First time checkup

8:57 PM ct nasyrah 0 Comments

Sebenarnya entri ni dah lama simpan  dalam draft. Buat tajuk je tp tak de masa nak karang. Wahaha. Pemalas betul aku. :P.

Maklum je la time ni aku masih lg dalam fasa meloya + tak lalu makan.Nasib baik time ni puasa uolls. Kalau tak, bila time makan tu macam berperang je tau sebab tak nak makan.

Setelah 2 minggu yang lalu buat appointment, pukul 8am aku dan hubby dah terpacak dpn klinik kesihatan Ibu dan Anak Pantai Indah. Dekat sgt je dr umah aku ni. Sampai je tak terus turun, tgk pintu macam lum bukak. Tunggu la kat parking jap sampai la nampak ade orang lain masuk. -nampak sgt takut nak masuk-

Masuk je pintu terus nampak meja pendaftaran. Aku pun kata la nak daftar buku merah. Jadi nurse tu pun suh gi bilik air test air kencing. Lepas test, ade sorang nurse ni amik blood pressure ngan timbang berat badan dan ketinggian aku. Lepas tu die cek juga hemoglobin darah. Abis tu sume, die bg satu buku merah dah suruh pegi tingkat atas.

Nurse yang cek aku td pun panggil aku masuk bilik die. Nurse yg attend aku tu nama die Che Ramlah. Klasik tu nama beliau. Org kelantan sbb dr loghat bahasa die leh tau. Mula-mula dia puji kandungan hemoglobin darah aku normal. Tapi bila dia kira bmi aku takbape nak normal. Berat badan aku lebih dr ketinggian. Huhu.

Lepas tu, die cek payudara aku. Aku pun cam pelik apsal aku tak rase segan. Haha. Maybe sbb dah set dalam kepala ni untuk perubatan so tak perlu rasa segan kot. Die tekan untuk cek ada apa-apa benjolan ke tak and ajar aku mcm nak cek sendiri kat umah jugak. Lepas tu bagi nasihat pasal pemakanan sikit dan bg asid folik sebelum aku boleh balik.

Overall ok la servis kat klinik kesihatan sini. Tak la seperti yang aku bayangkan mcm yg selalu aku dgr psl servis klinik gomen dgn nurse yang garang la, lambat la. Tak pun. Walaupun ramai, tp biasanya dalam 1 ke 2 jam dah setel.

Anyway rase sonok dah daftar buku pink ni. Selesai satu kerja.

0 comments: