Ilyas dan eczema

3:50 PM ct nasyrah 1 Comments


Eczema tu apa? 
Untuk yang tak tau eczema ni sejenis penyakit imun badan. 
Bila imun badan terlalu sensitif dan alah kepada benda-benda tertentu ia akan serang badan sendiri balik.
Jadi biasanya siapa yang kena eczema ni kulit dorang sangat la sensitif. 
Senang sangat naik ruam dan bintik-bintik. 
Punca dia sampai sekarang masih tak dapat diketahui. 
Mungkin ada kaitan dengan keturunan yang ada masalah resdung atau asma memang most likely boleh dapat penyakit ni.

Dan my baby Ilyas salah seorang yang kena eczema ni. 
Syukur dia hanya mild sahaja. 
Takde lah teruk sangat macam baby lain yang betul severe. 
Biasa baby selalu kena eczema ni sebab sistem imun dorang yang masih tak matang dan rendah.
Banyak kes yang aku penah jumpa, anak dorang akan pulih dari eczema bila dah lebih 2 tahun macam tu.
So masa dia masih baby lagi ni just kena jaga-jaga la.

Camne nak jaga baby yang kena eczema ni?
Sejak Ilyas kena eczema, aku terus stop semua jenis sabun mandi, syampu, losyen baby dan apa-apa jenis bedak baby yang biasa tu kat dia. 
Sebab kulit dia sensitif dengan bahan kimia.
Lepas tu bila eczema dia makin teruk sampai dia menggaru muka sampai calar balar, aku beli krim herbal blend shaklee dan mandikan dia dengan basic h2 dari shaklee jugak.
Memang ada kurang la ruam kat pipi dia.

Bila umur dia dalam 5 bulan camtu, stok susu badan aku berkurang sampai aku kena start susu formula untuk dia.
Aku try susu lembu biasa brand dupro.
Rupanya dia alah kepada susu lembu pulak.
Aku bagi sikit je masa tu dalam 1oz kot dia sempat minum, terus naik ruam merah 1 badan dengan muka. 
Lepas tu naik bengkak telingan ngan mata dia.
Aku pun panik cepat-cepat bawak ke hospital amik injection untuk kurangkan radang.
Bahaya jugak sebab ada kes radang sampai bengkak salur nafas dan boleh jadi sesak nafas.
Lepas tu aku pun google, rupanya baby yang kena eczema ni most likely akan alah pada protein dalam susu lembu ataupun senang kena asma.
Nasib sampai sekarang Ilyas tak kena asma.
Jadi aku terpaksa la bagi susu formula soya untuk Ilyas.
Walaupun tak berapa bagus, tapi tu je lah pilihan yang ada setakat ni.
Nanti umur dia dah setahun, aku nak cuba susu kambing pulak.

Lepas tu aku perhatikan, kadang-kadang naik jugak eczema dia tetiba. 
Bila alahan tu datang, abis naik ruam la pipi dia.
Aku pun  assume maybe aku pun tak boleh minum susu lembu selagi Ilyas masih menyusu badan.
So memang betul pun jangkaan aku tu. 
Bila aku stop minum susu lembu, ruam semakin baik dan berkurang.
Hari tu aku terjumpa satu closed group facebook  
Nama closed group tu 'kumpulan sokongan eczema'.
Memang banyak tips dan pengalaman yang ibu lain lalui dengan baby eczema dorang.
Bila aku tengok anak dorang yang ada eczema teruk sangat, aku rasa syukur sebab Ilyas tak seteruk macam tu. 
Ada ibu yang terpaksa berhenti kerja sebab nak jaga anak eczema sebab takde orang lain sanggup jaga baby yang kulit ruam dan berkudis teruk.


Setakat ni diusia Ilyas nak masuk 8 bulan, ruam dimuka dia dah takde, cuma ada kudis dan bintik-bintik kat kaki dia ke. 
So kena bertabahlah aku sapu.krim herbal blend tu hari-hari kat kaki dia.
Kadang bila aku kena alergi, contoh makan udang atau ketam atau ayam yang dah lama, nanti Ilyas yang minum susu badan aku pun boleh kena jugak alergik.
So kena lah aku ni berpantang makan.

Jadi tu lah sikit sebanyak pengalaman aku dengan baby eczema ni.
Harap hilanglah penyakit dia ni cepat-cepat.
Kesian kalau tak boleh minum susu lembu.
Nak belikan dia biskut baby yang sedap-sedap tu pun tak berani.
Takut alahan susu lembu dalam biskut.



pipi merah-merah ruam- umur Ilyas 6 bulan



1 comment:

  1. comel baby Ilyas..Insya Allah dah besar nanti hilangkan eczema tu..kena try & error banyak produk la ye kalau ade eczema..

    ReplyDelete