Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]



Aku bukan peminat tegar novel melayu.
Especially yang tajuk macam ni.. "Aku dan dia", "Dia milikku', Suamiku en perfect" dan lain-lain yang berkaitan.
Di umur 'sizen' ni aku agak skeptikal dalam pemilihan buku-buku yang nak dibaca.
Paling penting, buku yang dibaca mesti memberi input positif pada aku.
Hiburan menjadi aspek kedua.

Nama Ramlee Awang Murshid sebelum ni tak pernah aku minat.
Ada nampak novel dia kat kedai buku.
Well, sapa yang kenal aku akan tau aku punya perangai macam mana.
Aku ni 1st impression tentang sesuatu tu mesti cantik lawa.
Aku sejenis yang tertarik dengan benda-benda yang ada packaging cantik.
Luaran yang cantik.
Baru nak cuba. Macam tu.
Haha.
Jangan kecam sis.

So, novel beliau selama ni kalau tengok tajuk pun tak menarik.
Cover pun biasa-biasa je.
Tak pernah pun aku jumpa orang review pasal beliau.
Walhal dia memang top novelist kot.

Filem tombiruo yang baru ni dah ditayangkan berjaya menarik perhatian aku.
Aku start dengan beli novel tu dulu kat kedai buku.
Bila dah baca novel beliau, baru cam laaaa best gile dia ni tulis novel.
Novel dia tak sama macam novel cintan cintun tu.
Penuh imaginasi, jalan cerita yang menarik, ada la sikit part cinta tu nak jadi pelengkap cerita kan.
Dan jugak ada pasal ketuhanan which is ada input positif kat situ.

Lepas tu, ada pulak sepupu aku rekomen novel dia yang lagi satu.
Laksamana sunan.
Aku pun teruja la nak baca.
Gigih la pegi mencari kat kedai buku.
Dia macam bersiri novel ni.
So, baca yang no 1 dulu.
So far, memang best novel dia.
Tak saba jadinya nak beli novel selanjutnya.
Nanti lah.
Ada masa lagi aku pegi kedai carik.

Setakat ni dah 2 la novel Ramlee Awang Murshid yang aku baca.
Tombiruo dengan bagaikan puteri.
Super best!


A post shared by Nasyrah Sufyan (@nasyrah.sufyan) on

1 comment:

  1. Aku start suka novel dia tajuk Satu Janji. Sejak tu, aku mmg fanatik gile semuanovel dia.. Laksamana Sunan, aku blh berkmpung kt rmhsewa kwn aku hbskn bacaan bersiri tu..

    Tombiruo pun sama, ms gi pesta buku aku borong 2 buku bersiri tu.. Siap kne perli ng laki aku lg. Bila tombiruo kluar kt wayang, aku plk sakit nk bersalin dah.. Akhirnya, laki aku yg peg tgk tombiruo sbb member dia semua kata best. Tulah satu2 nya filem melayu yg dia tgk kt wayang. 😂

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]