Macam hot sangat je tajuk.
Takde ape la sgt. Cuma aku dah nak berenti keje.
Kelmarin Head of Department(HOD) dah kasi surat konfem resignation dari management.
Jadi officially i am now in notice period.
Last day adalah 31 October 2014.
Fuhhhh lega rasanya. Dah settle bab nak berenti nih. Aku nih kalau suruh pegi interview, tak pulak rase nebes melampau. Tapi nak hantar surat resign hari tu, seram sejuk badan ni weh. Satu badan sejuk lepas tu pikiran tak tentu arah selagi tak hantar kat HOD. Macam-macam ayat diatur untuk cakap dengan dia. Macam terbalik lak kan? Hahaha.
Awalnya HOD nak counter aku. Maklum je lah, aku baru je diarahkan untuk handle sistem baru. Aku dah seramss. Awalnya memang nak pergi dari sini, tetiba dah berbelah bagi plak. Malas plak rasa nak buat pilihan nanti. So, aku pun tunggu je lah keputusannya.
Dah seminggu berlalu, HOD tak cakap ape-ape lagi. Aku pun dah made up my mind. Aku memang konfem nak pergi. Walaupun pelbagai kelebihan kat sini, aku rasa cukuplah. Tak mo handle lah sistem baru tu. Aku pun mengambik keputusan untuk komfem terus dengan company baru tu. Sain offer letter and then email kepada bos dia.
Beberapa hari selepas tu, baru la dapat official surat dari Management. Dorang accept aku punya resign letter and tak counter pun. Ok. Bagus jugak. Tak perlu headache lagi. Dua-dua belah pihak dah setuju and dorang pun setuju dengan tarikh last day aku. Lega sangat.
Sekarang aku sedang menghabiskan saki baki projek yang aku masih handle lagi kat sini. Hopefully sempat siap la semuanya sebelum i pergi. Kesian plak kat opismate yang masih kat sini karang kena handle plak.
Rase macam bermusim. Tetiba ramai plak yang resign. And the same month, ade sorang lagi opismate aku pun berenti sama. Dan minggu depan sorang lagi dah last day.
Huhuhu...akhirnya tinggal kenangan. Mesti akan miss suka duka, happy moments kat sini. Heee biasa lah. Life mesti move on. Kat mana-mana rezeki ada, kat situ lah aku.
Can't wait for the future. New people, new environment, new job! Warrhhgggg..
teaser sikit--> bakal tempat keje baru kat sini
No comments:
Post a Comment