Posts

Showing posts from October, 2012

Kabinet dapur baru

Image
Akhirnya setelah beberapa lama aku berangan nak tukar kabinet dapur umah ni, sekarang la baru dapat. Hehe..bukan guna duit aku pun. Mak mertua ngan nenek yang sponser. Thank u mak, nenek!Dorang paham la. Aku ngan hubby mane la ade duit byk nak buat kabinet ni. Bukannye sikit, kecik ni je pun dah cost ribu riban.

Memandang kan keadaan dapur yang agak huru-hara tu la yang mengukuhkan rasa nenek nak buat kabinet ni. Die pun pening tgk barang bersepah-sepah. Dengan pintu kabinet lama tu pun dah patah reput. Memang elok sgt la nak tukar kan. Kami pun plan nak duduk lama lagi kot kat sini. Baru la i ade semangat sikit nak masak lebih-lebih kan! tak gitu..

Jadi, tgk je la sebelum dan selepas...



p/s: tak sangka sekarang ni excited ngan bende-bende mcm ni. dulu-dulu mase bujang tak penah aku kisah pon.

Salam Aidiladha

Image
Semalam 26 Oktober bersamaan 10 zulhijjah adalah hari yang istimewa buat umat islam untuk sama-sama menyambut hari raya korban or Aidiladha. Tahun ni adalah yang kedua aku beraya kat umah sendiri bukan kat umah parents. Kat sini sambutannya lebih kurang je mcm tahun sudah. Ahamdulillah rezeki tahun ni tumbang la 7 ekor lembu.

Aku pun turut sama turun kat bwh tgk sendiri dorang ni sembelih lembu. Nampaknye lembu ni macam dah tau-tau je dorang nak kene korban. Muka sume aku tgk redho je dah. Takpe la lembu, janji ko dapat masuk syurga.

Selesai sembelih, terus je pakcik-pakcik ni lapah kulit lembu tu dan potong ke beberapa bahagian sebelum diangkat ke khemah untuk dipotong kecik-kecik dan ditimbang. Cepat je orang kat sini buat keje. Sebelum solat jumaat, sume dah siap dah. Tinggal nak agih je.

Tetibe teringat conversation dengan nenek time dorg tgh sembelih lembu.

nenek tanya: eh dd(rusydi) tak bwk pisau ke tolong orang lapah lembu ni?
pastu nenek jwb sendiri: oh, die bwk camera dia jadi …

Usahaku untuk dapatkan si kecil ni

Image
Actually ramai kawan-kawan aku yang dah kawen. Tapi lum preggy lagi. So, bila kteorang jumpa tu, ade la yang akan bertanya. Apa yang aku buat untuk mengandung. Ade tips-tips ke. Hmmm..nak kate tips tu ade la jugak sikit-sikit.

Tips ni pun aku cari kat google jugak. Pastu aku amalkan.

Yang pertama sekali, kita kena la selalu berdoa tiap-tiap kali lepas sembahyang. Mintak pada Allah SWT supaya kita dikurniakan rezeki. Ok. Itu mmg wajib la kan. Tapi, kalau doa saje tanpa usaha pun tak bole jugak. Jadi, kene la rajin cari info dan amalkan apa yang dah dibaca tu.

Next, ialah jaga pemakanan. Macam apa yang aku amalkan ni aku pernah terbaca kat artikel sorang uztaz. Tapi tak ingat la ape link die. Dia kata, kalau nak mengandung, kena jaga makan. Jangan makan makanan seperti:


jerukair bergasmakanan yang diproses macam burger, sosej, nugget dan makanan segera mcm mcd, kfcbuah jambu batu Ada lagi sebenarnya. Tapi aku lupa. Haha. Tapi yang pastinya makanan segera tu mmg tak elok untuk kesihatan k…

"hidupan" di dalam perutku

Image
Baby around 10 weeks
Baby around 20 weeks 
"Waggghh...Macam tak percaya ada suatu kehidupan di dalam perut ni sekarang. Tak sabar rasenye nak tgk dia lahir ke dunia ni. Cepat la Februari 2013! "
Sabtu lepas gi scan baby untuk kali -2. Sebab orang sume asyik tanye je. 
"Dah scan?"
"Laki ke pompuan?"
"Bila nak scan?"
Jadi me and hubby pun pegi la scan sebab nak tau macam mane keadaan baby skrg. Dalam hati aku berdebar-debar jugak. Macam-macam kemungkinan ada terfikir. Sihat ke tak anak aku ni. Sempurna ke tak anggota badan die. Betul ke umur die sekarang dengan time yang aku tgh kira ni. 
Ok. Sampai je klinik dalam pukul 10 pagi. Nasib orang tak ramai pagi tu. Doktor pun terus panggil masuk bilik ultrasound. Dia pun suruh tarik baju bukak perut. Pastu die letak macam gel atas perut and gerakkan bende batang scanner tu atas perut aku. Terus je nampak kepala anak aku dulu dalam perut ni. 
Aku cam waaahhhhhh..excitednya. Nak nak anak aku tengah bangu…