Posts

Showing posts from 2012

Is she looks like me?

Image
Akibat keterujaan ibu bapa baby in my belly ni, jadi aku and hubby dah selamat untuk pertama kalinya tgk muka baby by scan 3D/4D kat klinik hari tu. Thanks to my lovely friend Rabiatul sebab inform psl tempat scan ni. Agak murah la harga dia berbanding hospital/klinik yang lain. Boleh refer sini kalau nak tgk tempat dia.Yang aku buat hari tu pun cost around RM100 je kat klinik Fauziah, Ampang.

 Me on the left-Nov 1987 and baby-Dec 2012 on the right

Cuba lihat perbandingan gambar diatas. Hehe..adakah baby nampak seperti diriku?? Abis la jeles bapaknye kalau lahir sebijik rupa macam maknya. Nak-nak tang hidung. Copy cat abisss..Memang anak umi ni. 
Tak saba rasanya nak tgk dia lahir ke dunia ni. Walaupun aku rase sgt takut untuk beranak. Tapi, bila perut semakin membesar memang terasa kepayahannya. Takpe la. Ni la namanya pengorbanan kann..
Duhai anak, umi dan abah harap dikau akan menjadi anak yang solehah, sihat dan sempurna serta berguna di masa hadapan kelak. 
Ya Allah, jadikan aku …

Big Bad Wolf Book Sale..murahnyaa buku!

Image
Dah berapa tahun dah book sale ni ade kat Malaysia. Baru sekarang la berpeluang nak pergi. Itu pun mula-mula kak ipar yang ajak husband aku pegi. Bukan pegi siang-siang tau. Nak pegi pukul 3 pagi. Sebab book sale ni time weekend dorang bukak 24 hours.

Sebabnya kak ipar ni ade anak kecik. So susah nak bawak dorang. Kalau nak pegi, kene tunggu dorang  tido la dulu. Tapi, last-last kak ipar aku tu tak jadi jugak nak pegi. Sebab anak die awal-awal dah meragam pulak. So, aku and hubby decide nak gi awal sikit. Pkul 11mlm cam tu la gerak gi Mines Convention center.

Sampai sana dalam 11.40mlm. Orang ramai jugak. Tapi tak la seramai time siang kot. Ade aku dgr cerita klu pegi siang, time byr kene beratur sampai 2 jam. Memang sgt la ramainyaaa.. But time malam mcm ni bilangan orang yang datang ok la. Tade la sampai kene beratur panjang untuk byr. And tak la crowded sgt. Itu adalah bagus. Senang sikit den nak usha-usha buku yang melambak tu.

Masuk je dalam hall tu, mmg rase seronok sgt sebab by…

Welcome third trimester!

Image
Yeay..skrg my baby already 29 weeks old. Welcome third trimester!

Macam-macam perasaan timbul skrg.
Takut ade, seram, suka, happy dah nak tgk baby, risau pun ada sebab masa ni dah sarat and anytime je dah bole beranak.

Sekarang  ni pun baby dah banyak sgt bergerak and sesekali bila terasa dia menendang tu mmg kuat. Nampak perut aku mcm terbonjol-bonjol bila die buat summersault ke tendang ke. Haha. Mesti after beranak nanti aku akan miss this moment.

Pastu nurse kat KKIA pun dah suruh aku start untuk catat pergerakan baby. Mula pukul  9 pagi sampai 9 malam, aku akan catat berapa kali baby ni bergerak sampai sepuluh pergerakan. And catat masa untuk pergerakan yang kesepuluh.

This is crucial because, mommy to be kene pantau pergerakan baby tu samada dia masih sihat ke atau ade masalah klu tetiba pergerakan dia slow sgt or terlalu aktif. Kalau slow sgt ade kemungkinan baby dalam perut terbelit tali pusat ke or terlalu aktif maybe sbb dia lemas ke ape.

Tapi tu la. Kadang-kadang susah juga…

Baked meatloaf from Nigella Lawson's recipe

Image
Di hari cuti Maal Hijrah ni, sebab duk umah jadi kena la masak. Bukak peti sejuk tgk-tgk ada lagi daging korban hari tu. Banyak sgt tak habis dek kteorg bertiga nak makan. Jadi, aku pun terpikir nak buat meatloaf. Ni pun dapat idea after tengok rancangan masak Nigella Lawson kat AFC tak lama dulu.

Meat loaf ni rasa dia ala-ala daging burger yang dibuat sendiri la.

Ok. Toksah byk cerita. Ni bahan-bahannye.

Daging kisar
2 cup Breadcrumb
4 biji telur
1 sudu Worcestershire sauce (recommended: Lea and Perrins)
1 sudu butter
1 biji bawang besar
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada hitam + lada putih

Cara-cara:

1.Rebus 3 biji telur
2. Kisar daging sampai hancur guna blender
3. Masukkan daging yang telah dikisar tadi ke dalam bekas
4. Gaulkan 1 sudu Worcestershire souce ke dalam daging tadi
5. Masukkan telur 1 biji + 2 cup breadcrumb
6. Masukkan  garam + lada hitam + lada putih secukup rasa
7. Di atas kuali, panaskan 1 sudu butter
8. Potong bawang bentuk dadu dan gorengkan sehingga wangi
9.…

Ntah, tak paham aku

Ade la satu hari  ni, aku pegi umah mak sedara kat Ampang. Dia buat kenduri sempena keberangkatan dia dan suami ke Mekah raya haji lepas.

Time tu dah pukul 6 ptg lebih, aku dan mak pun masuk dalam umah dia nak tumpang sembahyang Asar. Selesai sembahyang, lalu la bahagian dapur umah di mana terdapat beberapa makcik-makcik sedara maybe sebelah pak sedara aku tu kot. (sebab muka cam tak bape familiar).

Mak aku tu kan peramah, mulut ringan la katakan. Dia pun tegur la makcik-makcik yang tgh melepak kat meja makan tu. Tanya khabar, duk mana suma. Pastu after mak aku kenalkan diri, die pun kenalkan la aku jugak yang berdiri sebelah dia.

Then, tak semena-mena salah sorang makcik ni tanya macam ni..

"Eh, ni ke anak yang kahwin hari tu yang belum beranak-beranak lagi tu yeh?"

Ok.

Aku dah sentap jap kat situ.

Pastu mak aku pun cover, "eh tak la. Dah mengandung dah sekarang. 6 bulan."

Pastu makcik td pun cover jugak. "Ah ye ke. Saya pun ade jugak anak sedara dah lama kaw…

Hasil serbuan ke ekspo baby

Image
4 Nov lepas, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup pegi ekspo baby. Haha. Rase kekok jugak ok nak beli barang baby. Maklum je la 1st timer. 
Sebenarnya memang tak pandai pun nak beli barang-barang baby ni. So macam biasa, aku buat-buat pandai je la. Sebelum tu ade jugak la buat research kat blog-blog mommy lain checklist brg dorang, jadi dari situ la aku buat checklist sendiri jugak nak beli apa. 
Memandangkan doc scan ari tu kata baby aku mungkin(InsyaAllah) baby gegirl, jadi barang-barang die ni byk la kaler pink. Hehe. Naluri aku pun kuat kata baby ni gegirl. Jadi tawakal je la beli barang die ni kaler pink. Ingat nak beli kaler-kaler yang neutral mcm hijau ke, kuning ke, tapi kebanyakkan barang ni kaler dia sama ada biru atau pink je. Tu yang payah gak tu. Nak beli biru, tak bape cantik plak. Lantak la. Kalau baby tetibe kluar boboy, takpe la. Mase newborn je pkai pink, pastu beli la baju kaler utk boys lak kan. Hehe..
Jadi ni la hasil rembatan kat ekspo tu. Walaupun ekspo ni …

Kabinet dapur baru

Image
Akhirnya setelah beberapa lama aku berangan nak tukar kabinet dapur umah ni, sekarang la baru dapat. Hehe..bukan guna duit aku pun. Mak mertua ngan nenek yang sponser. Thank u mak, nenek!Dorang paham la. Aku ngan hubby mane la ade duit byk nak buat kabinet ni. Bukannye sikit, kecik ni je pun dah cost ribu riban.

Memandang kan keadaan dapur yang agak huru-hara tu la yang mengukuhkan rasa nenek nak buat kabinet ni. Die pun pening tgk barang bersepah-sepah. Dengan pintu kabinet lama tu pun dah patah reput. Memang elok sgt la nak tukar kan. Kami pun plan nak duduk lama lagi kot kat sini. Baru la i ade semangat sikit nak masak lebih-lebih kan! tak gitu..

Jadi, tgk je la sebelum dan selepas...



p/s: tak sangka sekarang ni excited ngan bende-bende mcm ni. dulu-dulu mase bujang tak penah aku kisah pon.

Salam Aidiladha

Image
Semalam 26 Oktober bersamaan 10 zulhijjah adalah hari yang istimewa buat umat islam untuk sama-sama menyambut hari raya korban or Aidiladha. Tahun ni adalah yang kedua aku beraya kat umah sendiri bukan kat umah parents. Kat sini sambutannya lebih kurang je mcm tahun sudah. Ahamdulillah rezeki tahun ni tumbang la 7 ekor lembu.

Aku pun turut sama turun kat bwh tgk sendiri dorang ni sembelih lembu. Nampaknye lembu ni macam dah tau-tau je dorang nak kene korban. Muka sume aku tgk redho je dah. Takpe la lembu, janji ko dapat masuk syurga.

Selesai sembelih, terus je pakcik-pakcik ni lapah kulit lembu tu dan potong ke beberapa bahagian sebelum diangkat ke khemah untuk dipotong kecik-kecik dan ditimbang. Cepat je orang kat sini buat keje. Sebelum solat jumaat, sume dah siap dah. Tinggal nak agih je.

Tetibe teringat conversation dengan nenek time dorg tgh sembelih lembu.

nenek tanya: eh dd(rusydi) tak bwk pisau ke tolong orang lapah lembu ni?
pastu nenek jwb sendiri: oh, die bwk camera dia jadi …

Usahaku untuk dapatkan si kecil ni

Image
Actually ramai kawan-kawan aku yang dah kawen. Tapi lum preggy lagi. So, bila kteorang jumpa tu, ade la yang akan bertanya. Apa yang aku buat untuk mengandung. Ade tips-tips ke. Hmmm..nak kate tips tu ade la jugak sikit-sikit.

Tips ni pun aku cari kat google jugak. Pastu aku amalkan.

Yang pertama sekali, kita kena la selalu berdoa tiap-tiap kali lepas sembahyang. Mintak pada Allah SWT supaya kita dikurniakan rezeki. Ok. Itu mmg wajib la kan. Tapi, kalau doa saje tanpa usaha pun tak bole jugak. Jadi, kene la rajin cari info dan amalkan apa yang dah dibaca tu.

Next, ialah jaga pemakanan. Macam apa yang aku amalkan ni aku pernah terbaca kat artikel sorang uztaz. Tapi tak ingat la ape link die. Dia kata, kalau nak mengandung, kena jaga makan. Jangan makan makanan seperti:


jerukair bergasmakanan yang diproses macam burger, sosej, nugget dan makanan segera mcm mcd, kfcbuah jambu batu Ada lagi sebenarnya. Tapi aku lupa. Haha. Tapi yang pastinya makanan segera tu mmg tak elok untuk kesihatan k…

"hidupan" di dalam perutku

Image
Baby around 10 weeks
Baby around 20 weeks 
"Waggghh...Macam tak percaya ada suatu kehidupan di dalam perut ni sekarang. Tak sabar rasenye nak tgk dia lahir ke dunia ni. Cepat la Februari 2013! "
Sabtu lepas gi scan baby untuk kali -2. Sebab orang sume asyik tanye je. 
"Dah scan?"
"Laki ke pompuan?"
"Bila nak scan?"
Jadi me and hubby pun pegi la scan sebab nak tau macam mane keadaan baby skrg. Dalam hati aku berdebar-debar jugak. Macam-macam kemungkinan ada terfikir. Sihat ke tak anak aku ni. Sempurna ke tak anggota badan die. Betul ke umur die sekarang dengan time yang aku tgh kira ni. 
Ok. Sampai je klinik dalam pukul 10 pagi. Nasib orang tak ramai pagi tu. Doktor pun terus panggil masuk bilik ultrasound. Dia pun suruh tarik baju bukak perut. Pastu die letak macam gel atas perut and gerakkan bende batang scanner tu atas perut aku. Terus je nampak kepala anak aku dulu dalam perut ni. 
Aku cam waaahhhhhh..excitednya. Nak nak anak aku tengah bangu…

Keputusan MGTT yang mendukacitakan

Image
Next check up after ujian MGTT yg lepas, nurse pun bgtau aku resultnye. Setelah tgk reading kat kertas tu 8.2. Siap bulatkan lagi pakai pen merah. Kalau normal is below 7.8. Peh..terus die kate "awok ni ade kencing manis nih".

Ok.

Aku mula-mula cam blur kejap. Terkejut pun ada. Pastu muka nurse pun berubah dah. Mula-mula manis jadi  serius skit. Pastu die tgk berat aku kali ni dah naik 2.7kg dr bulan lepas. Lagi la die bebel. "Awok ni kencing manis, tu yang naik sgt berat badan ni. Kene control makan sikit deh" katenye dalam loghat kelantan.

Pastu die pun cerita la psl kesan-kesan ada penyakit ni. Antaranya:


- Janin menjadi besar dikenali sebagai makrosomia. Ini disebabkan oleh gula berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin menjadi besar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian kelahiran tersekat terutamanya pada bahagian bahu meningkat.

- Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing meningkat, i…

Ujian MGTT yang tak best

Last check up hari tu nurse setkan aku untuk ujian MGTT. Amende ujian ni? Bagi yang tak tau ni la ujian untuk detect sama ada ibu mengandung ni ada penyakit diabetis ke tak. Aku kene pegi memandangkan umur aku tahun ni 25 tahun. Kalau berat badan naik byk sgt dalam  2 kilo lebih dalam sebulan tu pun kene pegi jugak test ni.

Sehari sebelum ujian ni, nurse pesan suh puasa start pukul 10 mlm sampai besoknya. Aku pun makan minum puas-puas sebelum pkul 10 mlm tu pastu terus tido. Risau plak kalau jaga, tgh-tgh malam karang lapar. Kalau tido tak la rasa lapar kan.

Bangun je pagi, mandi siap-siap terus ke klinik. Aku sampai pkul 8.05pg. lewat 5 minit je kot. Tapi tu pun orang dah penuh. Nak dekat sejam aku tunggu turn untuk amik darah kali pertama(fasting blood). Lepas tu, aku disuruh gi bilik belakang untuk minum air gula.

Masa minum air gula tu, aku rasa ok je. Air tu suam-suam je. Rasa manis. Kene tunggu 2jam untuk amik darah sekali lagi. Lepas sejam aku dah rasa tak sedap tekak dah. Tam…

First time checkup

Sebenarnya entri ni dah lama simpan  dalam draft. Buat tajuk je tp tak de masa nak karang. Wahaha. Pemalas betul aku. :P.

Maklum je la time ni aku masih lg dalam fasa meloya + tak lalu makan.Nasib baik time ni puasa uolls. Kalau tak, bila time makan tu macam berperang je tau sebab tak nak makan.

Setelah 2 minggu yang lalu buat appointment, pukul 8am aku dan hubby dah terpacak dpn klinik kesihatan Ibu dan Anak Pantai Indah. Dekat sgt je dr umah aku ni. Sampai je tak terus turun, tgk pintu macam lum bukak. Tunggu la kat parking jap sampai la nampak ade orang lain masuk. -nampak sgt takut nak masuk-

Masuk je pintu terus nampak meja pendaftaran. Aku pun kata la nak daftar buku merah. Jadi nurse tu pun suh gi bilik air test air kencing. Lepas test, ade sorang nurse ni amik blood pressure ngan timbang berat badan dan ketinggian aku. Lepas tu die cek juga hemoglobin darah. Abis tu sume, die bg satu buku merah dah suruh pegi tingkat atas.

Nurse yang cek aku td pun panggil aku masuk bilik die.…

Keadaan yang menguji kesabaran

Sewaktu entry ni ditulis, kandungan aku berusia 10 minggu 2 hari. Masih lagi dalam trimester pertama. Waktu yang banyak menguji kesabaran aku. Maklum je la, dengan pelbagai hormon yang mula berubah dalam darah ni, menyebabkan aku berasa tak selesa sgt.

Tapi aku rasa, aku masih lagi bernasib baik berbanding mom-to-be yang lain. Yang mungkin mengalami mabuk awal mengandung yang lebih teruk. Muntah pening kepala sampai tak leh bangun ke kan..aku pulak just rase mual/loya.Hampir setiap masa. Muntah pun tak pernah lagi. Kerana aku masih mampu menahan muntah tu dari keluar. Aku pun pikir tak nak muntah. Sebab muntah ni kan penat. Pastu mesti perut jadi kosong balik. Letih je makan kan..

Paling hebat waktu petang lepas balik keje. Badan rase penat sgt. Pastu perasaan loya tu membuak-buak lagi. Angin dalam badan jgn cerita la. Berbakul-bakul banyaknya. Maybe tu la sebab loya kot. Byk angin dalam badan. Selera makan aku juga turut berubah. Dulu aku suka makan. Masa 4-6 minggu dulu, selera aku…

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku

Image
Setelah begitu lama tak hapdet ini blog, ade la dlm 2 bulan lamanya kot. Hahaha..baru skrg ade semangat sikit nak menaip balik. Sumenye gara-gara takde idea + malas yg dtg menguasai diri. Jadi ini lah akibatnya. Berhabuk dah blog ni. fuh..fuh..fuh..sambil tiup habuk.

Ehem..ehem..Jadi ade berita gembira nak dikhabarkan. Ya, aku sudah pregnant. Berita yang aku tunggu-tunggu selama ni. Tak sangka dah menjadi kenyataan. Maklum la. Sebelum ni terlalu ramai yang dah bertanya.

"Dah ada isi ke blum?" "Bila nak ada anak?" "Ko dah pregnant blum?"
dan pelbagai lagi..
Dulu sebelum aku pregnant ni, aku jadi takut bila org bertanya. Bila ade yang bertanya baru la aku sedar nape aku blum mengandung lagi. Aku risau kalau salah sorg dari kami ni bermasalah. Macam-macam situasi dah terpikir dalam ingatan. Kalau itu, kalau ini..macam-macam. Nampak sgt aku byk pikir negatip sgt.

Tapi, nak wat macam mane. Aku hanyalah manusia biasa. Yg tak penah lari dari pelbagai masalah.Ceh…

Apabila tiada rasa timbang rasa

Image
Jam dah pukul 11.30 mlm. Suasana di kawasan Kondo Rakyat Desa Pantai masih lagi bising dengan suara orang berkaraoke menjelang kenduri perkahwinan yang akan berlangsung esoknya di kawasan dataran di tgh2 kawasan perumahan ni.

Usai sebuah lagu dari Jamal Abdillah yang dinyanyikan oleh seseorang yang perasan suara dia sedap nak mampos tu kot, kedengaran satu jeritan dari blok aku ke arah dataran tersebut.

"WOI DIAMLAHHHHH!! DAH MALAM KOT ORG NAK TIDO PAHAM!"

Yesss..puas hati aku dgr ade orang komplen. Aku pun sebenarnya tension sgt-sgt kalau ade orang  nak kawen kat sini. Asal kawen je mesti ade karoke. Ade karoke je kawen. Aduiyai. Pasang speaker sekuat alam pulak tu.Nak tunjuk bakat pun berpada-pada la kot. Ni tak, karoke dari siang sampai la malam. Tak meletup pulak speaker dia.

Lain kali cuba la pikir sikit, kawasan umah flat ni dah la tinggi dan berblok-blok. Kalau dah  nyanyi time malam cenggini, mesti la bergema-gema bunyi dia. Pastu kat sini ada orang muda, tua, baby,…

Kene minyak panassss..adoi

Image
Ada 2 kesakitan yang akan dirasai apabila anda terkena percikan  minyak panas...rase sakit pada kulit dan sakit hati.

Ya..itu yang berlaku tanpa kehendak aku. 2 malam yang lepas, Rusydi request nak kopok lekor panas nak mkn ngan nasi (ok, laki aku ni mmg suke mkn mende-mende mengarut ngn nasi). So, keluarkan kopok tu dari fridge, potong-potong skit, and goreng dalam minyak yang panas.

Tetibe je, kopok ni makin lama makin mengelembung dan tak semena-mena meletup dan memercikan minyak yang panas tu  ke aku yan tgh menggoreng beliau. Jadi hasil percikan itu adalah seperti dibwh.




Sebenarnya ada lagi kat tangan ngan kaki. Guna hp kemera nokiak ni tak clear, so malas nak letak. Letak gmbr yg clear jek.
Aku yang cam terperanjat tu trus je gi sinki basuh ngan air. Pastu nenek aku yang menyaksikan kejadian tersebut,kata jgn basuh ngan air, lap pastu letak colgate. Aku pun apalagi terus je la capai colgate, taruh kat tempat yg terkena minyak tu. Sakit nya tak terperi la beb. Tapi sekejap je, ke…

Kan bagus kalau mcm ni hari-hari

Lif tak ramai orang,  jalan tak jem,  bayar tol tak beratur panjang,  parking pun banyak..
Wow heavennyaaaaaa..
....Time cuti sekolah
nota kaki: budak sekolah sonok2 cuti..org bekerja pun nak happy jugak!

Make Up vs Natural Beauty

Image
Perempuan dan make up mmg sinonim. Ade yang suka sgt pakai make up even duk umah pun mesti make up untuk kepuasan diri.Ade jugak yang tak suka bermekap dan lebih selasa dgn muka yang suci dr bahan-bahan kimia yang terkandung dalam alat-alat mekap nih. Nak nak yang suka bermekap tu suka pakai tebal-tebal dgn harapan nak cover bekas jerawat dan cela kat muka segala.

Kalau cakap pasal kebaikan bermake up mmg sume orang tau kot untuk kasi muka naik seri, nampak cantik. Keburukan tu la yang orang-orang pompuan tak nampak sebenarnya. Main bubuh je kat muka kan. Tu la yang jadi mcm-mcm kes tu. Kulit mengelupas la, jadi naik jerawat la, jangkitan kat mata sebab tak cuci make up elok-elok dan pelbagai lg. Sume tu tindak balas kimia terhadap kulit kita. Dan yang paling bahaya ialah penggunaan lipstick. Yang apabila kita termakan, bole menyebabkan kanser.woooo..pi google la kalau nak tau lagi.


Penahkah kita terpikir, ada bape byk pompuan dalam dunia ni yang believes with her own natural beauty.…

Never say Goodbye

Image
Semalam, ntah mcm mane tgh usha lagu hindustan, ternampak link cerita ni kat youtube Kabhi Alvida Na Kehna yang maksudnya dalam bahasa omputih yang bole difahami Never Say Goodbye. Bukan never say never lagu si bibir..  eh, Bieber tu.


Ok. sambung cerita. Kisahnya pasal percintaan terlarang antara  2 orang yang sudah berkahwin. Di ulang ye yang sudah BERKAHWIN. Dev Saran(Shah Rukh Khan) dan Maya(Rani Mukherji) dua orang ni dah pun berkahwin dgn pasangan semasing iaitu Rhea(Preity Zinta-bini Dev) dan Rishi(Abishek Bhachan-laki Maya). Tetapi, dorang ni berkahwin bukan sebab rasa cinta tetapi sebab rasa suka-suka atau sebagai membalas budi.

Dev and Maya nyanyi-nyanyi kat taman..cantik sgt sinematografi filem ni..from Farah Khan
Plot cerita start bila Dev terserempak dgn Maya kat taman pada hari perkahwinannya. Maya ni tgh pikir-pikir nak kawen ke tak, akhirnya jadi gak kawen ngan Rishi sebab nasihat dari Dev supaya kawen je la walaupun tak ada rasa cinta sebab nanti bila dah kawen cinta …

Bait lirik lagu

Image
Rasenye kan setiap orang mesti penah dengar lagu. Tak kisah la lagu Malaysia ke luar negara ke. Pastu semasing pun mesti ade penyanyi or lagu faveret kan? Begitu jugak la dgn diri aku ini. Lagu faveret sgt la byk kot. Dan selalu berubah-ubah mengikut radio yang menyiarkan lagu baru yang best-best. Tapi kalau bab penyanyi, i mmg suka Siti Nurhaliza.


Hahha..tak peduli la org nak kutuk ke suke ke. Janji aku mmg suka dia. Err.. dr segi personaliti,suara ngan lagu-lagu je la. Bab-bab peribadi mcm suami die, perihal tudung die ke, pakaian ke tu aku tak amik tau. Sebab tu adalah peribadi die. Kite suke yang baik-baik psl die je la kan...haha. Sampaikan aku telah berjaya meng'influence'(ade ke ayat ni?) hubbyku untuk meminati Siti Nurhaliza jugak. Hehe. Jangan memain tau. Si Rusydi tu layan kot semua lagu Siti sambil wat keje.

Tapi kan. Aku ni ade satu perangai lain. Iaitu bila aku dengar satu lagu, mesti aku nak tau and memahami setiap bait-bait lirik yang dinyanyikan. Dan aku bole j…

Ketam oh ketam..

Image
Sekarang ni memang tengah tak sihat. Dah 2 hari dah. Semua ni gara-gara makan ketam kat umah my in laws 3 hari lepas.

Sebenarnya aku bukannye tak tau yg aku ni alergik seafood. Paling bahana ketam. Kalau makan yang tak fresh, alamatnya aku akan bersin tak henti and terus sakit tekak (radang tekak) keesokkan harinya.

Tu la. Dalam hati aku ni dah kata jangan makan, nanti alergik. Tapi, telinga kiri aku ni plak ade bisik-bisik, "makan je la ketam tu sedap gile kot! alergik tu lantak la. bole cari ubat". Sengal kan.

Akibatnya, sakit ni la. Srot-srot je hingus dalam hidung kat opis. Sgt la tak best hoke. Semalam, sakit tekak tu lagi la perit. Tak selesa langsung. Dah la teringin gile nak gi karok. Tapi sakit tekak, mmg tak dapek la kan.

Godek-godek internet ni jumpe la sebab nape orang alergi seafood. Rupenye, seafood ni ada some kind of protein yang apabila org makan, sistem imunisasi dalam badan akan ingat protein ni benda asing yang bahaya. So, sistem imun ni akan tersilap dan…

Zoo negara in Chinese New year

Image
Satu pagi di cuti Chinese New Year, me and hubby gi zoo negara. Hahaha. Lama kot oi tak pegi zoo. Last aku pegi 2 tahun lps tu pun sbb ada program Universiti aku. So, time tu tak le melawat sume tempat. Kali ni pegi mmg jalan satu zoo sampai rase nak patah kaki.

Tujuan asalnya pegi zoo bukan lah nak tengok haiwan semata-mata. Tapi nak pegi bergambar (eh silap) amik gambar. Maklum je la ade kawan Rusydi kasi pinjam lensa zoom jauh. So, sgt seswai la nak gi amik menatang kat zoo. 
Binatang sume kat zoo ni aku nengok sume nye cam malas-malas je. Sume tido melepek je kat tanah. Kalau yang nampak friendly sikit cume gajah je. Gajah tu memang suke sgt layan orang. Maklum je la orang sume suka bagi makan kat die. Lain-lain cam rimau, badak, beruang ,kura-kura ke sume tido. Dah kenyang, hari pun panas, so ape lagi tido la best kot. Bukannye kene pi memburu ke ape. Makanan ngan tempat tinggal sume orang dah bagi. 
Itu la yang buat kteorang bengang jugak tu. Sebab tak dapat nak shot pose menata…

Ya, aku bersyukur

Image
Apabila aku berada dalam situasi yang menyedihkan atau aku stress kerana tak dapat apa yang aku inginkan atau dilanda masalah yang menyesakkan dada dan minda, perkara pertama yang aku lakukan ialah menangis..
Ya, menangis ialah cara aku menzahirkan rasa kekecewaan, tak puas hati dan amarah yang terkumpul dalam hati dan jiwa. Bila dah keluar air mata, aku rasa tenang sikit kerana aku dapat melepaskannya tanpa melibatkan orang lain. Sambil-sambil nangis, time tu jugak la otak akan mula berfikir apa puncanya, kenapa aku? dan pelbagai persoalan lain. 
Bila aku dah puas dan penat menangis, baru la aku akan reverse psikologi diri aku balik dengan berpikir tentang orang lain. Aku pikir, ada orang lain yg lebih teruk masalahnya berbanding aku, lagi susah, lagi miskin, lagi terbeban dari aku.

Contohnye macam ni..

"Rumah buruk je, anak ramai pulak, nak makan pun tak cukup.Aku ni duduk kat umah selesa, makan minum cukup sampai terlebih-lebih lagi..jadi kenapa perlu komplen.."

"Ka…

Pernah tak mcm ni?

Image
Hmm penah tak mengalami masalah mcm ni.. Bukak browser pastu tak tau nak taip apa...
Haih..
Ni la yg aku alami skrg...
p/s:sebenarnya aku bosan gilerrr