Aduhai.. malunya laaa weh. Buat bakal pengantin amik iktibar.



Gempar ok kes ni kat media sosial.
Malu gila aku rasa bila baca.
Kalau la jadi kat diri sendiri lagi la tak dapat nak bayangkan macam mana. 
Dah malu besar, heboh plak satu malaysia sampai keluar paper bagai.
And plus kejadian ni terjadi dekat dengan area rumah aku.

Tak dapat nak komen sapa yang betul atau yang salah.
Sebab tak tau cerita sebenar.
Karang memandai buat cerita karang, jadi fitnah lak kan.

Cakap pasal hantaran ni teringat plak pengalaman aku masa nak kawen dulu.

Aku ni kawen agak awal la.
Umur 24 tahun. 
Bertunang masa 23 tahun.
Masa tu baru je start keje.
Sama la dengan husband aku aka En.Dd.
Mana la laki aku tu nak ada duit banyak-banyak buat hantaran kawen.

Nasib la umi ngan ayah aku sangat memahami.
Aku rasa bersyukur sangat sebab umi dengan ayah memudahkan urusan kami nak berkawin dulu.
Masa nak tetapkan hantaran tu, umi yang suruh tanya aku, berapa yang Dd mampu nak bagi?
So, aku sendiri yang tanya dia berapa dia mampu. 
Walaupun masa tu standard hantaran dalam Rm10k.
Tapi En. Dd cakap dia mampu dalam Rm8k saja.

Aku pun ok je.
Sampaikan la info ni kat umi aku.
So, masa hari rombongan En.Dd datang rumah nak meminang, senang je umi bgtau nilai hantaran.
Meskipun masa tu, mendapat tentangan hebat dari sedara mara tau.
Biasalah, sedara mara diorang mesti lah tak berapa nak setuju aku kawen awal sangat.
Katanya lagi apa hantaran sikit sangat?
Patutnya lebih lagi bagi sebab nak cecepat sangat kawen tuu..

Tapi umi dengan secara berhemahnya mampu menangkis setiap kecaman hebat dari sedara mara kami.
Umi kata.
"Biarlah dia beri berapa yang dia mampu. Saya ni ada anak lelaki 4 orang lagi kak. Saya tak susahkan orang kalau tak nak kejadiaan yang sama kena kat saya plak nanti."  

Ye. Aku paham perasaan dorang semua masa tu,
Sampai sepupu ada call tanya tentang keputusan aku tu.
Ada yang nasihat, kasi aku tangguh la dulu kawen.
Tolong umi ayah & family dulu memandangkan aku ni anak sulung.
Aku ni pun, sebenarnya takde merancang pun nak kawen awal
Tapi jodoh tu cepat sampai.
Maka tak yah la ditolak.
Rezeki berkahwin awal.
Teruskan je la.
Benda elok kan. 

Umi ngan ayah pun merelakan aku dipinang orang.
Cheewaahh ayat.
Lagipun aku dengan En.Dd berkawan dah lama sangat.
Molek benar la nak kawen tu. 
Semasing pun dah abis belajar dan dah bekerja.
Lagipun kalau nak bantu family tu, bila-bila pun boleh.
Even dah kawen pun boleh. 
Selagi aku masih ada pendapatan sendiri kan..

Ada hikmahnya jugak la kawen awal ni.
Takde lah aku nak rush sangat nak dapat anak.
Masa tu pun kawan-kawan lain ramai yang bujang lagi.
Semua masih enjoy sana sini takde pun pikir pasal anak.
Lepas tu kiteorang dapat start with early life together.
Means, kteorang dah ada komitmen awal.
Bayar bil tanggung sendiri.
Shopping baru dapur sendiri.
Masak sendiri.
Duk asing ngan mak ayah.
Gitu laa..

Tapi kan, bila tengok pelamin sekarang lawa-lawa, rasa cam alaa bestnya planning pasal kawen.
Hihihi..







Comments

  1. mmg sgt memalukan.. bergaduh dkt masjid plak tu.. hmm..

    alhamdulillah dpt family yg memahami kite kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku