remeh.
Malas nak pikir.
Sebab terlalu banyak benda lain yang lebih penting nak pikir.
Iaitu namanya tanggungjawab.

Dan sekarang jugak, perasaan tersuka tanpa sengaja tu memang dah takda la.
Hati ni aku rasa dah penuh.
Penuh dengan rasa cinta terhadap suami.
Penuh dengan rasa sayang terhadap anak-anak.
Adik beradik dan ibu bapa serta mertua yang berada di sekelilingku.
Takda lagi kekosongan yang perlu diisi.
Mungkin tu la sebabnya walau pelbagai orang yang aku jumpa, takde rasa apa.
Hensem dan tampan atau romantik macam mana pun la kan.
Kalau tak mencari, takkan la berjumpa pulak kan?

Apa-apapun kita berbalik je kepada konsep S.Y.U.K.U.R.













0 comments:

Pesanan untuk suami isteri

6:18 PM ct nasyrah 0 Comments


Pernah tak sebagai suami, anda tetiba Allah turunkan kesulitan yang tidak pernah masuk dek akal anda. Dari satu ke satu di timpanya. Cuba check isteri anda bagaimana. Cuba cari contoh kawan-kawan, saudara mara yang berjaya. Macam2 lah kejayaan. Cuba tanya isteri dia macamana mereka di treat oleh the husband.

Selalu dok nasihatkan adik-adik lelaki sendiri, dan sahabat2 kolej, sekolah, bekas tempat kerja di telegram dan whatsapp - isteri yang pendiam, tidak banyak meminta, tidak banyak complain, belakang awak dia menangis mengadu pada Allah SWT biasanya. Awak balik takkan nampak mata dia bengkak menangis ke. Dia senyum.
Dia punya relationship dengan Allah tu kuat biasanya. Dia hanya tahu meminta pada Allah SWT sahaja.

Pernah tak...

Bila kete tetiba rosak
- ce evaluate balik, ada tak pernah kita lupakan isteri dan guna kereta dan lupakan dia - hatta nak membeli prepaid top up sekalipun, ada tak bagitau dia, ada tak tanya dia nak apa2 ke kita keluar tu?

Bila projek kita tak jalan
- ce evaluate balik, ada tak kita nazar kalau dapat projek tu, kita janji bagi isteri kita sikit. Dah la tak pernah minta apa-apa. Even jenama shampoo apa dia pakai pun kita tak ambil tahu

Bila kita berantakan dengan orang lain, gaduh dan ada masalah
- ce evaluate balik, ada tak kita minta maaf dulu kat isteri, sebelum kita pergi memana, tak bawa dia. Sebab dia kat rumah makan nasi goreng telur dan kicap dan kita dah tentu big bos belanja makan macam2

Bila kita tetiba buat mistake dalam kerja kita, bos kita marah kita gila2 teruk
- ce evaluate balik, ada tak masanya kita memang ada attitude problem, tapi isteri nak jaga good relationship dia tak tegur, dia cuma panjatkan doa dan mohon pada Allah beri petunjuk sebab kalau isteri kita yang tegur, kita melenting tak tentu pasal. Dalam setahun kita boleh kira berapa banyak kita gaduh dengan isteri. Kita buat salah gila2 teruk pun isteri orang yang pemaaf.

“Sesungguhnya, Doa yang segera dikabulkan oleh Allah adalah Doa seorang (istri) kepada orang lain (suami) yang tidak berada di tempat yang sama (berjauhan).” (HR.Tirmidzi)

Tak susah jadi isteri solehah. Sabar dan minta pada Allah kan, walau sebutir garam sekalipun

note:found this in FB that really relates to me.


0 comments:

Auntie kerek kat McDonalds

6:43 PM ct nasyrah 1 Comments

Kelmarin bebudak opis ajak makan kat Mc Donalds.
Erkkk..tak suka sebenarnya lunch kat Mc Donalds.
Aku tak tau nak makan apa kat sana.
Dah la mahal.
Portion kecik.
Makanan unhealthy.
Israel.

Haha.
Nak kata aku boikot.
Boleh katakan ye jugak la.

Tapi dorang dah ajak kan.
Takkan aku sorang je tak nak pegi.
Karang cakap aku anti social plak.
Ok la.
Aku pun gerak sekali naik kete dorang.

Sampai je sana, kebetulan kaunter masih tak ramai.
Aku ni dah la rabun jauh.
Meraban aku tengok menu.
Lepas tu kawan opis sorang ni tolak aku terus ke kaunter order.
Walhal aku lum decide lagi nih nak nak makan apa.

Ade auntie ni tgh jaga kaunter tu seraya dia berkata.
"makan sini atau bawak balik?"
"ermm..makan sini". Jawab aku.
Pastu aku punya mata kecik besar kecik besar je pandang menu atas kepala dia.
"yang berger tu ada set ke? ke berger saja?" aku tanya.
Dia pun dengan muka kerek jawab, "yang tu berger saja. kalau nak tambah benda lain boleh add on".
Aku pun blur-blur jugak lagi nak makan apa.
Biasa aku order berger ayam tu je.
Tapi mahal tu.
Memandangkan aku tengah takde sen nih, aku nak murah-murah je.

Dekat beberapa minit jugak la aku termangu-mangu kat situ.
Auntie tu pun dah start 'buat muka'.
Aku dalam hati cam "Ekk elehhh ape menda auntie nak marah. tak boleh saba ke ape."
Bila aku nampak dia dah geleng kepala tu, aku pun terus je order.

"bagi je la berger tu. tambah skali fries".
Auntie tu pun key in order.
"oo kalau macam ni saya kira set je lah."
Eh, ada pulak.
Tadi kata takde set.
Burger je.
Ishhh.

Nasib la tak mahal.
Tak sampai rm10 pun.
Lepas je amik makanan, aku pun makan kat meja dengan budak-budak lain.
After abis makan sume, aku teringin nak milk shake chocolate.
So pegi kat kaunter, tengok auntie tu je sorang bukak kaunter.
Aku pun pegi la order milkshake chocolate satu.

Dengan kereknya makcik tu jawab.
"milkshake takde, ais krim takde".
Walhal aku nampak ade brader Mc D sebelah dia tu tengah bagi ais krim kat sorang budak nih.
Aku cam dah la blah la dari sini.
Apa benda semua takda.

Lepas tu aku pun keluar dari Mc D ke kedai lain.
Kawan sorang ni kata dia nak beli something jap kat McD lagi.
Dia suruh kteorang jalan dulu.

Lepas tu kawan ni balik ke tempat kteorang dengan aiskrim sundae di tangan.
Aku pun tanya.
"Eh tadi auntie tu kata takde aiskrim?"
"Tadi pun masa i order aiskrim ni, auntie tu pun kata takada.Lepas tu mamat staf Mc D sebelah dia cakap auntie kalau malas nak amik order ais krim, jangan la kata takada kat customer. Bagi je saya yang buat!".

Aku cam Eiiii..dasar auntie pemalas! kerek plak tuh! Macam ini pun ada ke?
Kalau kau malas tak payah keje la.






1 comments:

Restoran Amber Chinese Muslim Review

6:18 PM ct nasyrah 0 Comments

Pintu masuk restoren

Sapa nak rasa Mee Tarik yang super sedap?
Haa boleh pegi sini.
Rekomended!

Suatu hari En.Dd kasi link FB restoran baru bukak dekat area rumah kteorang.
Hari-hari dia lalu jalan tu nampak la bangunan Nexus tu.
Lepas tu kat cermin dia nampak la nama Restoran ni.
Dia pun carik kat tenet jumpa la pasal Restoran Amber ni.
Baru tau rupanya restoran chinese muslim.

Kebetulan hari tu aku tak keje.
Cuti emergency since my baby Ilyas tak sihat.
Lepas gi beli ubat dia kat farmasi, dah masuk time lunch.
En.Dd pun bawak kteorang datang restoren ni nak rasa makanan dia.

Memandangkan aku datang time weekdays, so parking banyak la dalam bangunan Nexus ni.
Sampai je kat situ kat pintu masuk dia nampak ada tulisan bahasa cina.
Dari luar macam typical restoren cina biasa je.
Tapi dah tulis chinese muslim so halal la.

Masuk je dalam, tengok ruang restoran huii besar ok.
Memanjang sampai ke hujung.
Susun atur dia simple, nice and cosy.
Restoran baru kan. So memang cantik la.



Kami pun duduk di salah satu meja yang ade berdekatan dengan pintu.
Memandangkan itu je meja yang masih kosong.
Lain-lain penuh dah dengan orang yang datang.
Maklum je la time lunch.
Terus je sorang pelayan datang hantar menu.



Before aku datang sini, dah ade usha-usha menu dia kat tenet.
En.Dd cakap makanan ni dari China Utara.
Kat sana memang sejuk.
Jadi mostly makanan dia ialah daging kambing atau lembu yang masak cili.
Daging dengan cili kan memberi kesan panas dalam badan.
Sebab tu la kot makanan dia mostly ada masak cili.
Merah-merah je warna makanan.
Haha.
Tapi ade je sup yang tak pedas.
So boleh la kalau nak bawak budak-budak makan kat sini jugak.

Aku dah memang aim nak makan mee tarik.
And pada masa yang sama nak rasa kebab daging dia jugak.
Kebab daging dorang yang rupa macam sate tu.
Kita nampak macam sate daging.
Tapi dalam menu dorang bubuh nama kebab.
Lantak la.
Bukak menu jumpa set mee tarik ni.
Siap ade kebab daging skali.
So dah pun mencapai matlamat aku nak rasa dua-dua.
Dan aku pun order set yang ni dengan air jagung.

En.Dd plak order mee tarik daging cincang dengan air tembikai.
Pastu dia add on dengan kebab kambing.
Faverat dia la tu.
Daging kambing.

Makanan kteorang sampai dalam lebih kurang 10-15 minit la.
Tak de la lama sangat menunggu pun.
En.Dd bagi aku rasa dulu mee tarik tu.


Kiri: mee tarik daging. Kanan: mee tarik daging cincang

Fuhhhh...sedapnyaaaa.
Mee dia lembut sangat.
Kuah plak terasa rasa daging.
Masin dan penuh rasa macam daun bawang ke sup ke macam tu lah.
Kena la dengan tekak aku.
Sampai aku hirup-hirup kuah dia.
Portion banyak tapi tak muak pun.

Yang aku punya mee tarik daging.
Ada la dalam beberapa slice daging dalam tu.
En.Dd punya mee tarik daging cincang.
Yang itu lagi la super sedap!
Aku punya pedas skit.
Yang En.Dd punya tak pedas.


Kiri: Air jagung dan tembikai

Dalam aku punya set ada kebab ayam kot.
Sebab nampak daging dia cam kaler putih.
Kebab tu bagi aku penuh rasa rempah dengan bijan.
Pedas sikit dan masin.
Tapi sedap la.
Boleh tahan.
Kebab daging pun rasa rempah yang sama.
Lembut jugak. Tak liat.
Cuma portion dia kecik untuk satu cucuk tu.

Harga?
Berpatutan.
Semangkuk mee tarik ni harga dia dalam RM8 lebih la. Plus gst.
Kebab daging tu 1 cucuk RM2 ringgit.
Air pun murah je.
Jus tembikai tu RM5 dengan jus jagung tu RM4.80 tapi gelas dia besar ok.
Puas minum.
Air dia pun actually banyak pilihan teh.
Teh jasmine la, teh herba cina, teh itu ini ape pun aku tak pasti sebab tak penah rasa.
So play safe order je jus buah.
Haha.

Total kteorang punya bil hari tu dalam around Rm45 ringgit.
Ok la kan.
Ade banyak lg pilihan makanan lain.
Macam lauk daging masak cili, tofu, sayur, sup, ayam ada, ikan pun ada.
Harga pun tak mahal sangat.
Tak sampai ratus-ratus pun lah sepinggan.

Ada private room jugak kat sini kalau nak bawak family ramai-ramai.
Tapi kena call book dulu la kot.

Sapa-sapa peminat makanan chinese boleh la pegi sini.
Rasa sendiri masakan dari China Utara.
Pedas masin dan diorang olah skit untuk sesuaikan dengan tekak orang Mesia nih.

Cek it out la kat FB dorang Amber Chinese Muslin Restaurant

Amber Chinese Muslim Restaurant
Address: Unit - 1-14, Level 1, Nexus No. 7, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, MalaysiaOpen hours: Mon-Sun:10:30-22:30
We served Halal Chinese Cuisine origin from China.Tel: 1-800-22-6060 / 03-2242 1010

0 comments:

Transition to adulthood

3:24 PM ct nasyrah 0 Comments




Sebenarnya dah lama terpikir tentang hal ni.
Tentang interest atau kesukaan aku yang telah berubah sedikit demi sedikit seiring dengan pertambahan umur.
Kesukaan tu meliputi pelbagai sudut.

Contoh pertama: Jenis lagu

Aku pun tak tau la entah bila aku tetiba minat lagu rock kapak.
Lagu rock zaman search, wings, iklim.
Walhal masa umur aku di zaman belasan tahun dan awal 20an, aku cukup benci rock kapak.
Masa tu aku suka lagu-lagu terkini.
Lagu yang tengah in trend macam britney spears, siti nurhaliza, linkin park, maroon5 dan lagu-lagu zaman 2000 la.

Sekarang ni, lebih pelik, aku suka lagu-lagu lama.
Contohnya lagu keroncong, irama tradisional, lagu zaman 70an,80an,90an.
Penyanyi pun aku minat orang lama macam P Ramlee, Saloma, M Nasir, Ahmad Jais, Ramlah Ram, Sharifah Aini. Haha.
Tapi Siti Nurhaliza tu memang tak boleh tak minat la.
Sampai bila-bila pun akan minat dia kot.
Aku rasa aku lebih suka lagu-lagu yang mempunyai nilai estetika, lagu yang ringan dan tenang je bila dengar.
Macam lagu M Nasir tu sebenarnya penuh dengan cerita kisah Nabi dan ketuhanan sebenarnya.
Lagu tradisional macam ghazal, keroncong pun aku layan sekarang ni.
Sebab feeling relax and mendayu je.

Contoh kedua: Perasaan sabar dan lebih positif

Semakin bertambah umur, aku rasa macam-macam pengalaman yang aku lalui.
Apa-apa je lah. perkahwinan, hubungan suami isteri, jadi ibu bapa, jadi pekerja, jadi pelajar.
Semua tu mengajar aku tentang banyak perkara.
The do's and don'ts.
Macam mana nak handle sesuatu situasi sukar semasa zaman belajar dan bekerja.
Menghadapi emosi bila dalam suatu perhubungan antara 2 insan.
haa Chewaahh.
Belajar bersabar bila dah ada anak-anak.
Kalau dulu tahap kesabaran boleh 50%.
Tapi ada anak-anak dan suami ke'up' lagi tahap kesabaran tu jadi 200%.
Dan semakin bertambah umur juga menyebabkan aku dapat berfikir lebih rasional and positif dalam menghadapi rencah kehidupan.

Contoh ketiga: Kesukaan dengan pinggan mangkuk, periuk, perkakas dapur dan tupperware

Ini lagi la pelik.
Masa kecik-kecik dulu aku tak paham kenapa umi aku suka sangat beli pinggan mangkuk. Masalahnya beli banyak-banyak yang cantik-cantik tu bukannya pakai pun.
Susun la lawa-lawa dalam almari tu.
Buat hiasan.
Yang pakai guna hari-hari ni la yang jenis plastik atau yang biasa-biasa je.
Kalau nak guna pinggan cantik-cantik ni tunggu la ade orang datang umah ke.
Aku ingat nak menunjuk-nunjuk.
Rupanya nak ikut sunnah Rasullah SAW.
Adab nak memuliakan tetamu.
Tetamu tu kan datang membawa rezeki dan kebaikan.
And paling ultimate, aku penah berangan nak ade macam-macam jenis periuk.
Periuk kukus la.
Periuk menggoreng la.
Periuk ajaib la.
Haha adoi.
Masaknyaaa haromm..nan hado!

Contoh keempat: Cara bercakap dan bersosial

Aku perasan la sejak akhir-akhir ni.
Aku semacam tak reti nak 'in' dengan budak-budak kat opis yang kebanyakkannya muda dari aku.
Walaupun aku budak baru, tapi yang dah lama keje kat sini masih muda mudi lagi.
Ada yang fresh grad dan dalam setahun dua berkerja.
Jadi, cara nak berborak dengan dorang-dorang ni lain.
Muda kan.
Fikiran dorang lain.
Aktiviti yang dorang join pun lain.
Aktiviti orang bujang.
Acaner la aku nak ikut.
Dan akhirnya aku rasa cam bosan berborak dengan dorang sebab rasa cam takde input yang dorang nak sampaikan yang membolehkan kita sambung cerita.
Alih alih aku lak bercerita macam-macam.
Lepas tu dorang cam dengar dan diam.
Macam orang baru tau pasal benda nih kan.
Ye la.
Aku mesti la bercerita ikut pengalaman aku.
Nanti karang aku termasuk bab-bab parenting ke, bab politik ke ape dah dorang jadi diam tak tau nak reply.
Camne lak aku yang nak kena pikir cam budak-budak?
Dan paling 'akward' moment bila budak-budak muda bujang nih dorang bercakap psl sex and perkara lucah.
And aku jadi 'akward' bila dorang gelak gila-gila cakap or buat lawak pasal benda lucah.
Aku nak gelak sama pun gelak tak ikhlas je la.
Kih kih.
Tapi aku dalam hati paham la.
Orang bujang kan.
Belum kawen, kalau cakap pasal benda tu seronok sangat la dorang.
Cuba dah kawen sok.
Takde benda dah pun.
Rasa biasa je.
Ye la. Benda tu kan fitrah kehidupan manusia kan.

So, aku jadi kurang berborak skit la kat opis.
Aku cam lebih suka menyendiri je.
Lantak la ape dorang nak pikir.

Hmm. Tu la kot aku rasa ape yang terasa sekarang.
Nanti dah masuk 3 series camne la pulak ye.
Mungkin aku akan lebih open minded?
Atau pun lebih pandai membuat keputusan yang lebih berat.
Arghhh..








0 comments:

Review RK Magical Set

5:50 PM ct nasyrah 0 Comments

Beberapa tahun lepas aku ade post pasal produk penjagaan kulit yang aku pakai bertahun-tahun sudah. Refer sini.

Produk ni memang berkesan.
Tapi aku dah lama sangat dah pakai.
Produk ni dah sebati sangat ngan kulit aku sampai satu tahap, jerawat kat muka dia dah tak lut dah.
Muka aku on off naik jerawat and amik masa nak hilangkan parut tu.
Mungkin jugak sebab faktor penuaan and hormonal imbalance ke sebab aku dah mengandung dan melahirkan, so kulit dah tak bape nak cun.
Nampak kusam tak flawless, banyak cela dan tak glowing.
Haha.

Sampai la satu hari mak mertua aku cakap, "cubalah produk kak rose ni. Mak pakai ok kulit mak".
Produk kak rose?
Kak rose adalah biras aku. 
Wife to my abg ipar.
Dia ni meniaga jual jamu. 
Dah beberapa tahun dia meniaga jamu dan mencuba la beberapa produk yang dia jual tu, memang susah nak ngam ngan kulit dia yang sangat la sensitif.
And kulit dia memang super gebu, flawless dan lawa sampai mak mertua pun puji.
Jeles hati mak nak! haha.
Jadi hasil pembacaan dan experience dia dalam bidang jamu dan ubat-ubatan dia formulasikan produk dia sendiri ni dan dibagi nama "RK Magical Set".

Nama pun magical set.
Memang la macam magic.
Sebab kesan nya dapat aku rasa sendiri kat kulit muka selepas 3-4 hari pakai.
Rasa apa?

Aku rasa bangun pagi tu bila sentuh je kulit muka rasa lembut dan fresh.
Macam lepas pkai mask.
Serum yang ada dalam RK Magical Set ni salah satu bahan utama dia ialah timun. 
Memang kulit akan jadi sejuk, bila sentuh kulit muka tu rasa lembap dan lembut gitu.

After seminggu dua pakai, kulit beransur-ansur jadi flawless, dan glowing..
Maklum je lah.
Sejak aku beranak dua nih, masa aku sibuk menguruskan anak-anak.
Aku letih dan malas gila nak jaga muka.
Nak pakai krim malam bagai sebelum tido.
Letih dan malas yang amat.
Sebab krim yang biasa tu dah tak berkesan kat muka aku dah.

Tapi sejak aku pakai RK Magical Set ni memang aku jadi rajin dah.
Walaupun mata ngantuk yang amat, aku sapu gak serum ngan krim sebelum tido.
Sebab nak kulit segar glowing punya pasal pagi besoknya.

Kebetulan dah 3 minggu pakai, aku masuk opis baru.
Pastu, salah sorang staf yang lama kat sini boleh ke dia ingat aku budak fresh grad!
Haha.
Rasa nak up je status kat FB masa tuh.
Nasib aku malu nak buat.
Karang cakap aku nak riak la plakkk.
Ceh. kah kah.
Dia macam tak percaya aku ada anak 2 dah.
"muka u tak macam mak orang la. Ingat baru lepas grad" -kata dia.
Terkantoi plak sebab aku terbukak cerita aku nak kena balik on time sebab nak kena amik anak kat rumah pengasuh.

Dan paling aku suka sekali sebab, bila muka dan glowing and flawless aku tak perlu dah nak berbedak tebal bagai.
Nak make up over-over pun tak yah dah.
Over sebab nak cover cela, bekas jerawat sana sini.
Sikit-sikit je make up pun. 
Setakat lip balm dan celak mata.
Tu pun nak nampak muka berseri skit la.
Benefit dia senang nak solat dan tak perlu nak bersihkan muka dari make up masa nak berwuduk.
Dan lepas solat pun aku malas gila dah nak berbedak bagai.
Biar je muka 'bare' macam tu.
Yakin je rasa sebab kulit dah semula jadi glowing dan lembapkan.
Duduk keje bawah air cond ni kalau lepas basuh muka, lama-lama kulit akan jadi kering sangat dan kasar.

Specialnya lagi produk ni, boleh je campur guna produk yang tengah pkai sekarang.
Contoh macam moisturizer ke, sunblock ke ape.
Tak ada masalah. 
Semua jenis kulit boleh pakai RK Magical Set ni.
Even kulit yang super sensitif.
Sebab produk ni dah diuji pada orang yang mempunyai kulit sensitif seperti pengasas produk ni iaitu biras ku kak rose.

Jadi sapa nak kulit cantik naturally? 
Tak perlu buang masa dan duit beli foundation la, concealer la, tepek muka tebal-tebal.
Pastu malas nak solat sebab nanti nak kena buang make up and pakai balik. 
Pakai RK Magical Set je time malam sebelum tido.
Dah dapat kulit cantik lawaaa..



 muka tanpa make up after 4 minggu penggunaan




Disebabkan produk ni best sangat, sampai rasa sayangnya tak share out kat kawan-kawan.
Sapa-sapa nak beli and cuba boleh contact i k!
Harga bape plak?
Tak mahai ah.

Nak info lanjut pasal produk ni refer kat link sini. RK MAGICAL SET.



0 comments:

Tukar tukar keje

12:11 PM ct nasyrah 2 Comments


Tahun 2015 ni aku rasa sangat la mencabar bagi aku.
Macam-macam perkara terjadi sepanjang tahun ni.
Huru hara je rasa.
Semuanya start dari aku berenti keje bulan November 2014 tahun sudah.
Kan aku ade cerita aku dapat keje kat Solaris Mont Kiara tu.
3 bulan je bertahan kat sana.
Sebabnya 2 minggu lepas masuk opis baru tu, bos suruh aku transfer ke Brickfields.
Maintain sistem kat sana.
Mula-mula cam happy la sebab Brickfields tu dekat je dengan rumah aku.
Tapi, environment dia is so damn bad.
Dengan staff sana peragai berpuak-puak, tempat kerja berserabut, kerja susah dan semua la.
Aku rasa tak selesa.
Akhirnya aku amik keputusan yang very high risk iaitu berenti dengan notis 2 minggu dengan aku masih belum pun dapat kerja lain.

And by that particular time jugak la, aku pregnant.
Dapat tau pun time aku dah pindah Brickfields tu.
Dah la awal pregnant badan tak sedap.
Pastu opis lak tak best.
Memang aku surrender la.

Jadi menganggur la aku 2 bulan.
Dalam masa 2 bulan aku menggangur tu macam-macam kerja la buat.
Jual Shaklee la.
Nasib aku dapat 1 job freelance buat website.
Dapat la cover gaji aku sebulan.
Tapi dalam masa yang sama aku carik jugak kerja lain.
Cuba-cuba nasib la.
Walaupun aku tau, very small chance orang nak amik aku keje since aku pregnant kan.
Waktu tu kandungan dah 4-5 bulan.

Tapi Allah tu Maha Pemurah.
Dalam kesusahan aku tu, Dia bagi jugak aku rezeki.
Akhirnya aku dapat jugak kerja walaupun masa tu kandungan aku nak masuk 6 bulan.
Tapi company tu bagi aku kontrak 3 bulan je sampai aku bersalin.
Sebab dorang tak nak bayar aku time maternity leave nanti.
Aku pun accept je lah.
Tak fikir banyak pun sebab aku rasa aku memang perlukan kerja sangat-sangat masa tu.
Masa tu opis masih di Putrajaya.
Sebab opis sebenar di PJ City masih renovate.
Dengan perut memboyot tu la aku drive ke Putrajaya dalam sebulan lebih.
After that opis dah siap, baru pindah PJ City.
Dekat sikit la.

Tapi sayang, bos baru aku nih aku tak berkenan sangat perangai dia.
Sangat berkira dengan staf.
Bos bukan melayu.
Disebabkan aku dikira pioneer jugak untuk company ni sebab company ni baru start up, aku request nak ade surau dalam opis.
Macam-macam alasan dia bagi.
Nanti menggangu production la.
Siapa nak ganti time kita pegi sembahyang la.
Dia suruh kteorang yang muslim ni gi sembahyang time lunch ngan after work je.
Perghh memang kelam kabut la nak gi sembahyang kan.
Waktu suntuk sangat.
Masjid ada dekat ngan opis tu. Tapi takde la dekat sangat.
Still kena naik kereta pegi sana.
Agak leceh dan memakan masa la sebenarnya nak naik kete, parking.
Lepas tu balik, cari parking lagi.
Mesti amik masa yang lama.

Lepas tu kalau lewat masuk opis even 1 minit pun dia sgt la berkira.
Boleh dia suspend staf yang selalu lewat even 10 minit!
1st time aku dengar bos suspend staff ok.
Biasa pun kasi la warning letter dulu ke ape.
Ni takde.
Terus suspend.
Pastu kalau marah orang suka jerit-jerit.
Aku tak pernah la kena marah lagi.
Tapi aku rasa aku tak boleh accept la kena tengking, kena jerit macam tu.
Aku tabahkan hati kerja sampai la kandungan aku masa tu 38 minggu.
Lepas tu aku mintak release awal seminggu dari tarikh akhir kontrak aku.
Alasan aku nak ready bersalin.
Sebab dah sarat sangat dah masa tu.

Sebenarnya, bos berharap aku sambung keje dengan dia lepas aku bersalin nanti.
Tapi dalam hati aku memang tidak la.
Aku tak boleh accept orang duduk Malaysia yang berbilang kaum, tapi tak boleh nak respect orang yang nak mengamalkan agama masing-masing.
Dan aku pun tak nak jadi Team Leader sebab bos offer aku position tu.
Aku rasa tanggungjawab jadi leader ni berat dan memerlukan banyak pengorbanan.
Walhal aku rasa aku nak kerja biasa-biasa je lah.
Anak dan keluarga dah jadi keutamaan aku.
So, karier ni aku dah tolak tepi.
Tak mau nak balik lambat-lambat.
Kerja stress macam orang gila.

Jadi dalam masa aku berpantang tu, aku gigih cari kerja lain.
Alhamdulillah aku dapat interview keje masa tu ngam-ngam aku dah 44 hari.
Dan beberapa minggu lepas tu, aku ditawarkan kerja di situ.
Syukur sangat dapat kerja balik sebab Tuhan je tau macam mana aku struggle nak bayar komitmen aku lagi sebab aku dah tak keje 2 bulan sepanjang cuti bersalin dan berpantang.
Suami aku plak, bukan tak nak tolong, tapi kerja bisnes sendiri macam dia, bukan senang nak dapat job dan gaji pun tak tetap.

Nasib la family aku sangat memahami.
Especially umi.
Hati seorang emak kan.
Mesti dia sedaya upaya jugak nak bantu anak yang tengah masalah.
Dengan bantuan ayah ngan umi aku dapat la cover skit komitmen aku yang tertunggak tu.

Dan akhirnya sekarang, aku dah pun bekerja balik.
Opis baru ni ok la.
Flexi time.
Bos pun baik.
Staff lain semua muda-muda dan baik.
Harapannya ok la kerja kat sini.
Letih dah nak menghadapi interview dan menjadi jobless.

Ok. tu je ceritanya dulu. Nanti cerita lagi.


2 comments:

Kelahiran anakku yang kedua kalinya

11:17 AM ct nasyrah 0 Comments



Ini kisah pengalaman aku bersalin untuk kali yang kedua 10 Julai lepas.
If jumpa kawan-kawan yang baru ade anak satu, soalan ni mesti akan dorang tanya.

"Eh, mana lagi sakit bersalin? Yang pertama ke yang kedua?"

Hmmm.. secara jujurnya masa tu aku berpikir jugak mana yang lebih sakit. 
Sebab dua-dua bersalin pun sakit.
Tapi aku rasa bersalin kedua ni lebih sakit kot.
Sebab kontraksi aku sangat kuat masa anak kedua nih.
Kononnya aku ingat bersalin anak kedua kurang sikit sakitnya.
Takde maknanya!
Sama je sakitnya ok!

Memandangkan aku kena jugak kencing manis untuk pregnancy kedua nih, jadi aku masih kena induce labor jugak macam anak pertama dulu.
Bezanya kali ni aku dah 39 minggu.
Masa bersalin Naurah ialah pada 38 minggu.
Biasalah. Reading gula dah susah nak kawal hujung-hujung pregnancy.
Disebabkan reading gula aku turun naik, tak stabil, doktor advice induce labor je.
Aku pun dah agak dah.
Jadi awal-awal dah bersedia je lah.

Ok la. Baca je lah kronologi hari bersalin aku.

10 Julai 2015 ~ 23 Ramadan 1436

Check in hospital PPUM pkul 745 pagi. 
Tapi tak terus masuk labour room.
Aku masuk wad biasa dulu.
Sebab kali ni aku punya kencing manis tak sampai kena insulin macam masa anak sulung.

Pukul 1230 tgh hari baru doktor datang seluk pastu letak ubat induce yang pertama.
Around pukul 3 ptg, aku start rasa sakit pinggang dah. 
Pastu dalam pukul 5 ptg, aku dah start rasa kontraksi yang mild.
Masa melawat tgh hari tu, umi ade datang teman.
Pastu pukul 5 ptg pun en.Dd datang teman aku.
So, dia dapat la tgk macam mana aku tahan kontraksi yang aku rasa datang selang 2-3 minit camtu.
Masa tu aku boleh bangun duduk lagi. 
Borak-borak ngan En.Dd dengan harapan aku dapat lupakan kontraksi nih.

masa ni tgh tahan sakit contraction..heheh. 


Sampai la pukul 8mlm macam tu, waktu melawat pun dah abis.
Maka En.Dd kena la keluar dari wad.
Huhu. Masa tu macam nak nangis dah.
Dah la sakit datang selang 2-3 minit. 
Masa tu memang sakit. 
Tapi aku boleh tahan lagi.

Dalam pukul 9 malam, doktor bertugas pun datang cek bukaan.
Aku berdoa la biar dah bukak rahim 4 cm so aku dapat masuk labour room cepat.
Tengok-tengok memang dah 4 cm pun.
Pastu doktor tu nak percepatkan bukaan aku, dia pegi korek rahim aku untuk cabut 'mucus plug'.

Throughout pregnancy, a mucus plug blocks the opening of the cervix to prevent bacteria from entering the uterus. Before labor, this mucus plugis expelled so that the cervix can open to allow the baby to pass through during labor and birth.
Haa tu la maksudnya 'mucus plug' dah aku google tadi tepek kat sini.
Sakit ok masa dia korek-korek nih.
Masa nih, aku dah rasa sakit sampai menggigil kaki.
Dalam pukul 930mlm gitu, aku pun kena tolak masuk labour room.
Nurse yang datang untuk tolak aku tu pesan suh zikir Nabi Yunus banyak-banyak untuk kurangkan sakit.

Dalam labour room, perut aku dipakaikan mesin CTG untuk pantau bacaan kontraksi dan degup jantung baby.
Rimas gak pakai mesin tu.
Tapi sakit kontraksi tu memang sakit sangat sampai aku tak pikir ape dah.
Lepas tu doktor datang lagi untuk pecahkan ketuban plak.
Aku dengar dia pesan kat nurse suh bagi aku ubat tahan sakit.
Sebab kontraksi aku kuat sangat even baru 4-5cm.

Dulu masa anak sulung, masa dah 4 cm nurse terus suntik ubat tahan sakit.
So, sementara tunggu nak 8 cm tu aku tak rasa sakit sangat.
Sampai aku boleh tido.
Yang ini, tak dapat tido sebab sakit gila.
Pastu aku bengang gak sebab nurse lambat nak kasi ubat tahan sakit.
Walhal aku dah sakit menggigil-gigil kot.
Aku sampai merayu-rayu kat nurse bagi aku ubat tahan sakit.
Nurse cakap tunggu dia nak tengok degup jantung baby aku.
Pehhh. Ini kali memang aku nangis.
Nangis sebab aku sakit sangat sorang-sorang dalam labour room tu.
Mulut aku tak henti zikir doa Nabi Yunus.
Walaupun aku rasa masih sakit sangat jugak, tapi aku pun tak tau ape nak buat lagi selain zikir je lah.
Ingat Allah.
Mana la tau kot-kot aku tak survive ke kan.

Aku dalam hati duk doa cepatlah budak ni keluar.
Dan aku berdoa biar aku dapat lahirkan anak ni hari jumaat jugak.
Aku cuba positifkan diri dengan tengok baby crib kosong sebelah katil aku.
Dalam kesakitan tu aku duk bayang anak aku dah lahir duduk dalam tu.
Nurse inject ubat tahan sakit aku rasa dalam pukul 11 mlm kot.
Tapi masa tu aku rasa ubat tu dah tak lut dah.
Aku still rasa sakit teramat sangat macam takde berkurang langsung pun.

Dalam pukul 1130 malam, tetiba aku rasa macam baby ni dah 'engaged'.
Aku dapat rasa kepala baby dah keluar dari rahim dan melalui saluran vagina dah.
Aku pun apa lagi, cepat-cepat tekan button call doktor.
Nak jerit panggil doktor pun dah tak terkeluar suara dah.
Berlari weh doktor ngan nurse semua datang katil aku.

Sampai je doktor terus sambut baby aku.
Aku sempat tengok jam masa tu around pukul 1145mlm.
Syukur sempat jugak aku bersalin hari jumaat.
Aku rasa aku takde la push sangat pun.
Sebab rasa sakit kontraksi tu terlalu kuat sampai terus push baby keluar.
2 kali sakit kontraksi, terus baby keluar.
Perasaan masa tu teramat-amat lega.
Hilang rasa sakit sume.
Kepala aku plak rasa cam berpinar je sebab aku duk sedut oksigen untuk kurangkan sakit.
Dengan kepala berpinar tu lah aku nampak nurse tunjuk baby aku dan bawak keluar untuk dibersihkan.
Lepas dia bersihkan baby, dia bawak baby ke dada aku untuk hisap susu.
Masa tu pun aku tengah kena jahit.

Haaa..kali ni, aku silap plak pegi tanya doktor ade inject bius tak.
Doktor kata takda bius.
Kalau bius dia kata nanti lambat luka nak baik.
Peghh terus pysco aku beb!
Terus rasa sakit teramat bila jahit.
Walhal masa lahir Naurah dulu aku rasa takde la sakit sangat.

Yang paling aku sakit hati tu, dah la masa jahit tu sakit gila.
Lepas tu doktor yang jahit aku tu doktor pelatih.
Salah jahit pulak.
So, doktor senior yang cek jahitan aku tu kena bukak balik jahitan dan jahit balik.
Kali ni, memang aku tak boleh tahan lagi dah.
Aku memang menangis jerit sekuat hati masa doktor tu jahit.
Tapi bukan jerit terus la. Aku jerit pakai mask oksigen tu.
So bunyi jeritan aku tak kuat sangat la sampai dengar satu wad.
Cuma doktor tu panik gak la dengar aku duk menangis sakit.

Bila dah settle, doktor tu cepat-cepat blah.
Aku plak rasa bersalah sebab jerit kuat-kuat.
Tapi masa tu memang aku tak boleh tahan dah.
Tak bius. Salah jahit la. Macam-macam.
Semua buat aku stress lagi la menambah sakit.

Akhirnya aku ditolak masuk wad biasa balik dalam pukul 3 pagi.
Masa ni la baru aku dapat jumpa En.Dd.
Rasa sebak bila nampak muka dia.
Aku tanya dah jumpa baby?
Dia kata dah.
Comel anak kita. Muka macam Naurah.
Sambung dia lagi.

Lepas dah settle down atas katil wad biasa, dalam sejam dua gitu, nurse datang bawak baby.
Aku ingat dia nak kasi esok pagi.
Dapat la aku tido jap.
Ni dorang kasi awal pulak.
Tak ape lah.
Dapat la aku nengok baby aku betul-betul.
Nampak kat label baby crib tu tulis berat dia lahir tadi 3.03kg.
Wahhhh. Berat gak eh.
Tapi aku tak rasa cam susah sangat.
Since kontraksi yang kuat tu membantu aku untuk keluarkan dia.

Macam tu lah pengalaman aku lahirkan anak kedua ni.
Lain dari kelahiran yang pertama.
Tapi serius, kesakitan bersalin tu memang buat aku trauma.
Huhu.
Ceh masa bersalin anak sulung pun trauma jugak, tup tup dapat lagi sorang.. hehe
Lepas dah dapat sepasang ni, aku ingat nak berehat la lama sikit.
Budak berdua nih dah besar sikit baru pikir nak menambah lagi.
Harap dapat reach target anak 4 orang before umur aku 35 tahun.
Penat ok ada anak kecik.
Sapa yang dah jadi mak paham la.

Ok. Till da next entri. Cau cin cau..
Nah belanja sikit gambar baby.

Muhammad Ilyas bin Rusydi Akmal - day 1





0 comments:

Welcome back! Rindu nak berblogging

5:21 PM ct nasyrah 0 Comments

Humaangggaii lamanya dah tak berbloggging sejak bersalin dah hampir 3 bulan lepas takde post baru.
Memang tak dan langsung nak tengok blog dan menaip.

Baru hari ni dapat nak menulis skit.
Sebenarnya banyak gila benda berlaku dalam beberapa bulan yang lepas.
Tak tau nak start yang mana satu.
Haha.

Kena gak menulis ni.
Nanti nak review balik ape kejadian yang berlaku masa tu senang je rujuk blog sendiri.
Ala-ala macam diari la kan.
Ok. Lets start dengan pasal anak kedua yang dah lahir Julai lepas.

Next post k! ;)

0 comments:

Akhirnya Abah kembali kepada Penciptanya

10:28 AM ct nasyrah 1 Comments

#Entri ni dah draft lama dah. Ni sekarang baru dapat publish.. huh. bizi benor makcik. Hew hew#

Hari ni dah hampir sebulan abah pergi.
Dah tiap-tiap weekend kteorang balik umah mak teman kan dia kat rumah.
Maklum la kejadian masih baru lagi.
Mak perlukan anak-anak untuk jadi peneman di kala hati masih perit sedih kehilangan suami tercinta.
Setakat ni nampak mak macam steady je. 
Depan kteorg la.
Tak tau la dalam hati dia macam mana kan.
Tapi sekarang pun nampak mak banyak berkurung dalam bilik.
Banyak rehat tido dan letih badan after dah sebulan lebih duduk hospital dulu jaga arwah abah dulu.

Tengah malam 12 April, mak update kat group whatsapp family..

"Degup jantung abah sangat kencang sekarang, 185 sedangkan bpnya border 89/54. Bila penat, degup kencang degup mungkin jatuh mendadak. Nurse suruh mak ngan kak endang terus baca yassin. Mesin oksigen dah bg penuh 100% sekarang," - mak

Masa ni aku masih bangun lagi, tapi dah mengantuk nak tido dah. Dalam hati debar-debar jugak. Tapi aku masih positif. Maybe takde ape. Sebelum ni pun ade gak jadi  kejadian cemas macam tu. Tapi lepas tu, setting mesin support abah, dia stabil balik.

Tapi selepas subuh pagi tu, mak call En.Dd cakap, suruh datang hospital. Bawak nenek sekali. 
Nurse dan dokter yang sarankan bawak nenek datang jenguk abah. 
Maybe abah nak jumpa nenek dulu before dia pergi ke. 
Sume pun siap-siap la pegi. 
Dalam sejam dua lepas tu, En.Dd call, cakap mak dah setuju untuk bawak abah balik rumah. 
Doktor pun kata abah dah takde harapan lagi.
Abah pun dah 100% bergantung pada mesin. 
Dan sebenarnya memanjangkan hayatnya pada mesin sebenarnya akan menyebabkan dia lebih sakit. 
Selepas selesai urusan ambulan, kira-kira pukul 11 lebih abah naik ambulan dan bergantung pada 4 tong oksigen sepanjang perjalanan ke rumah.
Sampai di rumah mak dalam pukul 1230 tgh hari.
abah dibaringkan atas katil di ruang tamu rumah supaya senang sedara mara datang ziarah abah.

Lepas selesai abah di rumah, baru lah En.Dd amik aku ngan Naurah ke rumah mak.
Sampai sana, aku lihat abah diperbaringan.
Segala tiub dan wayar masih ada.
Nafas abah turun naik.
Sedara mara masa ni dah ramai yang datang.
Semua sedekahkah yassin dan bacaan ayat Al-Quran.

Naurah lihat atuk.
Mula-mula dia diam. 
Ada sekali dua dia menyebut atuk.
Lepas tu dia main.
Duduk tepi katil atuk.
Anak kecil memang takkan faham lagi.
Suasana masa tu memang hiba.
Hanya kedengaran bisikan-bisikan ayat suci Al-Quran dari bacaan sedara mara yang datang.

Sampai ke petang, orang masih ramai datang dan pergi.
Sehingga nurse ambulan tu bagitau, tong oksigen hanya mampu bertahan dalam 10-15 minit saja lagi.
Abis tong oksigen, mak panggil semua anak menantu berada disisi abah.

Waktu tu dalam 640 ptg, dalam 5 minit oksigen abis, kulihat abah cuba menarik nafas. 
Tetapi yang keluar adalah darah dari paru-paru abah.
Masa ni semua orang terdiam dan tertumpu pada abah.
Akhirnya, 645ptg abah menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan yang aku rasa begitu senyap dan tenang sekali.
Ibarat abah pergi dalam keadaan dia tidur.
Selepas tu, tangisan mak dan anak-anak dan saudara mara yang kedengaran memecah kesunyian itu.
Aku pun tak terkecuali.
Apabila nurse cek mata dan nadi abah telah terhenti dan dia kata "dah tak ada".
Air mata aku tak mampu ditanggung lagi.
Walaupun masa tu Naurah tetiba membuas pulak.
Sibuk nak baik tangga la. 
Geram betul aku.
Orang sume tengah emosi nih.

Aku rasa sampai pagi esoknya orang datang ziarah abah.
Aku terjaga pukul 2.30 pagi pun tengah dengar orang ngaji lagi.
Esoknya around 8.30 pagi, van jenazah pun sampai untuk bawak abah ke masjid area situ untuk dimandi dan dikafankan.
Selesai mandi dan kafan, terus kami ke perkuburan pantai dalam untuk kebumikan abah kat sana.
Sebelum tu abah di sembahyangkan kat surau blok 2 rumah aku.

Dalam pukul 1230 tgh hari abah selamat dikebumikan.
Sebak masih terasa, saat-saat sekujur tubuh abah kami dapat lihat buat kali yang terakhir sebelum dia ditutupi tanah.
Naurah seperti biasa, dah tengah-tengah panas tu memang tak dapat la dia nak duduk diam.
Tengah-tengah baca talkin, aku ngn umi dah kena blah pegi kedai mamak berdekatan belikan dia air dan berteduh.
Kteorang pun lepak la kedai mamak berdekatan sampai abis sume baca talkin baru balik ke rumah.
Sampai rumah aku pun, ramai sedara mara datang lepak rumah lagi.
Aku dapat settle down sume pun dalam pkul 230ptg.
Masa ni badan letih sangat.
Aku ngn Naurah pun ape lagi bukak air cond memang tido le sampai pukul 4ptg.

Malam tu lepas magrib baru ada tahlil dan bacaan yassin untuk abah.
3 malam berturut la kami buat tahlil dan bacaan yassin tu dekat surau bawah rumah.

Sampai sekarang, tiap kali aku lalu kawasan kubur dekat dengan rumah aku tu, aku akan ingat abah.
Terbayang-bayang macam mana la abah kat alam sana.
Sorang-sorang dalam tanah tu.
Insaf jap mengenangkan kematian yang begitu hampir dengan kita.
Sekarang turn abah, lepas ni turn siapa la pulak.
Ape yang pasti semua pun akan sampai turn jugak nanti.
Aku harap abah ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.
Amiinn..



1 comments:

Buku biodata zaman bebudak dulu

8:48 PM ct nasyrah 1 Comments

Sapa bebudak sezaman aku tak penah ade buku biodata?
Haha. Tipu lah tak penah ada.
Mesti ada punya.
Fames ni.
Sume orang especially girls tiap-tiap tahun ade buku ni sebijik.
Beli je lah buku nota kat kedai.
Pilih yang cover cecantik sket.
Ataupun kalau dah koman sangat, boleh je la korbankan buku latihan sekolah jadi buku biodata.
Maklum je lah zaman aku muda remaja dulu mana ada facebook.
Hatta smartphone pun tak wujud lagi.
Jadi begitu lah kami bersosial.
Berkenalan melalui buku yang real boleh pegang, peluk atau dibuat tidor pun bleh.
Bukan 'mukabuku' di alam maya.

Hari tu, bff aku dia terjumpa buku biodata dia kat rumah.
Belek tiap-tiap muka surat, jumpa aku punya biodata yang aku tulis untuk dia.
Dibantainya post dalam grup whatsapp kteorang.
Apa lagi aku bantai berdekah-dekah baca ayat-ayat yang aku tulis masa tu umur 13 tahun.

Zaman tu, aku masih brutal.
Zaman tomboy.
Jahiliah btul zaman tu.
Keh keh.
Waktu tu, jerawat pun baru nak naik.
Tapi bff aku yang kenal aku dari sekolah, memang tau aku punya ganas tahap mana.
Memang macam jantan.
Cara cakap, cara jalan memang takde ciri-ciri kelembutan langsung.
Al maklum lah aku sorang je anak perempuan.
Sikit sebanyak persekitaran adik beradik yang sume lelaki tu mempengaruhi kehidupan remaja aku yang masa tu masih tercari-cari identiti..
chewahhh..

Ok. Sila lah baca ape yang aku mengarutkan dalam buku biodata kawan aku nih.





Haaa..nampak tak ayat-ayat brutal disitu?? hehehe.
Pastu ade no telefon rumah aku dulu-dulu tu.
Walhal aku pun dah lupa dah sebenarnya.
Paling tak tahan, sain aku tu.
Kalau sesape kipas susah mati Siti Nurhaliza, kompem perasan.
Punya la suka dia kan, sampai sign pun nak tiru ala-ala Siti Nurhaliza.
Hew hew hew..

Pastu kan. Part best friend tu. Kalau la ade nama-nama kawan best friend yang terlupa nak tulis, memang sentap tau.
Adoi la zaman bebudak.
Dikenang-kenang rasa kelakar.
Nasib la aku dah berubah.
Takde dah brutal lagi.
Maklum lah, dah mak orang dah pun.
Akhirnya aku telah pun menjadi wanita sejati gitewww.
Zaman remaja je krisis identiti.

Ok la tu je nak share. Cau cin cauuuuu!

1 comments:

Setiba kita di batas masa

4:25 PM ct nasyrah 1 Comments

Banyak betul perkara berlaku pada aku sejak akhir-akhir ni.
Satu persatu dugaan datang.
Dulu-dulu aku penah jugak terpikir, di waktu aku 'senang-senang' dulu.
Apabila aku mendengar tentang dugaan dan kesusahan orang lain.
Kawan-kawan, keluarga sedara mara yang menghadapi pelbagai masalah masing-masing.
Mengadu domba denganku.
Sebagai seorang yang mereka kenali, aku mendengar dengan setia setiap masalah yang dilemparkan.
Memberi sedikit pandangan dan nasihat.
Mengikut pemikiran logik akal ku dan pengalaman yang ada sepanjang 28 tahun aku bernafas di bumi Allah ni.

Pernah jua aku terpikir, masa ni masa dorang.
Akan tiba nanti dugaan untuk aku pulak.
Ok. Sekarang dah tiba dugaan untuk aku.
Bertimpa-timpa.
Bersyukurlah aku masih diberi dugaan.
Tanda Allah SWT ingat kat aku.
Rindu untuk aku menyebut Nama Dia.
Rindu untuk aku merintih menangis meminta dari Dia.
Syukurlah Nasyrah. Pliss keep on positif.

Dugaan kali ni ialah tentang ayah mertua aku.
Hari ni dah hampir 3 minggu ayah mertua yang ku panggil abah masuk hospital PPUM.
Penyakit kanser darah yang dia hidapi tahun lepas mungkin dah semakin teruk.
Sekarang ni doktor terpaksa letak dia dalam resting state ataupun 'koma'.
Sebab kesakitan yang dia alami sekarang membuatkan dia sehingga meronta menahan sakit.
Tak ada siapa pun antara kami yang sanggup melihat dia dalam keadaan macam tu.
Jadi doktor terpaksa 'menidurkan' dia sementara waktu.
2 tiub terpaksa dimasukkan melalui mulut beliau.
Satu tiub oksigen. Satu lagi tiub utk masukkan susu terus ke perut.

Asalnya pada waktu dia dimasukkan ke hospital apabila dia selalu sangat demam.
Dokter suspek ada jangkitan pada paru-paru.
Tapi semakin lama di hospital tiba-tiba dia mengalami sesak nafas.
Dan sekarang hampir 80% dia bergantung pada mesin untuk bernafas.
Darah juga semakin berkurang.
Bacaan hb makin low dan platelet berkurang.
Menyebabkan oksigen dalam darah pun berkurang.
Hidung pun senang berdarah akibat platelet yang low.

Sesiapa yang melawat abah, yang rapat dengan beliau sewaktu hayatnya memang akan menangis.
Mak mertua aku memang sudah kering air mata melihat penderitaan abah.
Sebagai menantu, mestilah aku turut bersedih.
Bila aku terkenang, bagaimana abah melayan aku even masa aku belum sah jadi menantu dia lagi, hati aku jadi semakin hiba.

Dulu-dulu abah tau aku suka sangat makan durian.
Kalau dia tau aku nak datang rumah, mesti dia cepat-cepat pegi beli durian kat supermarket.
Bukan 1 paket tau. Kadang-kadang sampai 2-3 paket.
Dia suka tengok aku makan hasil pemberiannya.
Sampai la aku sudah berkahwin, sah jadi menantu dia.
Dia masih begitu.
Suka belikan makanan sampai berlebih-lebihan kalau menantu dengan cucu dia nak datang rumah.
Hehehe. Perangai abah memang macam tu.
Dia takut kalau tak cukup. Beli banyak-banyak sampai tak larat makan.

Lagi satu abah suka basuh kereta.
Sapa-sapa je lah datang bermalam di rumah mak.
Dia akan basuhkan kereta.
Basuh-basuh. Lap sampai bersih.
Abah memang tak duduk saja. Ada lah kerja dia nak buat.

Bila cucu datang rumah, memang abah orang paling gembira.
Cucu-cucu lelaki dia memang suka main dengan atuk dorang.
Main dukung-dukung lah. Naik kuda lah.
Abah memang suka melayan cucu.
Kalau cucu tak datang rumah, dia lah pulak yang datang ke rumah kami nak tgk cucu punya pasal.
Hehehe.

Sekarang sejak abah mula sakit, memang susah la nak tengok abah macam dulu.
Abah dah tak boleh drive.
Dan dulu masa dia masih sakit dekat rumah, dia banyak rehat dan tido dalam bilik.
Borak-borak pun kurang since dia banyak tido.
Tapi kami sume anak menantu pun paham.

Harapan aku abah masih bersama kami.
Harapan aku agar abah sempat melihat lagi sorang cucunya lahir ke dunia ni.
Tapi kalau sudah sampai di batas masa beliau, kami terpaksa redha dengan ketentuanNya.
Nampak dengan keadaan dia sekarang, mungkin masa tu tak panjang lagi.
Semoga kami tabah melalui dugaan ini Ya Allah..


mesin yang support abah sekarang. 

1 comments:

Kehidupan sebagai seorang penganggur

6:02 PM ct nasyrah 1 Comments

Selama 6 tahun aku bekerja makan gaji, ni lah 1st time jadi penganggur  jalanan.. haha gedik sangat nak tambah jalanan tuh. 

Terpikir perkataan penghibur jalanan plak td. pffftt..

Ok sambung cerita. 

So amacam dah nak dekat sebulan tak keje? Apa perasaan?

Perasaannya memang best. Takde stress nak pikir psl nak pegi keje esok. 
Takde pikir pasal hari isnin malas nak gi keje.
Nak kena bangun pagi-pagi siap-siap pegi keje.

Eh, sekarang pun bangun pagi jugak.
Tapi rileks la. Takde rush nak mandi siap-siap bagai.
Bangun, siapkan sarapan.
Lepas tu mandi.
Sarapan.
Lepas tu kejut Naurah bangun, gosokkan gigi dia.
Hantar jugak gi umah makcik pengasuh.
Bapak dia suruh hantar jugak.
So aku turutkan je lah.
Sebab aku boleh konsentrat untuk buat bisnes Shaklee aku kat rumah.


Pastu bila-bila nak kluar pun boleh.
Nak gi makan sana sini.
Nak buat urusan pejabat pos ke, aku nak gi klinik cek up ke takde masalah dah.
Takde rushing-rushing sangat la macam aku bekerja dulu.
Rilek-rilek je dalam nak apa-apa urusan sebab aku ada banyak masa.

Cuma masalah jadi bila pikirkan pasal duit.
Bila bekerja sendiri ni, majikan kita adalah Allah.
So, kena bergantung pada usaha sendiri.
Kuat mana usaha tu.
If rajin, banyak la masyuk.
If not, pening kepala la pikir camne nak bayar komitmen.

So stressnya datang bila takda sale.
Takda sale means no money.
Otak pun masih berpikir ligat camne nak buat sale.
Maklum je lah bisnes bukan senang jugak.
Nak orang membeli produk kita disaat orang sume mengeluh pasal kenaikan harga barang ni mmg tough.
But soookayyy.. masih ade rezeki walaupun tak semewah masa makan gaji dulu.

Kadang-kadang bila lepak kat umah, online je sorang-sorang teringat jugak zaman bekerja dulu.
Hari-hari jumpa opismate.
Macam-macam ragam dan cerita.
Takde la bosan.
Sorang-sorang ni bosan la jugak kan.
Tapi bosan-bosan pun, keje rileks je.

But aku masih lagi mencari kerja. 
Even aku masih berbisnes Shaklee, tapi komitmen aku yang tinggi sekarang masih belum mampu untuk aku jadi stay at home mom.
Maybe bila bisnes dah btul-btul ok. Dah stabil, baru aku akan berenti keje.
It takes time.
Sama la macam orang lain yang buat bisnes ni.
Keje sambil bisnes.
Sampai bila nak makan gajikan.
Setakat ni dah 2 interview pegi.
Harap-harap dapat la keje. 
Doa-doakan la ye..



1 comments:

Anakku Naurah alergik ayam & telur pulak dah

3:16 PM ct nasyrah 0 Comments

Kes ni dah terjadi lama dah.
Beberapa bulan yang lepas.
Mula-mula jadi macam ni.

Satu hari weekend la kot, lepas aku mandikan budak kecik tu aku perasan ade cam bintik-bintik kat tangan dia macam kena gigit semut tu.
Aku ingat dia kena gigit semut kot kat tilam ke.
Tapi yang pelik, aku ngan husband tido atas katil yang sama takde plak kena gigit.
So, pada pikiran aku maybe kena gigit kat umah makcik pengasuh kot.
Aku pun taruk je lah krim gatal kat bintik tu.

Beberapa hari lepas tu, masa tukar pampers Naurah, jumpa lagi bintik-bintik.
Aku pun cam heran gak.
Takkan la semut banyak sangat kat umah makcik tu sampai asyik duk gigit anak aku je.
Sampai la satu masa aku tengok pelipat tangan dia jadi macam kemerahan.
Dan Naurah keep on garu-garu kat situ.
Lepas tu aku wonder, kenapa plak gini?

Weekend lain, seperti biasa aku bawak Naurah gi rumah mak aku kat Flora Damansara.
Tunjuk mak aku bintik-bintik ngan gatal ruam kat pelipat tangan Naurah kat umi.
Terus umi kata, ni macam kurap ayam ni.
Dia alergik ayam kot!

Aku pun mula-mula macam tak percaya.
Sebab sebelum ni, masa Naurah start solid food, dia ok je makan ayam.
So, aku buat test.
Seminggu aku kasi Naurah makan ikan je.
Takde telur, takde ayam.
Tengok-tengok memang betul la.
Bintik-bintik hilang and ruam tu pun jadi kering dan berkurang.

Jadi start hari tu, aku pun dah pantang la ayam kat Naurah.
Lepas beberapa bulan, tetiba dia makan telur pun tak boleh jugak dah.
Makan telur je terus naik merah kat pelipat tangan ngan kaki dia.
Aku pun pegi DEMC rujuk doktor kat sana.
Doktor tu kata, memang betul. 
Pelipat tangan ngan kaki naik macam ruam-ruam, bersisik macam eczema tu memang sah la alergik.

Huhu.. aku tanya lagi kat doktor.
"Dokter , alergik ni memang akan kekal sampai besar ke? sampai bila-bila?"
And doktor kata yes. Kekal sampai bila-bila.
Aku pun dalam hati macam alaaaahai kesiannya.
Ayam dan telur dah la sedap.
Senang nak dapat, senang nak masak.
Dah tak dapat nak makan.

Adoilah.. ni mungkin balasan la kat aku.
Sebab dulu-dulu teringat aku penah cakap-cakap kat orang, pasal kalau la ade orang alergik ayam hilanglah dia satu nikmat dunia.
Tengok-tengok zassss kena kat anak aku sendiri.
Maybe bongkak sangat kot cakap macam tu. 
Maklum je la aku tak alergik ayam.
Tapi ade kawan aku yang alergik ayam.
Tu yang sampai terkeluar ayat macam tu dari mulut aku even aku takde la pegi cakap gitu depan muka dia kann.
Dah kena kat batang hidung sendiri baru padan muka aku.
Huhuhu...

Jadi sekarang aku hanya masakkan lauk ikan dengan daging je lah sebagai sumber protein dia.
Takpe lah.
Mungkin ade hikmah nya dia kena alergik ayam kan.
Ye lah, bukan elok sangat pun makan ayam selalu.
Especially perempuan.
Maklumje lah ayam sekarang kan dah tak berape elok untuk kesihatan sebab dah kena suntik hormon.
Aku suspek Naurah tak tahan dengan suntikan hormon kat ayam tu la sebab tu alergik.
Ingat lepas ni nak try kasi ayam organik atau ayam kampung.
Nak tengok naik alergik ke tidak.


Gambar-gambar ni la aku snap masa dia tgh alergik.


ni kejadian lepas makan ayam kfc. malam tu makan, esok pagi naik bintik. lps tu, tobat dah kasi kfc kat dia

 naik ruam macam eczema kat pelipat tangan


ni la umi kata kurap ayam, dia macam berbentuk ring

0 comments:

Adik Naurah is coming!

6:13 PM ct nasyrah 0 Comments

Jarang aku update entri pasal baby baru kan. Dah nak masuk 5 bulan dah. haha.
Sedar tak sedar ade lg 4 bulan lebih je nak bersalin.

Kalau nak compare pengalaman mengandung kali ke dua ni agak ok sikit la berbanding yang pertama dulu.

Masa awal-awal pregnant, memang ade la loya segala.
Tapi kali ni just loya nak muntah je.
Tapi tak muntah.
Meloya ni pun kalau perut aku lapar.
If perut kenyang, then ok skit.
Bila rasa nak lapar, badan kasi signal nak meloya.
Pastu angin membuak-buak tu normal lah.
Sebab angin banyak la buat meloya tu.

So aku kejenya brup brap je lah.
Sampai bebudak opis perasan aku dok sendawa angin je.
Haha. Malu i.

Pastu dalam minggu ke 10 cam tu, aku kena cam cirit birit.
Tapi aku rasa bukan sebab salah makan.
Sebab orang lain kat umah makan benda sama ok je.
So, lepas google segala, rupanya maybe sebab perubahan hormon.
Masa mengandung Naurah dulu takde macam ni.
After 12 minggu macam tu, ok dah.
Stop dah cirit dengan sendirinya.
Aku pun takde makan ubat ape lah.

Minggu ke 12 mcm tu, aku pegi buat buku pink kat KKIA.
Seperti biasalah, first time bukak buku kena cek macam-macam.
Mula-mula, cek air kencing, amik berat badan dan tinggi.
Lepas tu cek HIV, buat test hemoglobin.

Then, kena interview dengan nurse pasal kesihatan masa dulu.
Sejarah penyakit keturunan.
Pasal masa bersalin anak yang first dulu.
Lepas dia kasi nasihat semua, dia kasi vitamin folic acid, b-complex dengan iron tablet.

Selang beberapa minggu lps tu, tetiba aku selalu kena serang sesak nafas.
Tengah-tengah duduk, tetiba sesak nafas.
Kena tarik nafas kuat-kuat macam tu.
Risau gak aku sebab berulang banyak kali dalam seminggu.
Lepas tu aku pegi jumpa doktor.
Banyak kemungkinan la dia bgtau.
Sama ada aku kena tiriod, ataupun just perubahan hormon je.

Sekarang ni dah lepas 4 bulan, dah tak de plak kena sesak nafas.
Meloya pun dah hilang.
Mood swing pun dah hilang.
Cuma perut semakin membesar.
Dan tak lupa jugak badan aku dan muka semakin membulat mekar..
Huhu..camne la aku nak kurus balik lps bersalin nih..
Haha..kena la i amik Set Berpantang Shaklee kan nak kurus balik tak gitu..

Ok la. Tu la sedikit sebanyak pengalaman mengandung kali kedua ni.
Aku admit la dah kali kedua tak la se-excited mengandung kali pertama.
Aku banyak rileks la yg kedua ni.
Tak de la banyak berangan sangat psl baby ke ape.
Sikit-sikit ade la.
Aku bayangkan adik Naurah bila tgk gambar-gambar Naurah waktu kecik.
Rindu eh pegang baby kecik..
hahaha..
Sabarlah lagi beberapa bulan je...

0 comments:

Dugaan melanda diriku

4:53 PM ct nasyrah 0 Comments

Entri ni saje aku taip untuk meluahkan kesedihan dan keserabutan yang melanda diriku.
Serabut memikirkan ape aku nak buat lepas ni.

Nampaknya perjudian aku kali ini gagal.
Aku rugi.
Hoh.. ape ko main judi plak dah ni Nasyrah??
Haha. Bukan le.
Pasal kerja.
Selain dari perkahwinan, aku juga merasakan pekerjaan merupakan satu perjudian.
Sama ada, ko akan untung dengan dapat tempat kerja yang selesa, collegue yang ngam dan baik, bos yang memahami ataupun sebaliknya.
Jadi, kali ni aku kalah.
Nasib tak baik.
Jadi aku dah pun berhenti kerja dari sini minggu lepas.

Aku undur diri.
Aku rasa aku tak layak kot disini.
Cukuplah, cukup dengan segala kemarahan dan penghinaan itu.
Aku dah rasa down sangat sampai dah tak ada konfident lagi nak berdiri berjuang lagi disini.
Akhirnya segala kekusutan tu dah aku leraikan dengan sepucuk emel berattach surat resign kepada bosku.
Lepas bos terima surat tu, aku mampu menarik nafas lega.
Lega dari bebanan kerja dan tekanan tanggungjawab yang aku tanggung kat sini.
Bermain dengan sistem ecommerce yang melibatkan duit orang ni memang cukup aku rasa tak suka.
Sedikit salah, pasti aku yang kena tanggung akibat kerugian syarikat.

Bukan nak kata aku give up sebelum mencuba.
Aku dah cuba. Aku rasa aku dah all out.
Beri sehabis baik.
Tenaga, masa, kepakaran dan aku dah curahkan segala ilmu yang aku ada untuk siapkan satu-satu task.
Nampaknya tidak berbaloi.
Bos menilai aku dari sisi lain.
Segala kebaikan dan kejayaan yang aku lakukan terus dipandang sepi.
Hanya yang terlihat dimatanya adalah kegagalan, kesalahan yang bertalu-talu.

Aku pasrah.
Aku terima.
Aku redha.
Ini ketentuan dariNya.
Mungkin ada hikmah dari kejadian yang berlaku.
Aku masih positif.
Aku yakin, mungkin Allah Tuhan ku yang satu telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk aku, anak dan suami?
Ya, mungkin lebih baik, lebih bagus, lebih halal dan bersih dari rezeki yang aku peroleh sekarang.
Dugaan untuk aku supaya menjadi insan yang lebih kuat dalam menghadapi cabaran yang mendatang.
Syukurlah Allah mengirimkan aku dugaan menandakan Dia ingat pada ku.
Menyayangi aku sebagai hambanya yang lemah dan hina.

Sekurang-kurangnya pengalaman 3 bulan di sini ade jugak meningkatkan skill programming aku.
Menambah pengalaman pahit supaya aku lebih berhati-hati lepas ni.
Jadi aku jangan terus down, menangis berlagu sepi.
Aku kena bangkit. Fikirkan macam mana nak menghadapi masalah ni.
Dah la bakal ade anak sorang lagi.
Jadi, anak-anaklah merupakan sumber kekuatan aku untuk terus hidup, berjuang mencari rezeki membantu suamiku hidup di hutan batu ni.

Moga impian aku satu hari nanti akan terlaksana dan kehidupan aku dipermudahkan. InsyaAllah..



0 comments:

Naurah turns 2!

4:18 PM ct nasyrah 0 Comments

Dah lama nak update pasal ni. Sekarang ni la baru ade masa nak update.
Pasal birthday Naurah yang ke dua tahun 1 Februari 2015.
Aku punya impian nak buat birthday Naurah kekonon kat taman.
Hahaha.
Tapi memandangkan bajet ku yang tak berape nak ade ni, so pikir nak buat kat umah kecil-kecilan je lah.
Beberapa minggu sebelum tetiba umi aku plak yang suggest nak buat birthday party kat rumah dia.
Lagipun umi memang nak buat makan-makan pun sebagai 'housewarmning' rumah baru dia ni kat Flora Damansara.
So, dah alang-alang nak buat makan-makan, sambut je la sekali dengan birthday Naurah yang jatuh hari Ahad kat umah dia Flora Damansara tu.

Jadi, aku pun buat la preparation sikit-sikit.
Tempah kek dgn bff ku, Dolie Cupcakes.
Aku sebenarnya suka kek icing.
Tapi tau je lah icing kek mudah cair.
Mudah cam rosak kalau tersentuh ke jatuh ke.
So, aku amik jalan selamat, order kek fondant.
Kek fondant ni cantik dan mudah nak jaga sebab gula keras tu tak mudah pecah, tak cair even tak masuk peti ais untuk beberapa jam.
So, pagi 1 februari tu aku pun pegi la amik kat rumah kawan tu.



Kek fondant yang aku tempah khas


Deco ni memang buat sendiri ok. Letih gila. Better beli lg senang. haha nak jimat kos konon!


 The Birthday girl 


Lepas tu terut shot gi umah umi.
Datang awal, prepare ape yang patut sebab tetamu sume datang around 3 ptg.
Nak dekat pukul 3 ptg macam tu, guest pun ramai dah datang.
So, mula-mula baca doa selamat dulu.
Lepas abis doa, baru acara potong kek.







Naurah muka blur je masa orang sume dok nyanyi-nyanyi happy birthday untuk dia.
Haha.
Pastu potong kek. Nasib la dia tak meragam masa tu.
Maklum je la main je dari pagi.
Tak tido pun lagi.
Risau gak aku time-time nak potong kek, time tu dia meragam nak susu, nak tido plak.
Nasib dia layan je orang ramai-ramai datang tu.




Sampai pukul 7 mlm pun masih ade lagi kawan-kawan aku yang dtg tau.
Menu hari tu, ade laksa, mee kari, lasagna and aglio olio dari adik aku yang belajar kulinari tu masak.
Mee kari ngan laksa, umi masak.
Haha.
Aku datang makan je.
Eh tak la. Aku tolong-tolong kemas umah je lah.



Abis settle kemas-kemas sume around 10ish..
Pastu baru bapak Naurah datang amik kteorang balik umah ke Pantai Dalam.
Bapak Naurah ade datang kejap je bawak nenek sekali.
Tapi tau je la orang tua, mana suka duk rumah orang lama-lama.
So lepas beberapa jam, dia pun balik hantar nenek dulu ke rumah.

phew..letih ok. Seriyes letih.
Maybe sebab aku mengandung kot.
So, double letih even aku takde la masak ke ape pun.
Kemas-kemas umah and buat deco skit je.
Anyway, walaupun kecil-kecilan tapi aku happy sebab buat jugak birthday party Naurah.
At least, nanti dia dah besar, boleh la tgk gambar-gambar masa sambut birthday dia walaupun sekarang ni dia ape benda pun tak paham lagi..

Thank you to friends yang datang..tahun depan kalau ada, datang lg eh!

0 comments: