Posts

Showing posts from December, 2014

Barang-barang 'remeh' budak kecik

Aku ni kadang-kadang rajin le jugak blogwalking ke blog mak-mak yang lain.
Macam-macam cerita la baca.
Pengalaman dorang membesarkan anak-anak.
Cara masing-masing.

Aku rasa la.
Dah hampir 2 tahun aku membesarkan Naurah ni, paling simple la kot cara aku.
Naurah tak pernah merasa hisap puting, tido dalam baby crib, playpen ke, katil bayi ke.
Dia jugak tak pernah merasa buaian. Takde car seat, takde baby chair, takde walker.

Bunyi macam wahhh jimatnyaaa..
Haha
Actually yes thats is true.
Jimat.
Tak banyak keluar duit beli barang untuk dia.
But..

Disebabkan takde baby chair, Naurah tak mau duduk dalam baby chair bila kat restoren.
So aku ngan ayah dia kena la bergilir-gilir pangku dia time makan.
And sebab tu jugak la Naurah jarang makan sendiri since dia susah nak makan sendiri bila duk atas pangkuan kteorang.
For sure dia akan disuap oleh kami.
Ok. Ini agak bahaya.
Takut jugak dia dah besar tak tau plak suap sendiri.
Nanti dah ade adik lagi. Camno tuh??
Kejap layan dia, kejap layan adik…

Kena buli

Kejadian ni terjadi kepada kawan.
dia kena buli dgn ketua dia kat opis.
aku yang menjadi tempat aduan ni pun jadi sakit hati dengar ape yang jadi kat dia.
tak faham aku kenapa ketua dia sangat lah tidak professional langsung dalam menguruskan anak buah sendiri.

kisahnya kawan aku tinggal seorang lepas opismate yang lain-lain dah berenti keje.
bukan dia tak mau berenti jugak.
cuma nasib masih menyebelahi beliau.
susah nak dapat kerja lain.
jadi memikirkan komitmen yang banyak maka beliau masih bertahan di situ hingga kini.

apabila dah tinggal seorang, maka bertimbun lah lambakan kerja yang perlu beliau lakukan.
terpaksa la menjadi 'tangan sotong' sebab nak siapkan kerja yang banyak sangat.
lebih menyesakkan bila ketua beliau juga seorang yang nak keje cepat siap.
maklum je la ketua dia tu bukannya tau ape keje yang kawan ni lakukan.
sebab masing-masing lain-lain bidang kepakaran.
dia ingat semua benda boleh siap dalam sekelip mata agaknya.

jadi kawan ni setiap hari pergi ke opi…

Nasib si kucing malang

Image
Hari ni news feed aku tetiba kluar berita pasal kucing ni.
Kena gantung sampai mati atas tiang.
Ya Allah. Sape la jahat sgt tergamak buat macam ni weh!

Terus aku teringat kejadian yang sama pernah berlaku pada aku dulu.
Pasal kucing aku jugak yang mati dalam keadaan macam ni..
Huhu

Masa tu kami masih duduk kat rumah lama kat bukit lanjan.
Rasanya kami pulang ke kampung sebab hari raya.
Jadi biasalah kucing-kucing belaan memang tinggal kat rumah.
Dorang ni even kucing rumah, dorang boleh je survive sendiri cari makanan kat luar bila kteorang takde.
Balik kampung pun sekejap je.
Dalam 3-4 hari macam tu.

Balik dari kampung, masa tu dah malam.
Adik-adik lelaki aku nak masuk tido dalam bilik dorang kat belah bawah dekat ngan dapur.
Tapi dorang masuk je bilik, bau bangkai kuat sangat sampai tak lalu nak masuk bilik pun.
Busuk yang amat.
So sbb dah letih + ngantuk yang amat sangat, sume pakat je tido kat ruang tamu.
Hari dah gelap, tak terdaya dah nak cari mana datang bau bangkai.
Cari dalam…

Merentas masa transisi

Masa transisi atau masa peralihan kepada sesuatu yang lain atau baru.
Sememangnya adalah sangat tak seronok.
Bagi aku la.
Perasaan nak kembali pada yang dulu tu membuak-buak.
Sebab tak biasa dengan keadaan yang baru.
Rindu nak seperti yang dulu-dulu.

Haha.
Contoh macam sekarang lah.
Aku sedang melalui fasa transisi.
Pertama kehidupan di opis baru.
Kedua, tentang 'hidupan' dalam diri aku.

Di masa transisi, aku rasakan setiap hari bagai tak bersemangat.
Baru sejam dua aku dah mengira waktu nak pulang.
Tiap hari bangun dengan harapan hari ni hari jumaat dan esok sabtu cuti.
Hahaha..

Aku rasa aku rindukan tempat kerja lama.
Kerusi itu, meja itu, tangga, karpet dan pintu itu.
Tak lupa kawan-kawan lama  disana.
Suasana yang ceria boleh gurau senda walaupun HOD adalah naga..
Keh keh. Jahat eh aku. Gurau je.

Sama jugak dengan badan aku sekarang.
Hormon kacau bilau.
Selera makan tak tentu.
Tetiba terasa tak selesa nak muntah loya.
Maka membuatkan aku rindu berbadan satu.
Rindu nak minu…