Salam Ramadhan Al-Mubarak

8:47 PM ct nasyrah 2 Comments

sumber:i Luv Islam.com

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua!

Alhamdulillah, Ramadhan kali ni mmg lain dr tahun-tahun sebelumnya. Tahun yg pertama aku sbgai sorg isteri dan pertama kalinya sahur tanpa umi ayah dan adik beradik bersama. Rase pelik ade rase sebak pun ada. Tapi nak wat camne, semua org pun akan mengalaminya. Saba je la ye Nasyrah..

p/s:Sama-sama la kita mengumpul pahala sebanyak mungkin di bulan yang mulia ni...InsyaAllah.

2 comments:

I'm leaving this workplace

10:01 AM ct nasyrah 4 Comments


Yup. Seperti tajuk di atas. Saye dengan rasminya telah menghantar surat berenti keje smlm. Jadi bermula 1 Ogos ni, start la notice period selama 2 bulan.

Hmm...klu kte flashback balik, sy start keje kat sini tahun lps. 11 Ogos 2010 iaitu bersamaan dgn 1 Ramadan 1431H. And secara kebetulan, tahun ni berenti pun effective 1 Ogos 2011 bersamaan dgn 1 Ramadan 1432H. Coincidence lak kan. Cukup setahun, aku pun berenti.

For your informesyen..(nada suara mcm Usop Wilcha), aku berenti sgt lah bersebab. Bukan nye suke-suki hati ye. Klau nak dibandingkan dgn my 1st job dulu, it was wayyyyyyy better. Eventhough cmpny lame tu bg gaji kecik. Mase aku nak berenti cmpany dulu, aku siap menangis rase sedey sgt and rase syg nak tinggalkan cmpny tu. But kali ni aku memang tak saba-saba dah nak berenti. Hehe.

Sebenarnya bukan ade masalah dgn attitude aku ke ape. Tapi management sini, adoi..susah la. Keje ngan company laki bini nih. Lagi masalah bile bini jadi menteri kewangan syarikat. Sume bende akan berkira dan kalau bole, takmo rugi sesen pun! Nak kluar duit pun payah.Jadi klu cenggitu, paham2 je la kan...

Kat sini nak cuti pun sikit. Bygkan annual leave 8 hari je...and public holiday pun diorang jadikan optional?? Means, klu certain public holiday cth mcm Thaipussam, raya haji dorg akan bg kte buat pilihan 1 hari je. Then, hari2 yg lain kene keje...tu yg aku tension tu. Masalahnye klu keje tu mmg melambak, tkpe la jugak. Ini tak, org lain sedap2 cuti kat umah, aku gi opis keje takde. Baik cuti je. Aku rase dah mcm keje buruh kasar dh kene keje semaximum mungkin nih.

Hmm..biase la. Every company mesti ade good and bad. Yg good ade jugak. Macam kat sini dekat ngan jusco, dekat ngn lrt. Masa masuk keje lambat skit. Pkul 930pg. Tu je la kot. Lain-lain tak terpikir dah.

Lepas ni saye akan berkerja di Taman Sri Batu Caves. Company yang specialized in IT field. So, ok la. Saye mesti akan belajar bende baru lagi dan dapat pengalaman baru jugak. Hehe. Sementara kita masih muda ni, sila la mencari pengalaman baru banyak2. Jadi, kite bole bersedia di kemudian hari. Tak gitu. Dapat jugak la mengembangkan skill ni skit. Tak la berada di takuk lama je. (peh ayat!).

Sebenarnya, sy sgt2 la bersyukur sebab dulu time university ade belajar bidang IT jugak. Eventhough sebenarnya my degree is in science, tapi bila dah bekerja, im more to IT pulak. Sebabnya byk sgt peluang nak keje in IT field ni and gaji pun bole tahan jugak lumayan$$.
Bila semakin berskill, makin tinggi la peluang utk bergaji sedap. Sebab tu la kene cari ilmu byk2. hehe.

Hopefully my new workplace akan lebih baik dari sekarang dan saye bole la stay lama sikit kat sana. Letih la gi interview, buat resume bagai...



4 comments:

My married life

11:33 AM ct nasyrah 2 Comments

Sebenarnya dah lama nak tulis entri ni time genap sebulan aku kawen ari tu. Tapi tu la mcm2 hal pulak.Jadi skrg baru la boleh share.

Actually aku still tgh dalam proses utk meng'adapt'kan diri menghadapi 'married life' ni. Seriously sgt berbeza dgn waktu aku still anak dara dulu.

Bende-bende yang yg berubah adalah seperti berikut:

1.KENE BANGUN AWAL - dulu aku bangun tak la seawal sekarang. Sbb bgn tu nak sembahyang subuh je. Skarang kene bangun awal supaya aku leh smyg Subuh dan lepas tu kene iron baju hubby utk gi keje. Lepas tu buat breakfast(kdg-kdgla).

2.KENE MASAK - Sekarang ni baru la aku terhegeh-hegeh bukak website memasak, bukak buku resepi utk tau cara-cara nak masak lauk. Hadui..aku ni masak simple2 leh la. Masakan power-power amik masa la kot baru pandai.

3.KENE GI SHOPPING BARANG DAPUR - Heh..shopping mmg best. Tapi ni shopping barang dapur utk diri sndiri yang agak janggal la utk aku. Maklum je la sebelum ni sume mak ayah yg beli. Jadi aku nak kene pandai(buat2 pandai) pilih dan beli ayam, ikan, daging, sayur, rempah-rempah, beras, gula tepung dan sbg. Peh baru tau byk gak belanja nih.

4.KENE BASUH, SIDAI DAN LIPAT BAJU - Bab baju ni la paling aku benci sekali. Dulu mase belum kawen, bukan tak penah buat. Buat la jugak sekali sekala nak tolong umi aku. Tapi la ni dah compulsary dah. Suke tak suke kene nak basuh, sidai dan melipat baju. Lipat baju la aku super benci sbb byk. Heheh. Nasib baru basuh utk 2 org je.

5.KENE MINTAK IZIN SUAMI BILE NAK KELUAR/BUAT KEPUTUSAN - Ini pun den lomah gak ni. Dulu suke hati aku la nak gi mane2 after keje/weekends. (Tapi bgtau umi ayah la). Skang ni tak leh. Kemana saje aku nak pg, kene tanye dia dulu bole ke tak. Sgt limited la sbnrnya nak kluar ngan kawan-kawan sbb byk bende aku nak kene setel kat umah sebelum kluar.

6.SHARE KATIL DAN BILIK - Ok. Ni mmg shocking gak la. Maklumla sebelum ni aku punya bilik sorang, katil pun tido sorang sebab aku ni anak perempuan tunggal. La ni tetibe nak kene share bilik, katil, cermin mekap, almari, tak ke rase cam terperanjat? Hehe. Awal2 ni terasa pelik gak la bile bgn pagi je ade laki kat sebelah. Ye la sebelum ni nak golek 2-3 kali pusingan pun bole. Skrg dah limited of space..

7. ADE 2 FAMILY - Ini pun agak terperanjat sebab tetibe aku ade 2 rumah ibu bapa, umi & ayah dah mmg ada dan tetibe ade yg baru iaitu mak & abah. Mula-mula ada la tersasul gak bile nak panggil mak mentua aku mak. Ade tersilap panggil makcik. Hehe. Tergelak besar mak.

8.DAPAT GELARAN MAK SU - Yeay..ini yang aku suka. Sebab aku pun teringin nak jadi anak bongsu. (Maklum je la aku ni lahir je dah jadi anak sulung). Jadi, apabila aku kawen dgn anak bongsu, aku pun jadi la bini anak bongsu..still bongsu la kan. Anak buah dia panggil aku mak su la..hehe. I like.

9.BELI BARANG PERABOT/HIASAN UMAH - Ini pun best. Tapi bile nak bayar tu yang tak best. Hehe. Skrg ni aku tinggal kat umah nenek husband kat Pantai Dalam. Biasa la umah org tua takde la fancy2 sgt. Simple je. Barang-barang pun byk dah lama. Jadi utk berbakti pada nenek, belikan la die perabot baru. Berseri skit umah.

Tu la die antara perubahan yg aku alami skrg. Kadang-kadang aku mcm terpikir gak nape la aku kene buat sume ni. Tapi, tu sume msti bisikan syaitan la tuh suh aku buat keje tak ikhlas. Last2 aku positip kan aje pikiran aku ni dan rasekan sume ni adalah satu tanggungjawab sebagai sorang isteri.

Jadi kepada bakal-bakal bini org tu, bersedia la utk mengalami perubahan mcm ni dalam dlm kehidupan seharian. Tapi pada yg dh biasa buat mende2 camni, mmg takde la shock sgt. Tapi yg tak biasa, msti mengeluh jugak kot.

Ape-ape pun, apabila bergelar seorang isteri, ini la masanya utk kita mengumpul pahala byk2 iaitu dgn berbakti kepada suami dan anak-anak. Dan msti la sentiasa ada rasa ikhlas dan byk bersabar bila menghadapi kerenah suami. Walaupun aku dah kenal hubbyku 6 tahun yg lalu, lps kawen ni la baru btul2 memahami dan nampak semua perangai die. Samada yg baik atau buruk, kena la terima seadanya. Begitu jugak la dgn para suami.

p/s:Lps jadi bini, kene sedia jadi ibu pulak...hmm tak saba nak keluar entri pasal parenting life pulak..ahaksss

2 comments:

Teringin Walls Double ducth..

8:17 PM ct nasyrah 0 Comments

sumber:google

Dah lame tak update..hehe. Bizi skit lately. Maklum je la baru kawen. Banyak bende nak kene setelkan.

Hari ni hari last aku buat puasa ganti. Alhamdulillah. Selesai sudah ganti posa tahun lps. Bulan dpn dah nak Ramadhan dah pun. Bole la training posa dulu kan.

Bile je nak buka posa, mcm biasalah msti mengidam nak makan itu ini time berbuka. Kalau tak posa tak pulak mcm tu.(Nampak sgt nafsu semata).

Eh cop. Sebenarnya aku dah lama sgt teringin nak merasa ais krim walls double ducth ni. Asyik tgk org mkn dalam tv je. Terliur plak aku nengoknye. Jadi kali ni, after office hour, terus je singgah Jusco Alpha Angle gi beli.


Lepas je berbuka, semayang Magrib dulu. Lepas tu baru la dpt menikmati ais krim ni dgn rase yang selesa. Rasenye, mmg sedap. Lemak berkrim disukai ramai. Tambahan lagi dgn nuts ngan coklat syrup tu mmg lg ummphh laaa..hmm untuk pengetahuan double ducth ni sebenarnya flavor vanilla dgn syrup coklat, kacang cashew dan mashmellow. Sedap sgt!

Kepada yang tak penah makan, dan tak mampu nak beli ais krim yang super sedap mcm haagen daz ke, baskin robin ke sila la beli ais krim buatan Malaysia ni di kedai yang berhampiran. Harganya dlm RM9 lebih la. Dapat la merasa walaupn sikit. 800 ml je. Ok till then. Cau cin cau!

p/s:1st time makan ais krim bekas besar cenggini sengsorang. Kalau dulu bwk balik umah je mesti berebut-rebut makan ngn adik-adik aku..tu yang tak puas tu.






0 comments:

Buffet dinner at Royal Chulan Warisan cafe

12:22 PM ct nasyrah 1 Comments

Warisan cafe

Voucher

Million thanks to my sister in law for this buffet dinner voucher at Royal Chulan. Kira mcm hadiah kawen kami la daripada dia.

Kteorg made up to go for this dinner selasa lps. Lps keje, jumpe kat Desa Pandan, then trus gi sane. Sampai sane dalam pkul 7.15pm. And that day pun i buat ganti puasa. Hehe. So bukak puasa kat sini la. Masuk je kat lobi hotel ni, memang terpegun la. Cantik sgt lampu candelier ngan hiasan dalaman die. For ur informesyen, hotel ni berkonsepkan senibina Melayu. So, nampak byk hiasan ukiran kayu, perabot kayu and staff die pun pakai baju melayu and kurung.

Restoren yang kteorg nak mkn ni namenya Warisan Cafe. Masuk je kat dalam, tgk tak ramai pun org. Ade 1 family Arab ngan sorang laki melayu ni tgh makan. Waitress ngan waiter sume peramah dan suke senyum kat guest yang dtg.

Sebelum makan, kteorg gi round tawaf 1 restoren tu dulu usha-usha makanan die. Then, baru plan nak mkn ape. Maklum je la buffet, klu nak rasa semua, kene makan sikit2 je sbb byk bebenor makanannye.
Mula-mula i nak rase nasi tomato die. And my hubby amik nasi bukhari ngn lauk mcm daging ngan kambing faveret die. Pastu, die amik pasta and i amik lauk seafood cam mussels and some lauk daging, ayam, ikan. Then, break jap gi smyg magrib. After tu, sambung mengtekedarah lagi..heheh. Next i rase sup jagung and roti. Hubby lak amik raw meat and seafood ala-ala makanan jepun tu cicah ngn kicap and wasabi. After that, baru la makan desert die yg mmg byk choice and sedap2 belaka. Last skali baru la kteorg makan buah.

Actually bg me, yg paling sedap is dorg nye kebab daging. Sedap sampai amik 2 kali tau. Tu yang terlebih kenyang tu. Takpe la sekali-sekala makan byk sampai penuh perut. Ye la. Klu nak makan selalu kat sini mmg tak dapat la kan. Sekali dapat makan, kte bantai btul2. hehe.

The foods yg sempat snap..

Us sebelum makan, muka kurus jek..haha..lps makan, hmmm

Overall, tempat ni mmg best. Makanan sedap, layanan pun bagus. Klu ade yg berminat nak makan kat sini, harga buffet ni RM87 net satu kepala. Pastu time bulan Ramadhan ni, dorg buat buffet buka puasa RM99 per pax. Hubby ckp, bulan puasa lagi best, sbb byk sgt2 makanan. Hmm..after this, tah bila kan dpt makan kat sini lagi. InsyaAllah klu ade rezki kteorg dtg lagi la kot.

p/s: dapat 1 lagi voucher 60 minutes body massage kat spa Hotel ni. Nak pegi, tapi sorg. huhu..sape la nak teman

1 comments: