Tawakal seorang bayi

12:05 PM ct nasyrah 0 Comments

Apabila seorang bayi lahir ke dunia
Adakah dia mampu untuk berbuat apa-apa?
Sedangkan berkata-kata pun tidak mampu.
Apatah lagi menjaga dirinya sendiri..

Allah,
Kenapa kau sanggup lakukan begini wahai ibu?
Ya aku pun tak tau adakah kau terpaksa membuang bayimu
Ataupun kau sendiri yang merelakan bayi yang dikandungmu dengan penuh kepayahan itu dianaiya
Tidak kah kau tau betapa ramainya pasangan lain yang saban hari berdoa agar didatangkan seorang bayi dalam hidup mereka?
Adakah kau tahu betapa hancurnya perasaan ibu lain yang kehilangan bayi mereka dalam kandungan?

Acap kali aku melihat berita sebegini.
Jiwa keibuan ku memberontak sedih.
Terkenang jika bayiku dipelaku sedemikian rupa.
Sedangkan nyamuk yang menggigit anakku pun ingin ku cari dan tumbuk hingga lumat,
Inikan pula melihat dia terbiar dalam kesakitan, kelaparan dan kesejukkan.

Bila hidup kau  betul-betul bergantung kepada Allah
Seperti tawakalnya seorang bayi.

Hari ni, husband saya Syed Shamsul terjumpa baby di belakang Masjid Subang Jaya. Syukur masih hidup walaupun kesejukan...
Posted by Farina Al-Khareid on Thursday, 25 February 2016

0 comments: