Setiba kita di batas masa

4:25 PM ct nasyrah 1 Comments

Banyak betul perkara berlaku pada aku sejak akhir-akhir ni.
Satu persatu dugaan datang.
Dulu-dulu aku penah jugak terpikir, di waktu aku 'senang-senang' dulu.
Apabila aku mendengar tentang dugaan dan kesusahan orang lain.
Kawan-kawan, keluarga sedara mara yang menghadapi pelbagai masalah masing-masing.
Mengadu domba denganku.
Sebagai seorang yang mereka kenali, aku mendengar dengan setia setiap masalah yang dilemparkan.
Memberi sedikit pandangan dan nasihat.
Mengikut pemikiran logik akal ku dan pengalaman yang ada sepanjang 28 tahun aku bernafas di bumi Allah ni.

Pernah jua aku terpikir, masa ni masa dorang.
Akan tiba nanti dugaan untuk aku pulak.
Ok. Sekarang dah tiba dugaan untuk aku.
Bertimpa-timpa.
Bersyukurlah aku masih diberi dugaan.
Tanda Allah SWT ingat kat aku.
Rindu untuk aku menyebut Nama Dia.
Rindu untuk aku merintih menangis meminta dari Dia.
Syukurlah Nasyrah. Pliss keep on positif.

Dugaan kali ni ialah tentang ayah mertua aku.
Hari ni dah hampir 3 minggu ayah mertua yang ku panggil abah masuk hospital PPUM.
Penyakit kanser darah yang dia hidapi tahun lepas mungkin dah semakin teruk.
Sekarang ni doktor terpaksa letak dia dalam resting state ataupun 'koma'.
Sebab kesakitan yang dia alami sekarang membuatkan dia sehingga meronta menahan sakit.
Tak ada siapa pun antara kami yang sanggup melihat dia dalam keadaan macam tu.
Jadi doktor terpaksa 'menidurkan' dia sementara waktu.
2 tiub terpaksa dimasukkan melalui mulut beliau.
Satu tiub oksigen. Satu lagi tiub utk masukkan susu terus ke perut.

Asalnya pada waktu dia dimasukkan ke hospital apabila dia selalu sangat demam.
Dokter suspek ada jangkitan pada paru-paru.
Tapi semakin lama di hospital tiba-tiba dia mengalami sesak nafas.
Dan sekarang hampir 80% dia bergantung pada mesin untuk bernafas.
Darah juga semakin berkurang.
Bacaan hb makin low dan platelet berkurang.
Menyebabkan oksigen dalam darah pun berkurang.
Hidung pun senang berdarah akibat platelet yang low.

Sesiapa yang melawat abah, yang rapat dengan beliau sewaktu hayatnya memang akan menangis.
Mak mertua aku memang sudah kering air mata melihat penderitaan abah.
Sebagai menantu, mestilah aku turut bersedih.
Bila aku terkenang, bagaimana abah melayan aku even masa aku belum sah jadi menantu dia lagi, hati aku jadi semakin hiba.

Dulu-dulu abah tau aku suka sangat makan durian.
Kalau dia tau aku nak datang rumah, mesti dia cepat-cepat pegi beli durian kat supermarket.
Bukan 1 paket tau. Kadang-kadang sampai 2-3 paket.
Dia suka tengok aku makan hasil pemberiannya.
Sampai la aku sudah berkahwin, sah jadi menantu dia.
Dia masih begitu.
Suka belikan makanan sampai berlebih-lebihan kalau menantu dengan cucu dia nak datang rumah.
Hehehe. Perangai abah memang macam tu.
Dia takut kalau tak cukup. Beli banyak-banyak sampai tak larat makan.

Lagi satu abah suka basuh kereta.
Sapa-sapa je lah datang bermalam di rumah mak.
Dia akan basuhkan kereta.
Basuh-basuh. Lap sampai bersih.
Abah memang tak duduk saja. Ada lah kerja dia nak buat.

Bila cucu datang rumah, memang abah orang paling gembira.
Cucu-cucu lelaki dia memang suka main dengan atuk dorang.
Main dukung-dukung lah. Naik kuda lah.
Abah memang suka melayan cucu.
Kalau cucu tak datang rumah, dia lah pulak yang datang ke rumah kami nak tgk cucu punya pasal.
Hehehe.

Sekarang sejak abah mula sakit, memang susah la nak tengok abah macam dulu.
Abah dah tak boleh drive.
Dan dulu masa dia masih sakit dekat rumah, dia banyak rehat dan tido dalam bilik.
Borak-borak pun kurang since dia banyak tido.
Tapi kami sume anak menantu pun paham.

Harapan aku abah masih bersama kami.
Harapan aku agar abah sempat melihat lagi sorang cucunya lahir ke dunia ni.
Tapi kalau sudah sampai di batas masa beliau, kami terpaksa redha dengan ketentuanNya.
Nampak dengan keadaan dia sekarang, mungkin masa tu tak panjang lagi.
Semoga kami tabah melalui dugaan ini Ya Allah..


mesin yang support abah sekarang. 

1 comment: