1st post di tahun baru 2016



"Kemon la nasyrah hari ni dah 22 Februari, baru ko nak cerita pasal tahun baru ke??" - suara hati.

Adoi la.
Betul la pun.
Baru la sempat ok nak menulis dalam blog setelah delay sampai 1 setengah bulan nak cakap pasal tahun baru.
Apa buat sampai lama sangat ni?
Haha.
Mak bizi keje aje.
Task setiap hari bertambah sampai tak dan nak menaip dalam blog nih.
Dalam kepala dah macam-macam idea.
Tapi masuk ke opis, terus siapkan task.
Dah semua ko nak siapkan today, by today, urgent.
Ughhh..

Jadi,
Apa cerita tahun baru?
Aku cuma harap tahun baru 2016 memberi sinar baru yang lebih baik la untuk aku.
Tak sabar sebenarnya tunggu tahun baru nih.
Sebab aku rasa tahun lepas begitu mencabar dan tragis sekali untuk aku kenangkan.
Macam-macam benda yang tak best berlaku tahun lepas dan bila mana aku teringat, aku memang akan rasa sedih dan tak seronok.
Yang best tahun lepas aku dapat baby baru and kerja tempat baru.

Jadi azam tahun baru?
Azam tahun baru ialah nak mencantikkan rumah dan belajar membaking.
Haaa seronok sangat pikir pasal 2 benda ni.
Rasa cam perangai mak mak sangat dah!
Dah ngko memang mak orang punnn..pftttt

Januari lepas jugak aku dah dikonfemkan keje kat sini.
Lega la dah.
Bukan zaman probation lagi.
Steady la aku kat sini.
Semua dah ok.
Diri sendiri pun dah get use with this place.

Ilyas pun bulan ni dah 7 bulan.
Dah makan and now boleh merangkak sikit-sikit.
Naurah pun dah 3 tahun.
Sekarang tabiat dia suka menyanyi, menari dan belajar abc 123 alif ba ta.

Hmm..apa lagi ye.
Nanti lah next post.
Harap aku rajin la update.
hihihi

Comments

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku