Big Bad Wolf Book Sale..murahnyaa buku!

12:56 PM ct nasyrah 1 Comments

Dah berapa tahun dah book sale ni ade kat Malaysia. Baru sekarang la berpeluang nak pergi. Itu pun mula-mula kak ipar yang ajak husband aku pegi. Bukan pegi siang-siang tau. Nak pegi pukul 3 pagi. Sebab book sale ni time weekend dorang bukak 24 hours.

Sebabnya kak ipar ni ade anak kecik. So susah nak bawak dorang. Kalau nak pegi, kene tunggu dorang  tido la dulu. Tapi, last-last kak ipar aku tu tak jadi jugak nak pegi. Sebab anak die awal-awal dah meragam pulak. So, aku and hubby decide nak gi awal sikit. Pkul 11mlm cam tu la gerak gi Mines Convention center.

Sampai sana dalam 11.40mlm. Orang ramai jugak. Tapi tak la seramai time siang kot. Ade aku dgr cerita klu pegi siang, time byr kene beratur sampai 2 jam. Memang sgt la ramainyaaa.. But time malam mcm ni bilangan orang yang datang ok la. Tade la sampai kene beratur panjang untuk byr. And tak la crowded sgt. Itu adalah bagus. Senang sikit den nak usha-usha buku yang melambak tu.

Masuk je dalam hall tu, mmg rase seronok sgt sebab byk gila buku! Pastu lagi syok sebab harga sume murah nak mampus! Hahha..bygkan la buku klu kat MPH tu dalam RM100+ bole dapat dalam harga RM12-40. Tak ke rase cam wengg jap.

Aku terus lupa diri. Dah tak pikir la aku ni membawa baby dalam perut yg seberat 1.5kg + air ketuban + uri yg tah bape kilo tu dan membelek2 novel yang sgt byk dan setiap satunye berharga RM8. Kalau kat bookstore biase paling koman pun mesti RM30 punya. Ni, sume RM8. Pening gak aku. Sampai sakit belakang jugak la berdiri jalan lama sgt. Last-last aku dah terduduk kat tepi-tepi buku tu tak larat. Heheheh..

Laki aku pulak, tak minat novel. Dia split ngan aku gi area design sana. Dia nak cari buku untuk reference in designing booth, design business card la, logo, photography and tah apa-apa lagi la. Sedar tak sedar dah 3 jam lebih jugak la kteorang dalam hall tu. Bila kiteorang jumpa balik, tgk laki aku punya buku lagi byk dr aku punya. Pastu buku dia tebal, berat dan besar lagi. Aku just amik novel dalam 3-4 buah je la. Lain-lain cam buku psl sains, bio ade jugak la aku rembat. Mane la tau nanti anak aku nak baca. Hehe..bole la aku cerita kat dia psl bio ke, proses-proses yg berlaku dalam badan kita ke...haa maklum je la mak dia budak bio. Bapak dia klu aku cerita psl bio, terus die ternganga tak paham. Letih explain.

Around 3.30am, kteorang pun gi kaunter byr. Ade la berabis dalam Rm180+. But i think it is worth it because to get this amount of books with that amount of money kat bookstore mmg impossible la. Mendap jugak la kete viva laki i hangkut buku-buku ni bawak balik. Berat woooo..

Ok. Layanz gambar-gambar taken by my hubby...

ni la yg sempat dirembat selama 3 jam lebih dr pukul 12am to 3.30am



 pilih..jangan tak pilih..murah-murah. mcm beli lauk kat pasar malam je..


1 comment:

  1. Teringin sgt nak pegi pesta buku ni! Tp bila nasyrah ckp hari siang crowded dan Q sampai sejam lebih, kene pikir jugak timing yg sesuai nk peg. Oh.. jelesnyeeeee..

    ReplyDelete