Ya, aku bersyukur

Apabila aku berada dalam situasi yang menyedihkan atau aku stress kerana tak dapat apa yang aku inginkan atau dilanda masalah yang menyesakkan dada dan minda, perkara pertama yang aku lakukan ialah menangis..

Ya, menangis ialah cara aku menzahirkan rasa kekecewaan, tak puas hati dan amarah yang terkumpul dalam hati dan jiwa. Bila dah keluar air mata, aku rasa tenang sikit kerana aku dapat melepaskannya tanpa melibatkan orang lain. Sambil-sambil nangis, time tu jugak la otak akan mula berfikir apa puncanya, kenapa aku? dan pelbagai persoalan lain. 

Bila aku dah puas dan penat menangis, baru la aku akan reverse psikologi diri aku balik dengan berpikir tentang orang lain. Aku pikir, ada orang lain yg lebih teruk masalahnya berbanding aku, lagi susah, lagi miskin, lagi terbeban dari aku.

Contohnye macam ni..

"Rumah buruk je, anak ramai pulak, nak makan pun tak cukup.Aku ni duduk kat umah selesa, makan minum cukup sampai terlebih-lebih lagi..jadi kenapa perlu komplen.."

"Kawan ni keje gaji tak sampai 2 ribu pun, cukup makan je bulan-bulan, tapi leh je bayar kete, gi makan kat kedai dan prepare nak kawen tanpa rase stress sgt pun, jadi nape aku nak stress sgt ni psl duit walhal aku dpt lebih dr dia.."

"Ade orang lain tu dah 5, 6 tahun kawen tak jugak ade anak. Jadi nape aku ni rase tertekan sgt nak ada anak sdgkan aku ni tak sampai setahun kawen lagi..."

"Orang sakit kat hospital tu lagi la macam-macam bende tak boleh buat, aku yang sihat walafiat ni sakit hati tak bole pegi sana-sini tu apekehal? "

Macam itu le kan antaranya...Ntah-ntah masalah aku ni cume sepuluh duoploh persen je dari masalah dorg. Orang lain tu lagi la terseksa dan mungkin lagi la terlalu susah berbanding aku..

Jadi ape ke hal la aku perlu nangis sakit hati melampau tahap mengenangkan masalah dan kekurangan aku ni kan? Dan menangis melampau tahap ni pun sebenarnya takkan mengubah apa-apa pun. Aku sepatutnya mencari jalan penyelesaian dan bersabar.

Dan ya, aku bersyukur dengan apa yg aku ada skrg..

p/s: Mintak pertolongan dr Tuhan bila ada masalah..


tokmo sedey ye kucen comey..

Comments

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku