Ujian MGTT yang tak best


Last check up hari tu nurse setkan aku untuk ujian MGTT. Amende ujian ni? Bagi yang tak tau ni la ujian untuk detect sama ada ibu mengandung ni ada penyakit diabetis ke tak. Aku kene pegi memandangkan umur aku tahun ni 25 tahun. Kalau berat badan naik byk sgt dalam  2 kilo lebih dalam sebulan tu pun kene pegi jugak test ni.

Sehari sebelum ujian ni, nurse pesan suh puasa start pukul 10 mlm sampai besoknya. Aku pun makan minum puas-puas sebelum pkul 10 mlm tu pastu terus tido. Risau plak kalau jaga, tgh-tgh malam karang lapar. Kalau tido tak la rasa lapar kan.

Bangun je pagi, mandi siap-siap terus ke klinik. Aku sampai pkul 8.05pg. lewat 5 minit je kot. Tapi tu pun orang dah penuh. Nak dekat sejam aku tunggu turn untuk amik darah kali pertama(fasting blood). Lepas tu, aku disuruh gi bilik belakang untuk minum air gula.

Masa minum air gula tu, aku rasa ok je. Air tu suam-suam je. Rasa manis. Kene tunggu 2jam untuk amik darah sekali lagi. Lepas sejam aku dah rasa tak sedap tekak dah. Tambah lagi perut kebulur. Rase tak selesa sgt. Nak muntah pun ada. Tapi aku tahan aje. Tak mo la minum lagi sekali kalau muntah kan. Jadi aku pun lepak dalam kete sampai la cukup 2 jam.

Dalam pkul 11 pg, nurse pun panggil nama aku untuk second blood intake. Abis la dua-dua lengan aku berlubang kene cucuk. Mak redho je la haiii..sakit-sakit tu layan je la demi anak ni. Lepas amik darah tu rase abis seksa menahan lapa. Terus je aku gi melantak kat kedai makan sebelah klinik ni sebelum gi opis.

Tu la sikit sebanyak pengalaman aku amik ujian MGTT ni. Rupanya memang tak best minum air gula tu di pagi hari. Hopefully everything is fine.InsyaAllah. Ok. Till da next entry...


Comments

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku