Baked meatloaf from Nigella Lawson's recipe

3:03 PM ct nasyrah 1 Comments

Di hari cuti Maal Hijrah ni, sebab duk umah jadi kena la masak. Bukak peti sejuk tgk-tgk ada lagi daging korban hari tu. Banyak sgt tak habis dek kteorg bertiga nak makan. Jadi, aku pun terpikir nak buat meatloaf. Ni pun dapat idea after tengok rancangan masak Nigella Lawson kat AFC tak lama dulu.

Meat loaf ni rasa dia ala-ala daging burger yang dibuat sendiri la.

Ok. Toksah byk cerita. Ni bahan-bahannye.

Daging kisar
2 cup Breadcrumb
4 biji telur
1 sudu Worcestershire sauce (recommended: Lea and Perrins)
1 sudu butter
1 biji bawang besar
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada hitam + lada putih

Cara-cara:

1.Rebus 3 biji telur
2. Kisar daging sampai hancur guna blender
3. Masukkan daging yang telah dikisar tadi ke dalam bekas
4. Gaulkan 1 sudu Worcestershire souce ke dalam daging tadi
5. Masukkan telur 1 biji + 2 cup breadcrumb
6. Masukkan  garam + lada hitam + lada putih secukup rasa
7. Di atas kuali, panaskan 1 sudu butter
8. Potong bawang bentuk dadu dan gorengkan sehingga wangi
9. Setelah agak sejuk, masukkan bawang yg dah digoreng tadi  ke dalam daging.
10. Gaulkan sama rata
11.Preheat oven selama 10 minit
12. Letakkan separuh dari daging yang dah digaul tadi ke dalam dulang pembakar( aku guna dulang pembakar utk buat roti-tgk gambar)
13. Susun 3 biji telur rebus ditgh-tgh
14. Tutup/penuhkan dulang dengan daging yang separuh lagi (tekan-tekan sikit bagi padat)
15. Masukkan ke dalam oven dengan suhu 200 degrees selama 1 jam
16. Apabila masak tunggu 15 minit untk sejuk kemudian baru dipotong.


Macam ni dulang pembakar yang aku guna. Meatloaf is freshly baked from oven


After sejuk, potong nampak ada hirisan telur ditgh-tgh.

Resipi ni sedap dimakan begitu saja dgn sos or nak letak atas roti buat sandwhich pun bole. Nak buat pun sonang ajo. Pastikan umah semasing ada oven ok. Semoga ketemu lagi di resipi lain pulak..babai




1 comment: