Kena buli

1:02 PM ct nasyrah 0 Comments

Kejadian ni terjadi kepada kawan.
dia kena buli dgn ketua dia kat opis.
aku yang menjadi tempat aduan ni pun jadi sakit hati dengar ape yang jadi kat dia.
tak faham aku kenapa ketua dia sangat lah tidak professional langsung dalam menguruskan anak buah sendiri.

kisahnya kawan aku tinggal seorang lepas opismate yang lain-lain dah berenti keje.
bukan dia tak mau berenti jugak.
cuma nasib masih menyebelahi beliau.
susah nak dapat kerja lain.
jadi memikirkan komitmen yang banyak maka beliau masih bertahan di situ hingga kini.

apabila dah tinggal seorang, maka bertimbun lah lambakan kerja yang perlu beliau lakukan.
terpaksa la menjadi 'tangan sotong' sebab nak siapkan kerja yang banyak sangat.
lebih menyesakkan bila ketua beliau juga seorang yang nak keje cepat siap.
maklum je la ketua dia tu bukannya tau ape keje yang kawan ni lakukan.
sebab masing-masing lain-lain bidang kepakaran.
dia ingat semua benda boleh siap dalam sekelip mata agaknya.

jadi kawan ni setiap hari pergi ke opis dengan perasaan tertekan dan stress.
sampai la satu hari ni, kerja yang banyak itu tak dapat beliau siapkan lagi.
dah dekat waktu lunch, tetiba ketua keluar dari biliknya dan berdiri di belakang kawan itu sambil mengarah dan menyaksikan beliau membuat kerja.
dia berdiri disitu sampai la abis waktu rehat.
kawan ni terpaksa la siapkan jugak dalam waktu tersebut dengan keadaan yang aku boleh bayangkan seperti 'neraka dunia' bila ketua memerhatikan di belakang.
ditambah dengan perut yang lapar, mesti rasa sangat terseksa jiwa raga.

maka kawan aku pun tak dapat la lunch pada hari tersebut.
dengan perut yang lapar itu lah kawan tu terpaksa menahan sampai waktu balik.
dekat pukul 6 ptg, ketua pun keluar dari bilik beliau dan bertanya kepada kawan itu.
"macam mana? lapar tak? tadi tak keluar lunch.." dengan senyuman sinis terpacul dari bibirnya.

sungguh, aku rasa dia busuk hati.
tak sangka dia begitu pendendam sekali.
puas agaknya dia memperlakukan orang macam tu.
gembira agaknya hati dia melihat orang sakit perut dan sakit hati.
adakah ini perilaku seorang ketua?
menyeksa orang secara fizikal?
mental memang sudah terseksa. tak cukup rasanya, diseksa lagi macam ni.
kalau aku yang kena mesti awal-awal lagi aku sudah bertempik bergaduh dengan 'orang gila' macam ni.
aku tak boleh buat kerja kalau perut lapar.
lagi lah otak aku jem dan perasaan memberontak.

Oklah. Maybe kawan aku tu pun lambat siapkan keje dia.
Tu yang ketua tu marah gila macam tu kan.
Tapi kalau keje dia bagi dah bertimbun-timbun.
Macam mana nak siapkan cepat?

Adui..enuff membebelss..sambung keje.







0 comments: