Keadaan yang menguji kesabaran


Sewaktu entry ni ditulis, kandungan aku berusia 10 minggu 2 hari. Masih lagi dalam trimester pertama. Waktu yang banyak menguji kesabaran aku. Maklum je la, dengan pelbagai hormon yang mula berubah dalam darah ni, menyebabkan aku berasa tak selesa sgt.

Tapi aku rasa, aku masih lagi bernasib baik berbanding mom-to-be yang lain. Yang mungkin mengalami mabuk awal mengandung yang lebih teruk. Muntah pening kepala sampai tak leh bangun ke kan..aku pulak just rase mual/loya.Hampir setiap masa. Muntah pun tak pernah lagi. Kerana aku masih mampu menahan muntah tu dari keluar. Aku pun pikir tak nak muntah. Sebab muntah ni kan penat. Pastu mesti perut jadi kosong balik. Letih je makan kan..

Paling hebat waktu petang lepas balik keje. Badan rase penat sgt. Pastu perasaan loya tu membuak-buak lagi. Angin dalam badan jgn cerita la. Berbakul-bakul banyaknya. Maybe tu la sebab loya kot. Byk angin dalam badan. Selera makan aku juga turut berubah. Dulu aku suka makan. Masa 4-6 minggu dulu, selera aku bukan main sedap. Makan nasi penuh pinggan.

Sekarang tak lagi, selera terus out. Sampai nak makan tengah hari pun jadi stress sebab tak tau nak makan apa. Nampak makanan je terus assume tak sedap. Tgk gambar makanan pun rase nak muntah..camno tu?? Takpe, takpe..ia adalah normal sebenarnya. Jadi aku tak perlu risau. Apa yang aku buat, paksa je diri makan. Bila makanan dah  masuk mulut tu, nanti ada la selera tu datang sikit-sikit. Tu pun, setengah pinggan je aku lalu. Pastu terus muak.

Hmm apa lagi yek...haa. Aku perasan aku dah mulai gumuk. Bahagian bawah badan semakin membesar dan juga atas. Bra skrg ni perlu ditukar yang baru dgn saiz yang berbeza(lebih besar ek). Pastu breast rase sakit yg amat. Bila tersentuh, aduhhh..pedih rasenye. Maklum je la skrg tisu-tisu breast aku sedang galak memproduce susu kot.

Haha..

Bukan setakat bra je. Seluar jeans juga tak bole pakai dah. Baju kurung pun sama. Tak sume boleh pakai. Especially part kain. Kain tu dah tak bole cangkuk dah. Kalau cangkuk jugak, aku jadi tak selesa. Rase ketat. So, aku just lock pakai zip kat kain tu je. Jadi maknanya raya tahun ni tak leh pkai baju kurung la gamaknye..

Sekarang ni aku peratikan, perut aku ade naik buncit sikit la. Keras je kalau tekan. Kalau pkai baju ngam-ngam nmpk ada buncit sikit macam gemuk pulak kan. Jadi kena la pkai baju besar-besar, longgar-longgar. Maklum je la. Perut ni tak besar sgt, so tak nmpk cam mengandung betul-betul lagi. Kang org misunderstood aku perut buncit byk lemak je kan..hadoi.

Tak kisah la. Janji kandungan aku ni sihat. Looking foward next week utk check up kali pertama and nak daftar buku pink. Yeay..Till da next entry..

p/s: Ramadhan dah nak dekat sgt.Lagi beberapa hari je. Harap aku bole puasa penuh tahun ni. InsyaAllah...




Comments

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku