Ntah, tak paham aku

Ade la satu hari  ni, aku pegi umah mak sedara kat Ampang. Dia buat kenduri sempena keberangkatan dia dan suami ke Mekah raya haji lepas.

Time tu dah pukul 6 ptg lebih, aku dan mak pun masuk dalam umah dia nak tumpang sembahyang Asar. Selesai sembahyang, lalu la bahagian dapur umah di mana terdapat beberapa makcik-makcik sedara maybe sebelah pak sedara aku tu kot. (sebab muka cam tak bape familiar).

Mak aku tu kan peramah, mulut ringan la katakan. Dia pun tegur la makcik-makcik yang tgh melepak kat meja makan tu. Tanya khabar, duk mana suma. Pastu after mak aku kenalkan diri, die pun kenalkan la aku jugak yang berdiri sebelah dia.

Then, tak semena-mena salah sorang makcik ni tanya macam ni..

"Eh, ni ke anak yang kahwin hari tu yang belum beranak-beranak lagi tu yeh?"

Ok.

Aku dah sentap jap kat situ.

Pastu mak aku pun cover, "eh tak la. Dah mengandung dah sekarang. 6 bulan."

Pastu makcik td pun cover jugak. "Ah ye ke. Saya pun ade jugak anak sedara dah lama kawin tak mengandung-mengandung jugak. Hehehehe.."

Ok la. Maybe perut aku kecik. So makcik tadi tak nampak aku tgh preggy masa tu. Tak kisah la.

Tapi tu yang tak sangka. Punya la jauh sedara ni tah dari mana. Jumpa pun tak, tapi tau cerita pasal aku kan. Ni mesti ada yang ngumpat-ngumpat aku cerita pasal aku lum pregnant walau dah setahun kawen.

Itu yang aku tak paham. Maybe masa dia ngumpat tu aku lum sampai setahun kawen. (sebab aku pregnant ngam-ngam lepas aniversary aku yg 1st). Bende-bende kecik cam ada anak, ada harta ke, itu yang sering jadi bahan perbualan orang-orang tua atau pun generasi yang terdahulu.

Macam aku, generasi yang sekarang la. Tak kisah pun. Orang lain dah lama kawen. Lum beranak. Tak jadi issue pun. Just anggap belum ada rezeki lagi. Takpe. Enjoy-enjoy la dulu kann..

Lagi satu kalau pasal mende-mende ghaib. Asal sakit lain macam je dah pikir mende-mende camtu. Perangai berubah ke mula la kene santau la. Kene buatan orang la. Rujuk bomoh sana sini.

Bukannya aku tak percaya mende ni. Sebagai orang Islam kena percaya wujudnya bende ghaib sebab ada dalam rukun iman. Tapi ni tak. Sikit-sikit mesti nak gi 'berubat'. Cuba la gi hospital dulu kan bila sakit. Cek apa yang patut. Bila doktor diagnose tak dapat apa punca, baru la pegi berubat cara tradisional. Tak gitu.

Susah nak kata. Pemikiran generasi terdahulu dgn sekarang memang lain. Maybe sebab dunia dah melalui zaman permodenan yang dah membuka minda kebanyakkan generasi sekarang.

Aku harap generasi masa depan, dah tak de la pemikiran yang macam ni. Tak beranak pun riuh sekampung, bila sakit pergi hospital dulu. Dan tak ada lagi perangai-perangai buruk orang melayu yang suka kenakan orang guna cara ghaib.

Bukak minda, selami jiwa...haaa


Comments

  1. sbr.. kwn2 sy ramai lg xdpt anak. ada yg dah 7 thn kawen still xde anak :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku