Ketam oh ketam..

Sekarang ni memang tengah tak sihat. Dah 2 hari dah. Semua ni gara-gara makan ketam kat umah my in laws 3 hari lepas.

Sebenarnya aku bukannye tak tau yg aku ni alergik seafood. Paling bahana ketam. Kalau makan yang tak fresh, alamatnya aku akan bersin tak henti and terus sakit tekak (radang tekak) keesokkan harinya.

Tu la. Dalam hati aku ni dah kata jangan makan, nanti alergik. Tapi, telinga kiri aku ni plak ade bisik-bisik, "makan je la ketam tu sedap gile kot! alergik tu lantak la. bole cari ubat". Sengal kan.

Akibatnya, sakit ni la. Srot-srot je hingus dalam hidung kat opis. Sgt la tak best hoke. Semalam, sakit tekak tu lagi la perit. Tak selesa langsung. Dah la teringin gile nak gi karok. Tapi sakit tekak, mmg tak dapek la kan.

Godek-godek internet ni jumpe la sebab nape orang alergi seafood. Rupenye, seafood ni ada some kind of protein yang apabila org makan, sistem imunisasi dalam badan akan ingat protein ni benda asing yang bahaya. So, sistem imun ni akan tersilap dan menyerangnya. Lepas tu, ade la tanda-tanda mcm gatal, ekzema, loya, muntah, dan macam-macam lagi la.

Gi klinik smlm, dokter tanye sakit apa? Aku pun jawab la,"saye sakit tekak sbb alergik ketam". Dokter pun kate.."Haa dah tau alergik nape makan?. Mesti tak tahan kan?". Bagus jugak dokter ni. Tau je nape aku makan jugak. Pastu sebelum balik, siap perli aku lagi, "nanti klu makan ketam, bawak la sini sikit." Saba je la kan. Aku telan aje la ayat perlian beliau.Janji aku dapat ubat utk hilangkan sakit ni.

Ketam, oh ketam, nape la ko sedap tapi aku tak bole makan? Huhu..

p/s:Hilang dah satu nikmat dunia. :((

ketam masak lemak cili api faveret den..
credit: google image

Comments

  1. saya xbpe suke ketam. tp udang mmg sy suke sesgt. sotong pun xsuke.. hehehe..

    take care nasyrah. get well soon ok!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku