Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Entri ni up time aku dah nak 2 minggu keje sini kat Brickfields.
Yup.
Dah pindah dah dari Solaris Mont Kiara/Dutamas ke sini.

Ok la.
Yang bestnya sini adalah dekat dengan umah.
Masa nak pergi pagi-pagi jalan tak jem sangat.
Dalam 15 ke 20 minit dah sampai opis.
And plus takde tol.
Jalan masuk KL kan.
Memang takde tol.

Eh eh..kali ni aku tak sesat eh.
Aku awal-awal dah pasang google map kat handphone.
So sampai la ke opis awal.
Parking pun masih banyak kat sini.
Dan murah.
Aku bayar hari-hari rm1.50 je cukup dah.
Sebab DBKL datang pagi je sekali.

Tapi on the 1st day tu aku tak tau.
Lupa lak nak bayar parking.
Jadi dah kena saman.
Ok great.
Bertambah koleksi saman ku lagi...
Herghhh!

Masuk je opis tgk opis bersepah ya amat!
Haha. Rupanya dorang tgh shooting gambar barang untuk dijual masa Krismas nanti.
Ade la cam small studio kat area depan pintu nih.

Haa..ni company ape?? Lupa plak nak bgtau.
Sebenarnya ni company aku duduk skrg ni meniaga florist, kek dan gifts online.
So dorang ni akan buat shooting barang, ade tempat gubah bunga kat tingkat bawah and pelbagai lagi lah.
Aku ni sebagai in house programmer lah.
Pastu susunan meja staff memang tak best.
Ala-ala macam kat dewan exam dah aku rasa.
Keh keh.
Nak borak ngan member pun kena toleh ke belakang.
Takpe lah. Janji ade tempat selesa nak duduk.

Lagi satu masalah kt sini ialah dorang tak sediakan surau.
Nak solat dekat sini susah ok.
Ade la ruang pun dekat area belakang sana dekat ngan meeting space.
So semayang je lah kat area belakang tu.
But of coz la tak selesa.
Orang lalu lalang.
Cakap-cakap.
Tengok plak kita solat kan.

Dengar ceritanya bos sini tak mau buat surau.
Bos non muslim.
Dorang dah request.
Tapi bos tak kasi.
So lantak ko lah.
We ollss tetap semayang la beb.
Merata-rata la we olls smyg.
Kalau kau sakit mata tengok kteorang smyg merata-rata nasib kau lah kannn..

Sini nak lunch ok la.
Tak jauh dari sini ade tempat makan melayu.
Tepi jalan je.
Tapi harga standad ok.
Around rm5-rm6 macam tu.

Kalau nak makan mahal skit boleh pegi NU Sentral.
Kena jalan kaki sikit la.
Sana ade macam-macam makanan yang best la macam subway, food court, kfc, mcd dan macam-macam lah.
Ala-ala shopping mall.

Pastu ade jugak bebudak staff lama ni cerita.
Jangan keluar sorang-sorang kat area sini.
Sini kan kawasan india.
Pastu cam ade rumah pelacuran dekat sini.
So, ade la staff penah jumpa flasher la.
Kena kejar dengan orang gila.
Kena raba!

Crazy.
Black area eh kawasan ni.
Walaupun orang ramai lalu lalang.
Tapi jenayah kat sini is super bad.
So kena hati-hati.
Dorang pesan jangan balik malam.
If keluar ke ape kena beramai-ramai gitu.
I is seramss je bila dengar dorang ni cerita.
Harap-harapnya tak jumpa la dengan orang-orang 'gila' nih.
Huhuhu...

Bila nak balik, aku akan turun kat jalan syed putra.
Lepas tu naik ke npe.
Terus je sampai umah.
Ade la jem sikit.
Kalau hujan la.
But this is way better then dari solaris dulu.

Sampai ke hari ni.
Aku masih terkebil-kebil takde keje.
Dah dekat sebulan dah.
Tu yang aku banyak masa nak update blog nih.
Nanti keje dah timbun, bersawang pulak blog i.
Hahaha.
Saba je la k.

Ok till da next entri..

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]