Pasal insurans konvensional vs takaful




Ok. Topik kali ni hangat sikit.
Haha. Poyo ah. 
Pasal insurans konvensional yang aku tengah guna sekarang vs insuran takaful yang tgh hot stuff sekarang ni.
Untuk pengetahuan korang ye, aku amik insurans ni tahun 2013.
Jadi dah 3 tahun bayar.
Masa aku amik ni, pengetahuan aku tentang insurans tak lah mendalam sangat.
Amik pun atas nasihat mak mertua aku yang dah lama amik pelan insuran yang sama dan rekomen agen dia jugak untuk aku.
Memandangkan aku pernah terkena hospital bil untuk Naurah sampai hampir 10k masa dia kena sakit kuning/jaundis dulu menyebabkan aku serik dan terkesan tentang keperluan insuran medikal.
So, atas nasihat agen jugak, aku amik sekali insuran medikal + saving untuk Naurah.

Masalahnya, masa aku amik tahun 2013 tu, dengan pengetahuan tentang insurans tak berapa nak mantap, aku pun ikut nasihat mak mertua aku je sebenarnya dan atas rekomendasi dari agen.
So aku pun tak tau la rupanya ada insuran konvensional dan takaful.

Ada banyak perbezaan tau insuran konvensional dan takaful.
Korang boleh google la apa bezanya.
Tapi benda yang agak hot dan selalu jadi sebutan ialah sumber pelaburan kedua-dua jenis insurans ni.
Topik ni selalu sangat agen insuran yang approach aku akan canang-canangkan.
Katanya sumber insuran konvensional ni bukan 100% halal.
Sebab ada beberapa peratus hasil kutipan akan dilaburkan ke perniagaan yang tak halal seperti arak.
Manakala insurans takaful ni 100% halal sebab hasil kutipan tu diorang akan simpan dan apabila ada ahli yang nak guna, dorang akan amik dari tabungan ni.

Jadi i is dalam dilema.
Perlu ke stop insuran konvensional sekarang?
Tapi dah 3 tahun bayar.
Memang la akan dapat baki simpanan bila surrender.
Tapi nanti nak kena start balik insurans takaful ni dari 0 tau.

Kalau ikut hati macam nak stop aje.
Tapi aku mengambil pendekatan dengan bertanya kepada agen aku dulu.
Menurut beliau, aku still boleh sambung je insurans yang aku pakai sekarang.
Dia tak nafikan, insuran konvensional memang ada unsur syubhah disitu kerana bukan 100% pelaburannya dilabur ke tempat halal.
Kata dia lagi, nanti bila dah sampai masa nak keluarkan saving, kita boleh infakkan atau zakatkan dulu duit tu dan bakinya baru ambil.
Dan depends juga pada niat kita.
Apakah tujuan kita ambil insurans?

Untuk aku, insurans ni untuk keperluan kesihatan.
Untuk menampung kos perbelanjaan kalau aku kena masuk hospital kelak.
Kita tak dapat meramal masa depan.
Kita tak tau, apakah nasib kesihatan kita kelak.
Harapannya memang sihat sentiasa.
Tapi kalau tak, sekurang-kurangnya aku dah bersedia.
Dan perubatan masa kini yang semakin canggih tu bukanlah murah ye.
Makin canggih, makin mahal.
Kalau dilukis atas graf mencanak je naik garisnya saban tahun.

Tapi untuk anak-anak, aku lebih kepada savings dan perlindungan untuk diorang jugak la.
Savings tu yang utama.
Nak haraplah aku menyimpan cash tiap-tiap bulan untuk diorang, memang  tak dapat le.
Paham-paham je lah kalau kita ada duit cash kan, ada je lah benda nak beli tu.
Jadi aku rasa, dengan melaburkan duit dalam insurans aku dapat manfaat savings dan sekali perlindungan untuk diorang kalau terjadi kemalangan ke apa.
Pejam mata je lah bayar insurans bulan-bulan tu.
Bila ada komitmen baru kita akan sungguh-sungguh kerja untuk teruskan kehidupan.
Kannn? ann? annn?

Walaupun Naurah pun insurans konvensional macam aku, tapi aku rasa biarlah.
Masa aku sign up dulu pun insuran takaful masih belum banyak dana macam sekarang.
Masa tu ini lah yang aku mampu dan tahu.
Jadi untuk Ilyas, aku dah beralih ke insurans takaful.
Walaupun perlindungan dan savings tak sebanyak insurans konvensional, tetapi sebab dah tahu dan ada kesedaran kan.
Maka, kita pilihlah yang halal lagi toyyiban gitu.

Jadi, aku rasa lepas-lepas ni sebelum buat keputusan untuk melakukan apa-apa pelaburan kita kena lah jugak google dulu atau mintak pendapat orang yang lebih tau dan berpengalaman.
Benda melibatkan duit dan komitmen ni bukan boleh buat main-main.
This is serious matter ok.
Hahaha.

Saja je lah aku nak share tentang dilema yang pernah aku alami buat pedoman orang yang membaca.






Comments

  1. been there, done that! well done beb!

    http://merentashorizon.blogspot.my/2011/03/insurans-vs-takaful.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku