Unexpected gift

Pernah tak kena suprise by someone?
Sonok tak?
Hehehe.
Bulan ni memang suprise.
Dapat unexpected gift.
Rezeki Tuhan nak kasi.
Takkan lah tak happy kan.

Cuma masa tu tak kena kot.
Sebab tu lah aku cam terperanjat sangat.
Tapi dah ketentuanNya.
Walaupun dah macam mana hebat pun kite merancang, tapi perancangan Allah SWT tu lagi lah hebatnya.
Ya. Aku redha.
Aku pasti dan yakin mesti ade hikmahnya.

Walaupun aku rasa dugaannya pasti lebih hebat berliku.
Tapi Allah nak uji aku dan suami.
Ataupun dia dah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk kami?
Tiada siapa pun akan tahu.
Biarlah masa yang akan tunjukkan.

Sekarang masih dalam fasa awal lagi.
Tak boleh nak expect lebih-lebih.
Just harap sume berjalan dengan baik.
Harapan aku dalam masa sesingkat ni, aku dapat mencapai impian aku.
Walaupun impian tu macam susah nak capai.
Tapi aku cuba.
Mana tau kan kalau tak cuba.

Demi mereka.
Bakal anak dan anakku yang ada.
Umi akan berusaha agar satu hari nanti umi dapat jadi suri rumah sepenuh masa.
Mendidik dan menjaga sepanjang hari tanpa perlu berkongsi kasih dengan orang lain di siang hari.

Ya Allah, kau permudahkanlahhh...



Comments

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku