Posts

Showing posts from March, 2016

Aduhai.. malunya laaa weh. Buat bakal pengantin amik iktibar.

Image
Gempar ok kes ni kat media sosial. Malu gila aku rasa bila baca. Kalau la jadi kat diri sendiri lagi la tak dapat nak bayangkan macam mana.  Dah malu besar, heboh plak satu malaysia sampai keluar paper bagai. And plus kejadian ni terjadi dekat dengan area rumah aku.
Tak dapat nak komen sapa yang betul atau yang salah. Sebab tak tau cerita sebenar. Karang memandai buat cerita karang, jadi fitnah lak kan.
Cakap pasal hantaran ni teringat plak pengalaman aku masa nak kawen dulu.
Aku ni kawen agak awal la. Umur 24 tahun.  Bertunang masa 23 tahun. Masa tu baru je start keje. Sama la dengan husband aku aka En.Dd. Mana la laki aku tu nak ada duit banyak-banyak buat hantaran kawen.
Nasib la umi ngan ayah aku sangat memahami. Aku rasa bersyukur sangat sebab umi dengan ayah memudahkan urusan kami nak berkawin dulu. Masa nak tetapkan hantaran tu, umi yang suruh tanya aku, berapa yang Dd mampu nak bagi? So, aku sendiri yang tanya dia berapa dia mampu.  Walaupun masa tu standard hantaran dalam Rm…

Pasal insurans konvensional vs takaful

Image
Ok. Topik kali ni hangat sikit.
Haha. Poyo ah. 
Pasal insurans konvensional yang aku tengah guna sekarang vs insuran takaful yang tgh hot stuff sekarang ni.
Untuk pengetahuan korang ye, aku amik insurans ni tahun 2013.
Jadi dah 3 tahun bayar.
Masa aku amik ni, pengetahuan aku tentang insurans tak lah mendalam sangat.
Amik pun atas nasihat mak mertua aku yang dah lama amik pelan insuran yang sama dan rekomen agen dia jugak untuk aku.
Memandangkan aku pernah terkena hospital bil untuk Naurah sampai hampir 10k masa dia kena sakit kuning/jaundis dulu menyebabkan aku serik dan terkesan tentang keperluan insuran medikal.
So, atas nasihat agen jugak, aku amik sekali insuran medikal + saving untuk Naurah.

Masalahnya, masa aku amik tahun 2013 tu, dengan pengetahuan tentang insurans tak berapa nak mantap, aku pun ikut nasihat mak mertua aku je sebenarnya dan atas rekomendasi dari agen.
So aku pun tak tau la rupanya ada insuran konvensional dan takaful.

Ada banyak perbezaan tau insuran konvensi…

Resipi Chocolate Brownies Simple

Image
Hasil kejadian. Chocolate brownies. 

Ini lah dia hasil membaking malam tadi. Berkobar-kobar nak buat sejak beli barang minggu lepas. Ni 1st time buat brownies. Aku memang peminat brownies tau. Asyik makan orang lain buat je. So cuba jugak la buat sendiri.
Resepi ni simple sangat. Bahan pun mudah. Brownies ni pun pakai whisk tangan je. Gaul-gaul kejap sampai sebati, siap adunan.
Bahan: 200gm coklat masakan - aku guna brand nona 3/4 cawan tepung - aku pakai brand cap ros 30gm serbuk koko - brand vochelle 120 gm butter 1 cawan gula perang 3 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu kecil baking powder
Cara:
1. Cairkan coklat + butter. Boleh guna cara double boiler. Tapi i nak cepat so pakai microwave je. Haha
 2. Campurkan gula perang, telur, esen vanilla. Gaul je pakai whisk tangan tu sampai sebati.
3. Tuangkan coklat + butter dalam adunan. Gaul sebati.
3. Ayak tepung + serbuk koko + baking powder dan masukkan dalam adunan tadi. Whisk sebati.
4. Bakar pada suhu 160 c selama 30-35mini…

Ilyas dan eczema

Image
Eczema tu apa?  Untuk yang tak tau eczema ni sejenis penyakit imun badan.  Bila imun badan terlalu sensitif dan alah kepada benda-benda tertentu ia akan serang badan sendiri balik. Jadi biasanya siapa yang kena eczema ni kulit dorang sangat la sensitif.  Senang sangat naik ruam dan bintik-bintik.  Punca dia sampai sekarang masih tak dapat diketahui.  Mungkin ada kaitan dengan keturunan yang ada masalah resdung atau asma memang most likely boleh dapat penyakit ni.
Dan my baby Ilyas salah seorang yang kena eczema ni.  Syukur dia hanya mild sahaja.  Takde lah teruk sangat macam baby lain yang betul severe.  Biasa baby selalu kena eczema ni sebab sistem imun dorang yang masih tak matang dan rendah. Banyak kes yang aku penah jumpa, anak dorang akan pulih dari eczema bila dah lebih 2 tahun macam tu. So masa dia masih baby lagi ni just kena jaga-jaga la.
Camne nak jaga baby yang kena eczema ni? Sejak Ilyas kena eczema, aku terus stop semua jenis sabun mandi, syampu, losyen baby dan apa-apa …