Never say Goodbye

6:06 PM ct nasyrah 0 Comments


Semalam, ntah mcm mane tgh usha lagu hindustan, ternampak link cerita ni kat youtube Kabhi Alvida Na Kehna yang maksudnya dalam bahasa omputih yang bole difahami Never Say Goodbye. Bukan never say never lagu si bibir..  eh, Bieber tu.


Ok. sambung cerita. Kisahnya pasal percintaan terlarang antara  2 orang yang sudah berkahwin. Di ulang ye yang sudah BERKAHWIN. Dev Saran(Shah Rukh Khan) dan Maya(Rani Mukherji) dua orang ni dah pun berkahwin dgn pasangan semasing iaitu Rhea(Preity Zinta-bini Dev) dan Rishi(Abishek Bhachan-laki Maya). Tetapi, dorang ni berkahwin bukan sebab rasa cinta tetapi sebab rasa suka-suka atau sebagai membalas budi.

Dev and Maya nyanyi-nyanyi kat taman..cantik sgt sinematografi filem ni..from Farah Khan

Plot cerita start bila Dev terserempak dgn Maya kat taman pada hari perkahwinannya. Maya ni tgh pikir-pikir nak kawen ke tak, akhirnya jadi gak kawen ngan Rishi sebab nasihat dari Dev supaya kawen je la walaupun tak ada rasa cinta sebab nanti bila dah kawen cinta tu akan wujud dgn sendirinya terhadap suami dan bila dah kawen tu jgn pula mencari cinta. Dev bagi contoh diri dia sndiri, yang dia kawen ngan bini dia pun sebab dah lama sgt berkawan jadi decide utk kawen. Walaupun sekadar suka-suka, dia tetap bahagia.

After beberapa tahun, Maya ni terserempak ngan Dev dan anaknya dkt stesen keretapi. Dan dari pertemuan itu, dorang akhirnya dapat mengagak tentang perkahwinan dorg yang bermasalah.

Dev ni ada masalah dgn bini dia yang terlalu kuat berkerja while Maya pulak, rase bersalah bila dia tak leh beranak dan tak bole wujud perasaan cinta terhadap laki dia.

Disebabkan semasing ada rase terabai, tak puas hati dan kekosongan jiwa tu, hubungan persahabatan tu lama-lama jadi hubungan cinta pulak. Kan aku dah kata laki pompuan tak leh kawan baik sgt <--rujuk entri ni. 

Dorang bercinta/menjalinkan perhubungan terlarang tanpa pengetahuan spouse semasing. Setelah bermacam-macam tragedi contohnya kantoi ngn mak bapak dorg,akhirnya mereka berasa bersalah sebab curang and decide utk memutuskan hubungan dan mengaku pada pasangan semasing.

Tapi, bukan semudah itu Rhea ngn Rishi nak terima kesalahan yang dorang dah lakukan. Dan 2 pasangan ini akhirnya memutuskan untuk bercerai. Tapi Maya ni tak mo Dev tau yang die dah bercerai dgn Rishi. Dev pun sama.Semasing pakat tipu kata pasangan dorg ok dan maafkan dorg dan hidup bahagia.

3 tahun lamanya semasing hidup sendiri dan tak contact langsung smpai la 1 hari ni, bila Maya dijemput oleh Rishi(ex-hubby la dah) ke majlis kahwin die.(die nak kawen baru la) then terserempak ngan Rhea(ex-bini Dev). Rhea terperanjat la apsal Rishi kawen baru and apsal Maya ni tak kawen ngn Dev? Jadi die bgtau hal sebenar yang dia ngan Dev dah lama cerai apa sume dan suruh Maya pi kejar Dev yang tgh on the way nak gi naik train ke Canada.

Ending cerita ada la aksi Maya pi cari kejar Dev kat train station. Dan Dev ni akhirnya jumpa Maya dan propose die kat situ. Pastu they all lived happily aver after la kot.

Moral of the story ni sebenarnya yang aku nak kupas skit <--amboih ayat!

Pada perasaan aku, masa tgh-tgh cerita, aku jadi geram dan sakit hati sebab dorg dua dah curang dgn pasangan semasing.Ikut hati sgt. Mementingkan cinta yang tulus konon. Walhal pasangan semasing tu tak la teruk sgt dan amat mencintai dorang. Rhea tu cinta super gila ngn Dev, and Rishi tu pun sama pada Maya. Jadi napa Maya ni tak bg peluang dan buka hati pada Rishi. Memang ada la perangai Rishi ni yang tak kena di mata Maya, tapi that is not a reason to find someone else. Dev pun sama, sepatutnya dia memahami Rhea yang berkerja kuat utk menyara keluarga sebab si Dev ni dah penah accident dan patah kaki. Ni tak, salahkan bini keje byk pastu takde masa ngn family. Sedangkan Rhea ni dah mula perasan yg die dah mencapai kejayaan dan nak berubah utk family. Why Dev tak bg peluang??

Tapi kalau tgk dari sudut positifnya dan logik, ape yang terjadi ni mmg ada benarnya. Disebabkan tiada lagi perasaan cinta dan hati yang berasa terlalu kosong dan pada masa yang sama ada seseorang yang lain yang ingin mengisi kekosongan hati tu, maka dengan mudahnya lah seseorang tu bole menerima orang yang lain. Kan...

Lepas tgk cerita ni, baru la aku buka mata sikit tentang hakikat kehidupan berkahwin di dunia ni yang penuh pancaroba.Pelbagai kejadian boleh berlaku di masa hadapan tanpa sikit pun kita pernah terfikir.

Apa yang akan terjadi kalau la bende ni terjadi dalam kehidupan aku. Kalau ada salah sorg dari kami jadi seperti Dev dan Maya. Berlaku curang dalam perkahwinan kerana rasa tak puas hati atau cinta yang sudah pudar antara suami isteri. Apa yang akan dilakukan??

Seandainya aku yang dikhianati, aku ingin jadi mcm Rhea. Jadi seorang ibu tunggal dan teruskan hidup demi anak-anak. Anak-anak la yg akan jadi kekuatan utk terus bekerja dan menjalani hidup seperti biasa.

Dan sekiranya aku yang mengkhianati, aku harap aku ade sebab yang sgt-sgt kukuh sampai aku tergamak nak buat mcm tu. Bukan nak kate aku tak mau jd org yg bersalah, sbb curang tu dah tentu salah kan.Cuma aku ada sebab yang kuat bila ade orang tanya kenapa.

Tapi,naaahh.. aku dah tetap dalam hati aku yang aku TAKKAN curang walau apa pun yang terjadi.

Hati dan diri aku hanyalah utk seseorang bergelar suami...Amin Ya Rabbal Alamin..

p/s:I love shah rukh khan movies..tgk movie ni time keje. nampak sgt la mengularnya kan. haha. peace bos!

0 comments: