Salam Aidiladha

Semalam 26 Oktober bersamaan 10 zulhijjah adalah hari yang istimewa buat umat islam untuk sama-sama menyambut hari raya korban or Aidiladha. Tahun ni adalah yang kedua aku beraya kat umah sendiri bukan kat umah parents. Kat sini sambutannya lebih kurang je mcm tahun sudah. Ahamdulillah rezeki tahun ni tumbang la 7 ekor lembu.

Aku pun turut sama turun kat bwh tgk sendiri dorang ni sembelih lembu. Nampaknye lembu ni macam dah tau-tau je dorang nak kene korban. Muka sume aku tgk redho je dah. Takpe la lembu, janji ko dapat masuk syurga.

Selesai sembelih, terus je pakcik-pakcik ni lapah kulit lembu tu dan potong ke beberapa bahagian sebelum diangkat ke khemah untuk dipotong kecik-kecik dan ditimbang. Cepat je orang kat sini buat keje. Sebelum solat jumaat, sume dah siap dah. Tinggal nak agih je.

Tetibe teringat conversation dengan nenek time dorg tgh sembelih lembu.

nenek tanya: eh dd(rusydi) tak bwk pisau ke tolong orang lapah lembu ni?
pastu nenek jwb sendiri: oh, die bwk camera dia jadi pisau pulak.
aku: tu la nek, orang turun bwk pisau, die tu bwk camera. Camera  tu la pisau nye. Haha..

Ok la layan gambar ni sket. Courtesy from my hubby's facebook. Till then. SalamAidiladha..





Comments

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku