Posts

Showing posts from November, 2015

Auntie kerek kat McDonalds

Image
Kelmarin bebudak opis ajak makan kat Mc Donalds.
Erkkk..tak suka sebenarnya lunch kat Mc Donalds.
Aku tak tau nak makan apa kat sana.
Dah la mahal.
Portion kecik.
Makanan unhealthy.
Israel.

Haha.
Nak kata aku boikot.
Boleh katakan ye jugak la.

Tapi dorang dah ajak kan.
Takkan aku sorang je tak nak pegi.
Karang cakap aku anti social plak.
Ok la.
Aku pun gerak sekali naik kete dorang.

Sampai je sana, kebetulan kaunter masih tak ramai.
Aku ni dah la rabun jauh.
Meraban aku tengok menu.
Lepas tu kawan opis sorang ni tolak aku terus ke kaunter order.
Walhal aku lum decide lagi nih nak nak makan apa.

Ade auntie ni tgh jaga kaunter tu seraya dia berkata.
"makan sini atau bawak balik?"
"ermm..makan sini". Jawab aku.
Pastu aku punya mata kecik besar kecik besar je pandang menu atas kepala dia.
"yang berger tu ada set ke? ke berger saja?" aku tanya.
Dia pun dengan muka kerek jawab, "yang tu berger saja. kalau nak tambah benda lain boleh add on".
Aku pun b…

Restoran Amber Chinese Muslim Review

Image
Pintu masuk restoren
Sapa nak rasa Mee Tarik yang super sedap?
Haa boleh pegi sini.
Rekomended!

Suatu hari En.Dd kasi link FB restoran baru bukak dekat area rumah kteorang.
Hari-hari dia lalu jalan tu nampak la bangunan Nexus tu.
Lepas tu kat cermin dia nampak la nama Restoran ni.
Dia pun carik kat tenet jumpa la pasal Restoran Amber ni.
Baru tau rupanya restoran chinese muslim.

Kebetulan hari tu aku tak keje.
Cuti emergency since my baby Ilyas tak sihat.
Lepas gi beli ubat dia kat farmasi, dah masuk time lunch.
En.Dd pun bawak kteorang datang restoren ni nak rasa makanan dia.

Memandangkan aku datang time weekdays, so parking banyak la dalam bangunan Nexus ni.
Sampai je kat situ kat pintu masuk dia nampak ada tulisan bahasa cina.
Dari luar macam typical restoren cina biasa je.
Tapi dah tulis chinese muslim so halal la.

Masuk je dalam, tengok ruang restoran huii besar ok.
Memanjang sampai ke hujung.
Susun atur dia simple, nice and cosy.
Restoran baru kan. So memang cantik la.



Kami pun…

Transition to adulthood

Image
Sebenarnya dah lama terpikir tentang hal ni.
Tentang interest atau kesukaan aku yang telah berubah sedikit demi sedikit seiring dengan pertambahan umur.
Kesukaan tu meliputi pelbagai sudut.

Contoh pertama: Jenis lagu

Aku pun tak tau la entah bila aku tetiba minat lagu rock kapak.
Lagu rock zaman search, wings, iklim.
Walhal masa umur aku di zaman belasan tahun dan awal 20an, aku cukup benci rock kapak.
Masa tu aku suka lagu-lagu terkini.
Lagu yang tengah in trend macam britney spears, siti nurhaliza, linkin park, maroon5 dan lagu-lagu zaman 2000 la.

Sekarang ni, lebih pelik, aku suka lagu-lagu lama.
Contohnya lagu keroncong, irama tradisional, lagu zaman 70an,80an,90an.
Penyanyi pun aku minat orang lama macam P Ramlee, Saloma, M Nasir, Ahmad Jais, Ramlah Ram, Sharifah Aini. Haha.
Tapi Siti Nurhaliza tu memang tak boleh tak minat la.
Sampai bila-bila pun akan minat dia kot.
Aku rasa aku lebih suka lagu-lagu yang mempunyai nilai estetika, lagu yang ringan dan tenang je bila dengar.
Maca…

Review RK Magical Set

Image
Beberapa tahun lepas aku ade post pasal produk penjagaan kulit yang aku pakai bertahun-tahun sudah. Refer sini.

Produk ni memang berkesan. Tapi aku dah lama sangat dah pakai. Produk ni dah sebati sangat ngan kulit aku sampai satu tahap, jerawat kat muka dia dah tak lut dah. Muka aku on off naik jerawat and amik masa nak hilangkan parut tu. Mungkin jugak sebab faktor penuaan and hormonal imbalance ke sebab aku dah mengandung dan melahirkan, so kulit dah tak bape nak cun. Nampak kusam tak flawless, banyak cela dan tak glowing. Haha.
Sampai la satu hari mak mertua aku cakap, "cubalah produk kak rose ni. Mak pakai ok kulit mak". Produk kak rose? Kak rose adalah biras aku.  Wife to my abg ipar. Dia ni meniaga jual jamu.  Dah beberapa tahun dia meniaga jamu dan mencuba la beberapa produk yang dia jual tu, memang susah nak ngam ngan kulit dia yang sangat la sensitif. And kulit dia memang super gebu, flawless dan lawa sampai mak mertua pun puji. Jeles hati mak nak! haha. Jadi hasil p…