Resipi Chocolate Brownies Simple

6:48 PM ct nasyrah 3 Comments


Hasil kejadian. Chocolate brownies. 


Ini lah dia hasil membaking malam tadi.
Berkobar-kobar nak buat sejak beli barang minggu lepas.
Ni 1st time buat brownies.
Aku memang peminat brownies tau.
Asyik makan orang lain buat je.
So cuba jugak la buat sendiri.

Resepi ni simple sangat.
Bahan pun mudah.
Brownies ni pun pakai whisk tangan je.
Gaul-gaul kejap sampai sebati, siap adunan.

Bahan:
200gm coklat masakan - aku guna brand nona
3/4 cawan tepung - aku pakai brand cap ros
30gm serbuk koko - brand vochelle
120 gm butter
1 cawan gula perang
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder

Cara:

1. Cairkan coklat + butter. Boleh guna cara double boiler. Tapi i nak cepat so pakai microwave je. Haha

 2. Campurkan gula perang, telur, esen vanilla. Gaul je pakai whisk tangan tu sampai sebati.

3. Tuangkan coklat + butter dalam adunan. Gaul sebati.

3. Ayak tepung + serbuk koko + baking powder dan masukkan dalam adunan tadi. Whisk sebati.

4. Bakar pada suhu 160 c selama 30-35minit.

Optional boleh tambah coklat cip, chocolate rice kalau suka dan nak kasi kek nampak cantik.
Tambah aiskim vanilla atas dia pun sedap bila brownies dah masak.
Hasilnya memang naik gebu dan menjadi.
Haaaa lega sangat.
Makan brownies panas-panas keluar dari oven memang heaven ok!.
Rasa dia pun tak la manis sangat. Just nice je. 
Yang penting En. Dd suka sangat i buat brownies ni.
Siap suruh tapau esok paginya nak buat breakfast.
Hihi..

Cuba lah. 
Simple sangat resipi ni. 




3 comments:

  1. Sedapnya..best kalau ada oven..macam-macam boleh baking..

    ReplyDelete
  2. Bahaha. Pastu kt FB, didi tulis puan isteri yg tapaukan. Rupanya dia yang minta tapau. LOL!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. biasa la dia. walhal ni faverat dia tu.

      Delete