Senangnya orang nak tipu duit

1:56 AM ct nasyrah 0 Comments

Hari tu ada dapat call.

"Hai boleh saye bercakap dengan siti nasyrah?"

Hmpphh..dalam hati aku dah agak dah. Ni mesti orang jual insurans. 

"Ye saye bercakap". Aku balas jugak. 

"Kami dari  m*** insurans nak memberitahu tentang pembatalan insurans peribadi yang cik telah daftar beberapa tahun yg lalu sebab cik takda membuat apa-apa claim sepanjang 2 tahun ni.selain itu cik juga akan mendapat baucer sebanyak rm1500 kerana tiada claim."

"Haa? Dari mana? Rasenye saye tak pernah daftar apa-apa insurans lain. "Aku jawab. Masa ni rase dah lain macam. Nama company insurans pun tak pernah dengar. Tah mcm mana plak aku leh daftar nih? Aku tak puas hati. So aku tanye lagi. 

"Macam mana saye boleh daftar insurans ni? "

"Cik ade daftar kredit kad maybank kan 2 tahun lalu?"

Ahah. Ok bagus. Aku dah dapat tangkap dah. Ni mesti scam. Kalau dapat contact dari kad kredit lah namanya memang takde benda lain dah. Aku tunggu lagi ape benda dia nak gebang. 

"Nama penuh cik siti nasyrah binti sufyan. No ic 87**********. Jadi kami memang ada maklumat cik disini. Untuk pembatalan ni, cik perlu membayar sebanyak rm75 dan selepas pembatalan ni cik akan memdapat baucer sebanyak rm1500. " 

Ok. Enaff. Bila dia dah sebut je kena bayar aku terus menyirap. "Eh pasal apa lak nak kena bayar? Apa bukti saye ade daftar ni? Sy takkan bayar kalau takde surat ke ape. Hantar surat ke umah saye dulu nak tgk apa benda semua nih." 

Masa ni dia cam dah goyah skit. Sebab aku cam dah syak something wrong. Terus jawab ok cik. Lepas tu letak phone. Apekah?? Hieee..memang aku dah agak. Sekarang ni orang senang-senang je nak tipu duit orang. Dia ingat duit ni main petik je ke kat pokok. 

Hari ni dah kali ke-3 dapat call yang sama. Aku terus je kata. Sy dah penah dapat call ni. Terus dia letak. Haha. 

Hati-hatilah kalau dapat call dr menda-menda yang mintak duit melalui phone nih.. Especially kalau kita penah daftar kredit kad sebab dalam terms n condition agreement yang kita sain tuh, pihak bank ade hak nak jual contact kita kat company lain. So dgn cara mintak no kredit kad la dorang nak tipu kita. 

0 comments:

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

12:06 PM ct nasyrah 3 Comments

chilled creamo cheesecake

Actually plan nak buat kek cheese ni lama dah. Awal-awal dah beli cream cheese ngan butter nak buat. Tengok balik dlm resipi kena guna whipped cream pulok. Tak cukup bahan jadi tertangguh nak buat beberapa minggu. Hari tu pegi beli barang dapur, baru la teringat nak beli whipped cream. Haaa baru la cukup bahan, boleh le i start membaking nya..

Ok. enuff bebelsss let start.

Bahan-bahan:
bahan-bahan

Cheese topping
~ 250ml cream cheese
~ 250 ml whipped cream - i beli jenama anchor kotak kecik je
~ sedikit lemon juice - optional
~ 1/2 cawan gula - kalau suka manis boleh tambah jadi 3/4. ikut suka uolss lah
~ 100gm gelatin halal - kalau takde pun tak apa. gelatin ni nak kasi cheese topping ni bentuknya cantik bila potong. currently yg i buat ni takde gelatin. so rupa tak semenggah sgt la. hehehe

Bottom oreo biscuit base
~ 80gm butter
~ 2 packet biskut oreo - i is guna brand creamo murah sikit nyahh


Cara-cara: 

1. Buat bottom base dulu. Buang krim pada biskut, patah-patahkan biskut dan blender kasi hancur.
2. Cairkan butter dan gaul dengan biskut tadi dalam loyang
3. Ratakan biskut tu ke seluruh loyang macam gambar di bawah:

bottom base biskut + butter

4. Pukul whipped cream sampai soft peak. (tips: pukul whipped krim semasa ia masih sejuk. if panas, krim tu takkan kembang ok ;) ). Dah kembang? Then asingkan dulu.

5. Di dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula, lemon juice dan gelatin sampai sebati

6. Masukkan whipped cream tadi ke dalam adunan cheese dan kaup balik sampai sebati

7. Tuangkan  adunan cheese topping tadi ke atas biskut base. Ratakan cantik-cantik.

8. Masukkan ke dalam peti ais selama beberapa jam sebelum dihidang.

Untuk hiasan boleh la taburkan serbuk biskut tadi kalau ade lebih. Ataupun nak letak biskut tu seketul-seketul atas tu pun boleh. Ikut suka lah. Kalau tak nak letak apa-apa pun boleh.

Tapi yg i buat ni ada letak serbuk biskut lebihan tadi dalam adunan cheese. Hehe. Saja ubah-ubah resipi asal. 

 
ni hasilnya sebelum masuk peti ais


budak kecik ni pun sodap makan haa..







3 comments:

Its the end. Goodbye. Lets move on.

5:18 PM ct nasyrah 0 Comments

Dari tajuk tu. Ape yang dapat disimpulkan?? Haha.
Macam hot sangat je tajuk. 
Takde ape la sgt. Cuma aku dah nak berenti keje.
Kelmarin Head of Department(HOD) dah kasi surat konfem resignation dari management. 
Jadi officially i am now in notice period.
Last day adalah 31 October 2014. 

Fuhhhh lega rasanya. Dah settle bab nak berenti nih. Aku nih kalau suruh pegi interview, tak pulak rase nebes melampau. Tapi nak hantar surat resign hari tu, seram sejuk badan ni weh. Satu badan sejuk lepas tu pikiran tak tentu arah selagi tak hantar kat HOD. Macam-macam ayat diatur untuk cakap dengan dia. Macam terbalik lak kan? Hahaha. 

Awalnya HOD nak counter aku. Maklum je lah, aku baru je diarahkan untuk handle sistem baru. Aku dah seramss. Awalnya memang nak pergi dari sini,  tetiba dah berbelah bagi plak. Malas plak rasa nak buat pilihan nanti. So, aku pun tunggu je lah keputusannya. 

Dah seminggu berlalu, HOD tak cakap ape-ape lagi. Aku pun dah made up my mind. Aku memang konfem nak pergi. Walaupun pelbagai kelebihan kat sini, aku rasa cukuplah. Tak mo handle lah sistem baru tu. Aku pun mengambik keputusan untuk komfem terus dengan company baru tu. Sain offer letter and then email kepada bos dia. 

Beberapa hari selepas tu, baru la dapat official surat dari Management. Dorang accept aku punya resign letter and tak counter pun. Ok. Bagus jugak. Tak perlu headache lagi. Dua-dua belah pihak dah setuju and dorang pun setuju dengan tarikh last day aku. Lega sangat. 

Sekarang aku sedang menghabiskan saki baki projek yang aku masih handle lagi kat sini. Hopefully sempat siap la semuanya sebelum i pergi. Kesian plak kat opismate yang masih kat sini karang kena handle plak. 

Rase macam bermusim. Tetiba ramai plak yang resign. And the same month, ade sorang lagi opismate aku pun berenti sama. Dan minggu depan sorang lagi dah last day. 

Huhuhu...akhirnya tinggal kenangan. Mesti akan miss suka duka, happy moments kat sini. Heee biasa lah. Life mesti move on. Kat mana-mana rezeki ada, kat situ lah aku. 

Can't wait for the future. New people, new environment, new job!  Warrhhgggg..

teaser sikit--> bakal tempat keje baru kat sini

0 comments:

Once a baby now a toddler

11:17 AM ct nasyrah 0 Comments

Dah lama sgt nak buat entri nih. Patut nya nak buat masa Naurah umur 1 tahun hari tu. Tapi tak sempat-sempat nak update entri. Saje je nak tgk progress budak kecik nih dr lahir sampai sekarang. Memang cepat dia besar. Tak sedar masa pun pantas berlalu...

Ok, Layan je lah kronologi dak kecik nih sampai sekarang.. Nanti umi dia rajin lagi sambung tahun depan plak ok..lalala

2 jam
1 hari
 8 hari -masa kena jaundis



10 hari
20 hari
1 bulan






2 bulan
3 bulan
4 bulan



5 bulan
6 bulan
7 bulan

8 bulan
9 bulan
10 bulan



11 bulan
1 tahun
1 tahun 1 bulan



1 tahun 2 bulan
1 tahun 3 bulan
1 tahun 4 bulan



1 tahun 5 bulan
1 tahun 6 bulan
1 tahun 7 bulan



0 comments: