Memasak bersama Masterchef Malaysia

10:54 PM ct nasyrah 0 Comments

source:http://www.mohdzaid.com

Astro Ria sekarang dah tayang Masterchef Malaysia tau! Setiap Sabtu sampai rabu pukul 9 mlm. Seronok nengok org-org ni pandai masak. Macam-macam masakan yang dorg buat. Siap dengan decoration sekali. Peserta pulak sumenye bersandarkan minat dgn bakat je. Takde pun yg dari bidang masakan.

Tapi yang aku herannye, ramai pulak org yang suke kondem program ni. Cakap tak best la. Tak setaraf Masterchef Australia la, pengacara bosan la..Adoi, aku nengok best je. Melekat je kat tibi tu pkul 9 mlm.

Pastu laki aku pn ade kondem jugak pasal die geli nengok peserta tu berpeluh-peluh time masak kononnya (die assume) air cond tak kuat dalam studio masak tu. Tergelak besar aku dgr. Hehehe..mungkin sebab dorg ni pressure bila kene masak cepat dalam masa 1 jam. Mungkin jugak jadi panas sebab haba dari dapur gas. Tak kisah la. Janji dorg masak tu nmpk mcm sedap je kan..

Sekarang ni ada 24 peserta yang terpilih utk menyahut cabaran dalam masterchef ni. Kadang-kadang kesian nengok dorg berusaha gile-gile nak jadi yg terbaik..Juri pulak mmg tak bg can punye. Tak sedap, mmg menangis la ko..

nota kaki: best tgk org masak, sendiri tah bila la nak bagus masak

0 comments:

Hobin jang hobin!

10:41 PM ct nasyrah 0 Comments


Semalam, dengan bertemankan biskut coklat cip saki baki raya ari tu, aku nengok perlawanan Piala Malaysia ganu lawan nisimilan (*n.9) sengsorang..haha. Laki aku?? die tak minat bola. Bini die layan sengsorang lerr..

Tahniah pasukan kampung den, nisimilan mengalahkan pasukan ganu 2-1. Bravo Hai-o kerana jadi hero malam tadi!


Nota kaki:Sejak akhir-akhir aku dah semakin berminat tgk bola. Bola dalam Malaysia la tapi. Luar negara haram jadah tak tau..

0 comments:

Semangat Hiking ~ Broga Hill

9:44 PM ct nasyrah 2 Comments

sunrise di puncak Broga

Kejadian ni berlaku hujung mmgu lepas, hujung minggu ni baru dapat nak update. Haha.

Naik Broga pkul 6 pagi. Tapi aku sampai atas pukul 7 lebih. Sebabnya? Pancit tgh jalan tah bape kali ntah.

Mendaki bukit ni time weekend rase nye mcm pegi pasar pagi. Sgt ramai org hokey! Seronok btul dorg nak panjat bukit. Exercise la katakan sambil2 nak tgk matahari terbit.

Perasaan bila dah sampai kat atas tu adalah sgt mendamaikan dengan angin sejuk sepoi-sepoi bahasa. Rasa macam di puncak dunia lak ai! (haha.bukit je pun).

Ok. Tak tau la nak cerita apa dah. Ape yang aku leh describe dalam 3 perkataan : penat, teruja, damai..

rupenye nak naik atas tu 1.7km ek. dah turun baru nmpk signbord ni
disebalik semak
opismate + bos


punye la byk org yg nak naik atas ni. tgk la parking nye. penuh
utk smpai ke 1st peak, kene panjat bnde ni..

P/s: naik Broga ni same je letihnye time turun. Tobat dah aku ai!


2 comments:

Pramusaji

3:29 PM ct nasyrah 0 Comments

Pramusaji bukanlah sebuah tudung saji dan bukan juga orang yang bernama Saji mahupun majalah Saji tu. Jadi apakah pramusaji? Aku kasi hint skit la...Ade kaitan la dgn makanan.

ok la.Pramusaji atau biasa orang panggil pelayan makanan/waiter bagi laki atau waitress bagi pompuan. Dan perkataan ini membawa kepada kisah silam aku waktu tingkatan 4 dulu semasa aku bersekolah asrama.

Time tu aku gi bilik guru jap, nak jumpe cikgu Fizik aku bernama Cikgu Saidah. Tak ingat lak sebab apa. Tetibe je lps tu cikgu Saidah offer aku jawatan ni untuk majlis dinner Ala-Barat yang akan dibuat beberapa minggu lagi.

Aku mula-mula agak blur plus neves. Menatang apekah pramusaji and ape yang aku kene buat ni time dinner tu?
Selepas cikgu kasi tau ape tugas yang aku akan buat sbgai pramusaji tu, tanpa berpikir panjang, aku accept je la offer Cikgu Saidah tu. Mesti menarik jadi waiter ni kot pikirku.

Sejak ari tu,aku pun start gi mencari baju nak pakai time dinner nanti. Katenye cikgu Saidah, kene pakai baju kemeja kaler putih, seluar slack itam, tudung itam ngan kasut tutup kaler hitam. Tade susah sgt pun nak cari outfit ni daripada pelajar2 lain yg kene pikir nak pakai apa malam tu.

Awal-awal lagi Cikgu Saidah dh bgtau. Para pramusaji, kene turun awal sikit malam tu. Die suh makan awal2. Makanan malam tu best woo. Black pepper steak. Makanan western la. Kate dinner Ala-Barat. Ah lupe nak kasi tau, sebenarnya Majlis Makan Malam Ala-Barat ni bertujuan utk mengekspose para pelajar cara-cara/etika makan di restoren yg serve makanan Barat kan. Maybe ni agenda biase sekolah asrama penuh kot. Tak tau la sekolah asrama penuh yang lain ade buat ke tak.

Makanan yang sedap tu aku dpt makan dlm 10 minit je. Tak sempat pun nak menghayati kesedapannya. Arghh..tension jugak bila pikir balik dah la sekali setahun. Biaq pi la. Selesai je, aku trus amik port kat meja VIP. Standby kat situ sementara tunggu acara start.

Sampai je VIP, trus majlis start, after ucapan ape bende sume, acara yang ditunggu-tunggu pun tiba. Iaitu acara makan. Berlentung-lentang la bunyi sudu garpu budak-budak lain menjamah black pepper steak dorg.

Tugas aku pun start jugak. Gi amik makanan kat dapur. Serve kat VIP. Disebabkan aku ni nervous sgt sbb kene serve cikgu penolong kanan yg agak garang tu, time aku nak amik plate main course die, garpu terjatuh ke lantai.

"Oopss". Tu je perkataan yang terpacul dari mulut aku. Cikgu penolong kanan dah pandang aku buat muka garang die dah. Cepat-cepat aku kutip garpu tu trus ke dapur. Jantung aku berdegup kencang ala ala ribut taufan tropika dah. Bedarau darah aku naik ke muka menahan malu.

Lepas tu, dalam hati aku cepat la abis dinner ni. Tension aku memikirkan hal tadi. Aku cube bertenang dan cube untk tidak bertentang mata ngan cikgu penolong kanan tersebut. Dan begitu la aku sampai abis majlis.

Selesai je sume pelajar naik ke bilik semasing, hati aku lega yang teramat sgt. Penat pun ada. Geram pun ada. Ye la orang sume sedap2 makan, aku kene serve orang. Padan muka aku. Nak jadi pramusaji sgt kan...

Untuk melepaskan gian menjadi pramusaji, main la game ni ~dinner dash

P/s:entri ni dibuat time aku sgt mengantuk kat opis...warghhhhh(menguap)

0 comments:

Ulser mulut ~ sakit

4:28 PM ct nasyrah 0 Comments

Sekarang ni ade satu mende yang tumbuh dalam mulut. Ulser. Sangat sakit. Especially bila mulut kering.

Tetibe je tadi aku cam terpikir. Kenapa mende yg tak best ni selalu sgt tumbuh dalam mulut aku. Jadi aku pun seperti biase tanye pada incik google.

Dalam web info sihat ni, penyebab sebenarnya tak diketahui. Mungkin terjadi kerana:

1.Stres
2.Perubahan hormon
3.Jangkitan (infeksi)
4.Kekurangan zat makanan
5.Alahan
6.Radioterapi
7.Kimoterapi

No 1,2,3,4,5 tu mungkin ade kene mengena ngan aku le. So aku assume maybe sebab-sebab ni la aku selalu dpt ulser. Agaknye ade la 2 minggu sekali dalam sebulan kene mende alah ni.

Jadi pada kebiasaannya utk mengobatinya aku just kene minum air byk-byk je. Air suam atau air panas.
Ade orang taruk ubat contohnye mcm bonjela ataupun kumur ngan air garam. eyeww..aku memang tak bole cam tu. sangat sakit.
ubat bonjela. nak taruk gmbr mulut kene ulser. geli la pulak. tak yah la ek


Jadi untuk seminggu ni tahan je la sakit ni...huhu.

p/sI:baru discover dalam web infosihat ni,--->kurangkan makan bende-bende panas..tapi dulu aku rase klu minum ais/bende sejuk lg terukkan ulser..jadi selama ni aku berada dalam kesesatan info..

p/sII:aku rase ni pasal aku stress sgt keje kat tmpt baru ni kot..cpt la masa berlalu

0 comments:

English Malaysian tongue

11:23 AM ct nasyrah 3 Comments

Cube sebut "there something so special in the air.."
dengar korg sebut tu ade keluar bunyi mcm slang2 org amerika ke british ke australia ke?

mesti ade punye sikit-sikit slang melayu kan kan..

alaa tak ngaku lak..

klu dah memang duk amerika ke duk benua europe bertahun-tahun, maybe akan terikut-ikut la slang org sana ckp english.

duk malaysia..ckp english msti ada malaysia punya slang maa

ok, enuff said. aku baru beli album minah ni..

p/s:aku tau ramai kondem die ni punye pronounciation english. aku tak kisah. aku suke die. hahaha


all of your love from siti...

3 comments:

3 hari single

11:09 AM ct nasyrah 0 Comments

bangun pagi, trus mandi

ambik baju sendiri dalam almari terus iron

siap-siapkan diri nak pegi keje

kemas katil

buat milo minum ngan cecah roti 2 keping

terus keluar umah gi keje

peh, rase mcm hidup mase bujang dulu

apsal?

dah 3 hari dah ni dpt status 'single'....

erk..sekejap je tu

p/s:sebab laki aku keje. die tido dekat2 ngn site so tak balik. heh

0 comments:

time muda lawan jerawat, time tua lawan kedut

2:20 PM ct nasyrah 3 Comments

Masalah jerawat. Perkara biasa yang dilalui oleh ramai remaja diluar sana. Maklum je la hormon dalam badan dah mula nak beroperasi dgn galaknya dan berlakunya ketidakseimbangan hormon yang secara tak langsung menyebabkan pelbagai perubahan diri yang akan dialami.

Sesiapa yang dah berumur sebaya aku sekarang ni iaitu 24 thn jgn nak mengada-ngada cakap tak tau ape mende yang aku merepek ni. Heheh. Mesti korang pun dah mengalami perubahan dalam diri seawal darjah 6 lagi kan...

Berbalik kepada topik masalah jerawat. Ya. Aku adalah antara insan yang bermasalah sedemikian. Ini disebabkan pelbagai faktor. Faktor yang terfames sekali adalah disebabkan aku ade penyakit resdung yang asalnya dari nenek moyang aku dahulu kala. (penyakit keturunan la beb..). Orang ade penyakit ni memang akan mengalami masalah jerawat yang payah nak baik. Hatta mak aku yang dah umo 56 tahun tu pun masa umur die 50 pun ade jerawat timbul lagi kat muka tau!

Masalah jerawat ni bermula sejak aku berumur 12 tahun. Sebaik sahaja akil baligh, terus muka aku naik jerawat nasik(ala jerawat kecik-kecik tu) berbondong-bondong kat muka. Berebut-rebut dorang nak keluar menapak kat muka aku nih time tu. Masa tu mak aku suh rawat secara tradisional pakai stim air panas je. Iaitu dengan menadah muka dpn air yang panas supaya stim air/udara dr air panas tu kene pada muka. Dan aku yang malas ni selalu la dibebel oleh umi sebab malas sgt buat mende tu. Ye la. Sape la suke buat cam tu. Masak air satu hal. Tadah muka kat stim panas tu ingat best ke?

Akibatnya masalah ni terus berlanjutan sampai la aku sekolah menengah. Dah lama-lama muka aku dah nampak teruk bebenor jugak la rupanya. Hilang abis dah kecunnan muka aku. Dah serupa jalan tar dah lagaknya. Akhirnya pada satu hari, ketika ayah aku pulang dari kerja, beliau telah singgah di farmasi dan membelikan aku satu jenis ubat jerawat yang popular iaitu Oxy 5.


Hati aku riang gembira bila dapat mende ni. Terus malam tu jugak aku tepekkan di muka. Dan bermula malam itu la aku mengunakan produk ni bertahun-tahun sehingga masuk U kot! Masalahnya, mende ni memang la kasi jerawat tu surut tapi kesannya? Ditinggalkan saja di muka tak reti-reti nak hilang. Jadi, besepahla muka aku dgn bekas jerawat.

Ini la die penyelamat aku. Produk ni diperkenalkan oleh kawan umi ketika menjalankan aktiviti direct selling kat umah aku.

"Sejak menggunakan produk ini, kulit saye menjadi lebih cerah serta hilang semua bekas jerawat"...cewaaahh ckp ala-ala cam bg testimonial produk plak. Tapi siyes beb, mende ni memang telah mengubah kulit muka aku. Maybe sebab ia sgt seswai dgn kulit, dalam masa 2 minggu je dah menunjukkan kesan. Lepas tu ramai la perasan kulit aku dah berubah jadi makin berseri gitu. Ramai jugak la member2 yang merisik khabar tanye aku guna produk ape. Ade yang try beli and cuba dan berkesan. Ade jugak yg tak berkesan. Nasib aku dh pesan, mende ni depends pada kulit kita. Klu seswai, memang dlm masa 2 minggu dah nmpk kesannya.

Sekarang ni setelah 4 tahun menggunakan mende ni, masalah jerawat aku berkurangan gak la. Susah nak kate dah baik. Sebab kan aku dh bgtau td. Aku ni ade resdung. And tiap-tiap bulan bila 'kawan' aku tu dtg menyinggah je, mesti die dtg dgn pakej sekali. Maklum je la hormon imbalance la katekan.

Aku penah baca 1 artikel, kedutan di kulit akan bermula pada usia 25 tahun. Jadi aku ade lagi setahun lagi nih sebelum masalah kedut pulak nak kick off..macam ape yang aku kate awal-awal tadi la time muda lawan jerawat, time tua lawan kedut pulak..

p/s:positip thinking --> kedut tu mengingatkan kita kpd tua. tua mengingatkan kita kepada mati.mati mengingatkan kita supaya beramal soleh. renung-renungkan..


3 comments:

Bulan baru, keje baru

1:20 PM ct nasyrah 1 Comments


Entri bulan lpas dah cerita psl aku dah say gudbye sama opis lama. Kali ni mesti mau cerita psl opis baru pulak. Hari ni secara officially aku dah jadi warga Macromac Tech Sdn Bhd. Opis baru, suasana baru, opismate pun dah baru..baju ngn laptop aku je yang tak baru. Still guna yang lama. (heh bukannye dorang tau pun). Tak kisah la. Janji aku ade keje.

Pkul 8.50 am aku bertolak dr umah ke opis baru ni. Alaaa bukannye jauh sgt pun. Klu ikut NPE tu dlm 5.4 km je. Klu speed mau-mau 5 minit sampai. Cume kene byr tol la. (Biase la mane ade mende free skrg ni). Sampai-sampai je, ade parking kosong dkt ngn blok opis. Angkat je handbreak, aku pun mengabihkan breakfast aku dlm kete ari ni.Roti krim ngn air milo setin, makan sambil drive. Multi tasking la katekan.(tau kat laki aku ni mesti die bising..haha).

Naik tangga smpai 3 tingkat, sebab opis aku tu tingkat 3. Tingkat 2 adalah opis HR and yg paling bwh adelah stor barang. Sesambil tu aku berpikir positip je la. Bagus gak naik tangga tinggi2 ni. Bole la excercise kan..hehe. Walhal dalam hati apekejah la tinggi sgt ni. Apsal korg tak buat je lif ke ape. Lelah aku naik atas kan...

Sarah(classmate dulu time u. Skrg ni dh jadi opismate pulak) pun menunjukkan tempat aku.

Woaahh...

Tempat aku agak best la. Klu dibandingkan dgn opis lama, keadaan opis kat sini adalah sgt selesa. Ade karpet, meja opis yang berpartition, kerusi yang best dgn design yg baru. Memang wayyyyyy better dr opis lama. Heheh. Pastu staf lain kat sini walaupun cina tp sume sgt friendly. Bos-bos sume pun friendly tak hengat la. Maklum je la sume kat sini adalah golongan belia. Takde org tua ok! Tua tu means bukan usia belia la. Belia kan umo 15 to 40. (ye ke stat umo 15 ke 12..ntah). Lunch pun gi sama-sama ngn bos aku skali. Bagus tul dorg kan. Takde masalah la ngn org-org kat sini.

Untuk hari pertama, memang tade keje.Dorang just kenalkan aku kat staf-staf HR kat tingkat bawah and berkenalan ngan staf-staf department aku. Tu yang ade masa nak tulis entri nih..pastu aku kene godak2 jugak dgn sistem yang aku akan guna untuk next coming job aku nih. (Yela nak confirm cepat kene tunjuk perfomance baik punya..tak gitu).

Hopefully aku bole keje elok- elok and lama la kat sini. Company pun nampak lebih established dan lebih besar dr previous company aku. Maleh dah berenti keje pastu interview sana sini.

Ok..till next entri............





1 comments: