Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]



Tahun baru datang lagi.
Biasa la tahun baru mesti ada sambutan tahun baru kat tempat-tempat ramai orang.
Tapi aku malam tahun baru tu duduk kat rumah mak mertua je sambil tengok movie Pitch Perfect kat Diva Channel.
Dah itu je yang ditayang yang agak best kat TV.
Layan je lah.

So amacam dengan azam aku tahun lepas?

Setelah aku rujuk balik planner aku tahun lepas.
Alhamdulillah.
Ada tercapai jugak azam yang aku nak.
Which is....

QUIT 8 TO 5 JOB & BECOME HOUSEWIFE

Inilah dia impian aku setelah bergelar mak orang nih.
Serious weh.
Setahun aku berdoa sungguh-sungguh kat Allah mintak supaya Dia capaikan hasrat aku nih.
Dan Alhamdulillah.
Dia dah makbulkan doa aku.
Macam-macam terjadi sepanjang tahun lepas dengan tempat kerja menyebabkan aku terus tawar hati dah nak kerja 8-5 lagi.
Mungkin hikmahnya inilah.
Allah nak makbulkan titip doa aku tu.
Dia tau, aku ni manusia biasa.
Mesti berat untuk aku buat keputusan yang besar ni.
Mesti aku akan runsing dan risau saban waktu.
Sebab tu, Dia bagi aku suatu pengalaman yang dasyat untuk aku kenang, ambik pengajaran dan menjadikan aku seorang yang bersyukur dengan kehidupan sekarang.

Aku tau, ramai suri rumah yang stress duduk rumah.
Mengadap kerenah anak-anak dan terlingkup dalam ruang dan suasana rumah je setiap hari.
Tapi bagi aku, aku rasa happy fikiran aku tenang dan aman damai je.
Aku tak perlu fikir lagi nak memuaskan hati orang lain yang tak penting dalam hidup aku dah.
Aku cuma perlu fokus dengan anak-anak dan family yang begitu berharga bagi aku.
So, aku berserah je pada Tuhan biar dibukakan pintu rezeki yang lain melalui suami aku.
Actually ni pun impian dia jugak untuk aku berhenti kerja bila Naurah dan mula sekolah tahun ni.

Dan impian kedua tahun lepas is...
Naurah potty training dan bebas pampers.
Alhamdulilah.
Dah mula laksanakan dah beberapa minggu lepas.
Setakat ni takde terbabas teruk lagi.
Sekali je ade kot.
Naurah automatik je pandai cakap nak kencing kat tandas bila dia rasa nak kencing.
Yang terbabas tu sebab dia leka tengah main building blocks.
Tak sedar dah tak pakai pampers agaknya.
Aku takde marah pun.
Cuma ingatkan dia je lagi sekali.
Tapi nak tido malam aku masih belum percaya dia lagi.
So pakai pampers bila nak tido je.
Siang-siang kat rumah tak pakai.
Macam tu la dulu setakat ni.

Ade lagi azam yang lain.
Tapi itu tak berjaya lagi dicapai.
Takpe.
Kita masukkan azam tak tercapai tersebut untuk tahun ni pulak.
Voleh je kan?
Haha.

Tahun ni,
apa yang aku nak capai..

NO 1 - settlekan kredit kad!
NO 2 - settlekan bil telefon iphone which is around April 2018
NO 3 - diet! target weight 55kg. chaiyokk! kena create diet plan nih
NO 4 - start up a small business
NO 5 - start saving up for the kids
NO 6 - get pregnant no 3?? haha. maybe ujung tahun boleh kot. baby blues dah ni.

Ok. Itu dulu.
Paling penting diet tu.
Ya Allah.
Now my weight is the fattest that i have ever reach!
Tak mau tulis weh.
I is malu!
Stress mak tgk diri sendiri dalam gambar dah macam mak nenek gendut.
Walhal umur thirties adalah umur wanita untuk kelihatan paling cantik dan mature sekali.
So tak boleh sia-sia kan!
Ingat tu Nasyrah! Plisssss..

Till next entry. Cau cin cauuu

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]