Masa transisi atau masa peralihan kepada sesuatu yang lain atau baru.
Sememangnya adalah sangat tak seronok.
Bagi aku la.
Perasaan nak kembali pada yang dulu tu membuak-buak.
Sebab tak biasa dengan keadaan yang baru.
Rindu nak seperti yang dulu-dulu.
Haha.
Contoh macam sekarang lah.
Aku sedang melalui fasa transisi.
Pertama kehidupan di opis baru.
Kedua, tentang 'hidupan' dalam diri aku.
Di masa transisi, aku rasakan setiap hari bagai tak bersemangat.
Baru sejam dua aku dah mengira waktu nak pulang.
Tiap hari bangun dengan harapan hari ni hari jumaat dan esok sabtu cuti.
Hahaha..
Aku rasa aku rindukan tempat kerja lama.
Kerusi itu, meja itu, tangga, karpet dan pintu itu.
Tak lupa kawan-kawan lama disana.
Suasana yang ceria boleh gurau senda walaupun HOD adalah naga..
Keh keh. Jahat eh aku. Gurau je.
Sama jugak dengan badan aku sekarang.
Hormon kacau bilau.
Selera makan tak tentu.
Tetiba terasa tak selesa nak muntah loya.
Maka membuatkan aku rindu berbadan satu.
Rindu nak minum air ais sejuk dan manis-manis.
Kopi pujaan ku yang tak pernah lupa untuk aku hirup setiap pagi.
Ahhh...sedapnyaa
Sabarlah wahai diri..
Masa transisi akan berlalu jua nanti
Walaupun semasa melaluinya sekarang amat perih, jelak dan benci.
Tapi satu hari nanti aku akan biasa jugak seperti dulu.
Nanti akan tiada lagi perasaan kacau bilau macam ni lagi.
Yang ada perasaan yang biasa dan selesa.
Rasa sayang dan gembira akan muncul nanti.
Tunggu dan bertabahlah.
Merentas masa transisi..
No comments:
Post a Comment