Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]



Kali ni sy nak share resipi biskut cornflakes yang konfem sedap punyalah! 
Menjadi igauan En.Dd tiap kali raya.
Tak raya pun dia mintak jugak buat biskut ni tau.
Rangup sedap manis.
Memang addicted kalau dah start makan.
Ok. Enuff bebels. Lets start..


Bahan:
Cornflakes 1kg - yg jenis murah punya dlm plastik. Beli kat kedai bakery bagus/bake with yen ada.
Buttercup 1 buku
Gula pasir - 3 senduk
Golden syrup - 11 sudu 
Chocolate rice/coloured rice utk hiasan






Cara-caranya:

1. Ramas-ramas cornflakes tapi jangan sampai hancur sgt. Just nak pecah-pecahkan dia je.


2. Cairkan butter + gula + golden syrup


3. Curah campuran butter cair tadi masuk dalam bekas cornflakes
4. Gaul semua sampai sebati
5. Masukkan adunan tadi dalam cup kecil-kecil
6. Taburkan chocolate rice/coloured rice atasnya
7. Bakar 10-15 minit pada 180 c dalam oven

Senang sangat weh buat biskut ni. Gaul-gaul bakar siap. Boleh la nanti try untuk raya ni. Kos pun murah sgt. Sekilo cornflakes tu boleh dpt sebekas besar + bekas kecik lagi. Puas makan. Hehe. Ok selamat mencuba! 







1 comment:

Bottom Ad [Post Page]