Usahaku untuk dapatkan si kecil ni

10:32 AM ct nasyrah 1 Comments

Actually ramai kawan-kawan aku yang dah kawen. Tapi lum preggy lagi. So, bila kteorang jumpa tu, ade la yang akan bertanya. Apa yang aku buat untuk mengandung. Ade tips-tips ke. Hmmm..nak kate tips tu ade la jugak sikit-sikit.

Tips ni pun aku cari kat google jugak. Pastu aku amalkan.

Yang pertama sekali, kita kena la selalu berdoa tiap-tiap kali lepas sembahyang. Mintak pada Allah SWT supaya kita dikurniakan rezeki. Ok. Itu mmg wajib la kan. Tapi, kalau doa saje tanpa usaha pun tak bole jugak. Jadi, kene la rajin cari info dan amalkan apa yang dah dibaca tu.

Next, ialah jaga pemakanan. Macam apa yang aku amalkan ni aku pernah terbaca kat artikel sorang uztaz. Tapi tak ingat la ape link die. Dia kata, kalau nak mengandung, kena jaga makan. Jangan makan makanan seperti:


  • jeruk
  • air bergas
  • makanan yang diproses macam burger, sosej, nugget dan makanan segera mcm mcd, kfc
  • buah jambu batu
Ada lagi sebenarnya. Tapi aku lupa. Haha. Tapi yang pastinya makanan segera tu mmg tak elok untuk kesihatan kita especially wanita. Jadi elak-elakkan la. Macam aku sendiri, hampir setahun aku tak sentuh mcd. Kalau ade pun maybe ais krim dia. Tapi sangat-sangat jarang makan. Bila teringin je baru makan. KFC tu ade la jugak kdg2. Susah jugak la kan nak elak, maklum je la bende2 segera ni kan sedap. Tapi kalau bole, jangan selalu. 2-3 bulan sekali ke ok la.

Then, 2-3 bulan sebelum aku sah mengandung, aku gi bersenam. Ikut my bff, Sofi gi fitness first gym. Dan memang niat aku masa tu, aku nak bersenam sebab aku nak turunkan berat badan ni dan aku nak mengandung. Sebab aku penah baca, aktiviti bersenam ni bole buang toksik dan juga maybe la menyenangkan  baby nak lekat. Actually berat badan tu kot kene jaga. Berat badan berlebihan pun susah gak nak preggy. Jadi, silalah melakukan aktiviti macam aerobik ke, lari atas treadmill ke, jogging ke, apa-apa lah untuk bagi badan kita berpeluh dan aktif. 

Lepas tu, kita juga mesti catit and monitor bila time period. So that, kita boleh kira sendiri bila time paling subur. Haa..bila dah tau atau dah agak-agak waktu subur tu, silalah melakukan aktiviti yang sepatutnya. Hehehe. Itu usaha yang paling utama la kot kannn..Yang ni penting jugak bila kalau la tetiba kita dah mengandung, nurse/doc boleh estimate time mengandung dan umur kandungan kita. Dorang mesti akan tanya bila 1 day last time period untuk tau usia kandungan. 

Hmmm...akhir sekali. Ni pesan dari umi aku la. Dia kata kalau kita ni anak, kena la selalu bersedekah. Especially to childrens/baby. Masa nak sedekah tu, niatkan jugak dalam hati, moga-moga dengan sedekah ni Allah SWT akan kurniakan aku anak. Macam tu la kata dia. Sedekah selalu, supaya kita pun dimurahkan rezeki. 

Pastu, kalau jumpa orang yang selalu tanya-tanya bila kita nak beranak tu, pesankan kat dorang supaya doakan kita ni cepat mengandung. Kadang-kadang mungkin Tuhan tak makbulkan doa kita, tapi makbulkan doa orang yang mendoakan untuk kita. Mintak jugak la ibu/mak kita selalu doakan kita cepat-cepat mengandungkan. Kerana doa seorang ibu itulah paling mustajab sekali. 

Ok la tu je la kot sedikit sebanyak tips yang aku amalkan yang boleh dikongsi. Byk lagi tips-tips yang lain. Kene rajin la goggle-mengoogle...yang penting Doa, usaha, dan tawakal. InsyaAllah apa yang kita nak akan dimakbulkan Allah SWT.

p/s: bila dah merasa sendiri pengalaman mengandung, rasa sayang sangat kat ibu/mak/umi kita. sebab baru tau sendiri betapa susah, perit, excitednya bila mengandung ni. Hargailah mak kita sementara dia masih ada. 







1 comment:

  1. tips berguna utk yg nak/dah kawen n nak cepat2 dpt baby..hihi

    ReplyDelete