My married life

Sebenarnya dah lama nak tulis entri ni time genap sebulan aku kawen ari tu. Tapi tu la mcm2 hal pulak.Jadi skrg baru la boleh share.

Actually aku still tgh dalam proses utk meng'adapt'kan diri menghadapi 'married life' ni. Seriously sgt berbeza dgn waktu aku still anak dara dulu.

Bende-bende yang yg berubah adalah seperti berikut:

1.KENE BANGUN AWAL - dulu aku bangun tak la seawal sekarang. Sbb bgn tu nak sembahyang subuh je. Skarang kene bangun awal supaya aku leh smyg Subuh dan lepas tu kene iron baju hubby utk gi keje. Lepas tu buat breakfast(kdg-kdgla).

2.KENE MASAK - Sekarang ni baru la aku terhegeh-hegeh bukak website memasak, bukak buku resepi utk tau cara-cara nak masak lauk. Hadui..aku ni masak simple2 leh la. Masakan power-power amik masa la kot baru pandai.

3.KENE GI SHOPPING BARANG DAPUR - Heh..shopping mmg best. Tapi ni shopping barang dapur utk diri sndiri yang agak janggal la utk aku. Maklum je la sebelum ni sume mak ayah yg beli. Jadi aku nak kene pandai(buat2 pandai) pilih dan beli ayam, ikan, daging, sayur, rempah-rempah, beras, gula tepung dan sbg. Peh baru tau byk gak belanja nih.

4.KENE BASUH, SIDAI DAN LIPAT BAJU - Bab baju ni la paling aku benci sekali. Dulu mase belum kawen, bukan tak penah buat. Buat la jugak sekali sekala nak tolong umi aku. Tapi la ni dah compulsary dah. Suke tak suke kene nak basuh, sidai dan melipat baju. Lipat baju la aku super benci sbb byk. Heheh. Nasib baru basuh utk 2 org je.

5.KENE MINTAK IZIN SUAMI BILE NAK KELUAR/BUAT KEPUTUSAN - Ini pun den lomah gak ni. Dulu suke hati aku la nak gi mane2 after keje/weekends. (Tapi bgtau umi ayah la). Skang ni tak leh. Kemana saje aku nak pg, kene tanye dia dulu bole ke tak. Sgt limited la sbnrnya nak kluar ngan kawan-kawan sbb byk bende aku nak kene setel kat umah sebelum kluar.

6.SHARE KATIL DAN BILIK - Ok. Ni mmg shocking gak la. Maklumla sebelum ni aku punya bilik sorang, katil pun tido sorang sebab aku ni anak perempuan tunggal. La ni tetibe nak kene share bilik, katil, cermin mekap, almari, tak ke rase cam terperanjat? Hehe. Awal2 ni terasa pelik gak la bile bgn pagi je ade laki kat sebelah. Ye la sebelum ni nak golek 2-3 kali pusingan pun bole. Skrg dah limited of space..

7. ADE 2 FAMILY - Ini pun agak terperanjat sebab tetibe aku ade 2 rumah ibu bapa, umi & ayah dah mmg ada dan tetibe ade yg baru iaitu mak & abah. Mula-mula ada la tersasul gak bile nak panggil mak mentua aku mak. Ade tersilap panggil makcik. Hehe. Tergelak besar mak.

8.DAPAT GELARAN MAK SU - Yeay..ini yang aku suka. Sebab aku pun teringin nak jadi anak bongsu. (Maklum je la aku ni lahir je dah jadi anak sulung). Jadi, apabila aku kawen dgn anak bongsu, aku pun jadi la bini anak bongsu..still bongsu la kan. Anak buah dia panggil aku mak su la..hehe. I like.

9.BELI BARANG PERABOT/HIASAN UMAH - Ini pun best. Tapi bile nak bayar tu yang tak best. Hehe. Skrg ni aku tinggal kat umah nenek husband kat Pantai Dalam. Biasa la umah org tua takde la fancy2 sgt. Simple je. Barang-barang pun byk dah lama. Jadi utk berbakti pada nenek, belikan la die perabot baru. Berseri skit umah.

Tu la die antara perubahan yg aku alami skrg. Kadang-kadang aku mcm terpikir gak nape la aku kene buat sume ni. Tapi, tu sume msti bisikan syaitan la tuh suh aku buat keje tak ikhlas. Last2 aku positip kan aje pikiran aku ni dan rasekan sume ni adalah satu tanggungjawab sebagai sorang isteri.

Jadi kepada bakal-bakal bini org tu, bersedia la utk mengalami perubahan mcm ni dalam dlm kehidupan seharian. Tapi pada yg dh biasa buat mende2 camni, mmg takde la shock sgt. Tapi yg tak biasa, msti mengeluh jugak kot.

Ape-ape pun, apabila bergelar seorang isteri, ini la masanya utk kita mengumpul pahala byk2 iaitu dgn berbakti kepada suami dan anak-anak. Dan msti la sentiasa ada rasa ikhlas dan byk bersabar bila menghadapi kerenah suami. Walaupun aku dah kenal hubbyku 6 tahun yg lalu, lps kawen ni la baru btul2 memahami dan nampak semua perangai die. Samada yg baik atau buruk, kena la terima seadanya. Begitu jugak la dgn para suami.

p/s:Lps jadi bini, kene sedia jadi ibu pulak...hmm tak saba nak keluar entri pasal parenting life pulak..ahaksss

Comments

  1. hehe. comel betul post ni.. pahala berganda-ganda jadi isteri ni. tambah pulak nak Ramadhan ni. da memang pahala bertimbun-timbun plus pahala jadi isteri lagi. wah! Subhanallah, rencana Allah.

    semoga berbahagia Nasyrah ^___^

    p/S: moga dimudahkan memperoleh zuriat ..

    ReplyDelete
  2. btol cakap sarah..nice post..hhee..inspiring jugak untuk orang2 yg tengah plan nak kawen cm syaz n kwn2 yang laen jugak..semoga sentiasa berbahagie n cepat dpt berita gembira?hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku