time muda lawan jerawat, time tua lawan kedut

2:20 PM ct nasyrah 3 Comments

Masalah jerawat. Perkara biasa yang dilalui oleh ramai remaja diluar sana. Maklum je la hormon dalam badan dah mula nak beroperasi dgn galaknya dan berlakunya ketidakseimbangan hormon yang secara tak langsung menyebabkan pelbagai perubahan diri yang akan dialami.

Sesiapa yang dah berumur sebaya aku sekarang ni iaitu 24 thn jgn nak mengada-ngada cakap tak tau ape mende yang aku merepek ni. Heheh. Mesti korang pun dah mengalami perubahan dalam diri seawal darjah 6 lagi kan...

Berbalik kepada topik masalah jerawat. Ya. Aku adalah antara insan yang bermasalah sedemikian. Ini disebabkan pelbagai faktor. Faktor yang terfames sekali adalah disebabkan aku ade penyakit resdung yang asalnya dari nenek moyang aku dahulu kala. (penyakit keturunan la beb..). Orang ade penyakit ni memang akan mengalami masalah jerawat yang payah nak baik. Hatta mak aku yang dah umo 56 tahun tu pun masa umur die 50 pun ade jerawat timbul lagi kat muka tau!

Masalah jerawat ni bermula sejak aku berumur 12 tahun. Sebaik sahaja akil baligh, terus muka aku naik jerawat nasik(ala jerawat kecik-kecik tu) berbondong-bondong kat muka. Berebut-rebut dorang nak keluar menapak kat muka aku nih time tu. Masa tu mak aku suh rawat secara tradisional pakai stim air panas je. Iaitu dengan menadah muka dpn air yang panas supaya stim air/udara dr air panas tu kene pada muka. Dan aku yang malas ni selalu la dibebel oleh umi sebab malas sgt buat mende tu. Ye la. Sape la suke buat cam tu. Masak air satu hal. Tadah muka kat stim panas tu ingat best ke?

Akibatnya masalah ni terus berlanjutan sampai la aku sekolah menengah. Dah lama-lama muka aku dah nampak teruk bebenor jugak la rupanya. Hilang abis dah kecunnan muka aku. Dah serupa jalan tar dah lagaknya. Akhirnya pada satu hari, ketika ayah aku pulang dari kerja, beliau telah singgah di farmasi dan membelikan aku satu jenis ubat jerawat yang popular iaitu Oxy 5.


Hati aku riang gembira bila dapat mende ni. Terus malam tu jugak aku tepekkan di muka. Dan bermula malam itu la aku mengunakan produk ni bertahun-tahun sehingga masuk U kot! Masalahnya, mende ni memang la kasi jerawat tu surut tapi kesannya? Ditinggalkan saja di muka tak reti-reti nak hilang. Jadi, besepahla muka aku dgn bekas jerawat.

Ini la die penyelamat aku. Produk ni diperkenalkan oleh kawan umi ketika menjalankan aktiviti direct selling kat umah aku.

"Sejak menggunakan produk ini, kulit saye menjadi lebih cerah serta hilang semua bekas jerawat"...cewaaahh ckp ala-ala cam bg testimonial produk plak. Tapi siyes beb, mende ni memang telah mengubah kulit muka aku. Maybe sebab ia sgt seswai dgn kulit, dalam masa 2 minggu je dah menunjukkan kesan. Lepas tu ramai la perasan kulit aku dah berubah jadi makin berseri gitu. Ramai jugak la member2 yang merisik khabar tanye aku guna produk ape. Ade yang try beli and cuba dan berkesan. Ade jugak yg tak berkesan. Nasib aku dh pesan, mende ni depends pada kulit kita. Klu seswai, memang dlm masa 2 minggu dah nmpk kesannya.

Sekarang ni setelah 4 tahun menggunakan mende ni, masalah jerawat aku berkurangan gak la. Susah nak kate dah baik. Sebab kan aku dh bgtau td. Aku ni ade resdung. And tiap-tiap bulan bila 'kawan' aku tu dtg menyinggah je, mesti die dtg dgn pakej sekali. Maklum je la hormon imbalance la katekan.

Aku penah baca 1 artikel, kedutan di kulit akan bermula pada usia 25 tahun. Jadi aku ade lagi setahun lagi nih sebelum masalah kedut pulak nak kick off..macam ape yang aku kate awal-awal tadi la time muda lawan jerawat, time tua lawan kedut pulak..

p/s:positip thinking --> kedut tu mengingatkan kita kpd tua. tua mengingatkan kita kepada mati.mati mengingatkan kita supaya beramal soleh. renung-renungkan..


3 comments:

  1. testimoni yg bgos nasyrah..terasa nak beli jugak..hehehe

    ReplyDelete
  2. terimakasih atas informasinya gan, saya mencari informasi tetang jerawat yang selalu mengganggu penampilan wajah.
    Menghilangkan Bekas Jerawat
    .

    ReplyDelete