Nasib si kucing malang

Hari ni news feed aku tetiba kluar berita pasal kucing ni.
Kena gantung sampai mati atas tiang.
Ya Allah. Sape la jahat sgt tergamak buat macam ni weh!

Terus aku teringat kejadian yang sama pernah berlaku pada aku dulu.
Pasal kucing aku jugak yang mati dalam keadaan macam ni..
Huhu

Masa tu kami masih duduk kat rumah lama kat bukit lanjan.
Rasanya kami pulang ke kampung sebab hari raya.
Jadi biasalah kucing-kucing belaan memang tinggal kat rumah.
Dorang ni even kucing rumah, dorang boleh je survive sendiri cari makanan kat luar bila kteorang takde.
Balik kampung pun sekejap je.
Dalam 3-4 hari macam tu.

Balik dari kampung, masa tu dah malam.
Adik-adik lelaki aku nak masuk tido dalam bilik dorang kat belah bawah dekat ngan dapur.
Tapi dorang masuk je bilik, bau bangkai kuat sangat sampai tak lalu nak masuk bilik pun.
Busuk yang amat.
So sbb dah letih + ngantuk yang amat sangat, sume pakat je tido kat ruang tamu.
Hari dah gelap, tak terdaya dah nak cari mana datang bau bangkai.
Cari dalam bilik takde, so maybe kat area luar le kot.
Esok je la tengok bila dah siang.

Esok pagi, ayah aku pun keluar ke area bilik adik aku.
MasyaAllah, terperanjat ayah tengok kucing kteorang mati kena gantung  kat leher tepi tingkap bilik adik aku.
Aku ngan adik pun turun tengok kejadian tu.
Ya Allah, aku tengok keadaan kucing tu mati kesian sangat.

Mata terbeliak, lidah terkeluar dengan mulut ternganga.
Aku dapat bayangkan, kucing aku menggelupur sesak nafas masa saat-saat kematiannya.
Maknanya kucing aku masih hidup masa orang jahat tu gantung kucing aku.

Kucing aku tu kucing betina.
3 warna bulu dia.
hitam, coklat dan putih.
Umur dia aku tak ingat tapi dia dah banyak kali la bunting dan melahirkan anak kucing.
Dan masa tu dia baru je lepas beranak.
Anak-anak dia kecik lagi masih menyusu badan masa tu.
Ingat lagi ade sekali tu, kucing aku baru lepas beranak, lepas tu ade anak kucing lain sesat sampai ke umah kteorang, lepas tu kteorang kesian anak kucing sesat tu lapar, umi aku pun amik anak kucing sesat tu, suh kucing aku susukan.
Baik je dia tolong susukan anak kucing sesat tu tau.

Serius aku menangis.
Aku rasa sedih.
Kenapa ade orang di dunia ni begitu kejam sekali.
Walaupun aku takde la pencinta tegar kucing sangat, tapi kekejaman tu aku tak boleh terima.
Apa la salah kucing aku?
Kalau la dia gi curi lauk orang pun takkan la sampai macam tu sekali hukumannya??
Bgtau je lah kami tuan rumah, kucing kami curi lauk.
Kami boleh je ganti atau bayar ganti rugi kalau dah berkira sangat kan.
Tak payah la pegi bunuh die dengan kejam macam tu!

Lepas tu, ayah aku pun gunting tali yang mengikat kucing tu, dan turunkan dia.
Masukkan mayat dia dalam plastik pastu tanam belakang rumah.
Ayah aku pun mengutuk jugak la tindakan pembunuh kucing aku nih.
Sampai hati betul buat binatang macam tu kan.
Dah la kucing aku  tu ade anak-anak yang masih kecik.
Last-last semua anak kucing tu pun tak dapat survive.
Sebab takde susu nak bagi.
Kami bagi susu tepung bancuh pun tak boleh jugak.
Semua pun mati.
huhuhu...bertimpa-timpa sedih.

Aku harap orang yang bunuh kucing aku diberi balasan setimpal la dengan perbuatannya.
Tak kisah la di dunia ke di akhirat ke, yang pasti mesti akan dapat pembalasan.
Kejam sangat!




Ini gambar dari wall feed fb aku. Kejadian kucing kena gantung di Sibu Serawak. Dorang saja gantung kucing ni sebagai ancaman kepada tuan rumah ni. Maybe samseng nak tunjuk kebrutalan dorang kot. Tapi dengan cara macam ni? sireyes cam haram!






Comments

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku