Hasil serbuan ke ekspo baby

1:07 PM ct nasyrah 0 Comments



4 Nov lepas, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup pegi ekspo baby. Haha. Rase kekok jugak ok nak beli barang baby. Maklum je la 1st timer. 

Sebenarnya memang tak pandai pun nak beli barang-barang baby ni. So macam biasa, aku buat-buat pandai je la. Sebelum tu ade jugak la buat research kat blog-blog mommy lain checklist brg dorang, jadi dari situ la aku buat checklist sendiri jugak nak beli apa. 

Memandangkan doc scan ari tu kata baby aku mungkin(InsyaAllah) baby gegirl, jadi barang-barang die ni byk la kaler pink. Hehe. Naluri aku pun kuat kata baby ni gegirl. Jadi tawakal je la beli barang die ni kaler pink. Ingat nak beli kaler-kaler yang neutral mcm hijau ke, kuning ke, tapi kebanyakkan barang ni kaler dia sama ada biru atau pink je. Tu yang payah gak tu. Nak beli biru, tak bape cantik plak. Lantak la. Kalau baby tetibe kluar boboy, takpe la. Mase newborn je pkai pink, pastu beli la baju kaler utk boys lak kan. Hehe..

Jadi ni la hasil rembatan kat ekspo tu. Walaupun ekspo ni tak bape besar, tapi ok la. Byk barang jugak. Aku pun tak reti nak compare harga sgt. Sebab tak penah beli kan. Ni pun main hentam-hentam je ikut list. Actually ade lg barang yang tak cukup. Kene shopping lagi nih. Tgh tggu next baby ekspo ujung bulan ni kat MidValley. Haa..yang tu lagi besar ekspo die. 

                 
ade mitten and booties, cap, jumpers, blanket, bib and nursing pad kat situ

baby bedding set


Kalau ikutkan memang tak larat jugak nak shopping sekaligus. Sakit belakang kalau jalan byk sgt sekarang ni. Tapi, memandangkan aku tak reti nak beli barang-barang ni kedai biasa, layankan jugak la sesak-sesak kat ekspo tu. Orang kate banyak promosi and barang murah sikit la dari biasa. 

Ok. Lepas ni nak update checklist pulak. Sekarang ni pun just tulis dalam kertas je. Baik save simpan dalam blog ni. Senang nak refer kalau nak shopping lagi. Till the next entry..






0 comments: