Posts

Showing posts from August, 2014

Malaysia Berkabung, Mereka kehilangan orang tersayang..

Image
Baru je lepas tgk live istiadat penghormatan jenazah mangsa nahas MH17 kat tv3 tadi. Sedih. Tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang. Disambut dengan penuh hormat dan istiadat dari kerajaan Malaysia. Bukan sume orang leh dapat penghormatan macam ni. Siap dengan berjuta rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan mangsa yang terkorban termasuk lah dengan aku. Moga mereka ditempatkan dikalangan orang beriman. Amiinn..
Sebak dan pilu di hati lepas membaca blog dari sorang kawan baik kepada isteri mangsa. Asmaa isteri kepada Mohd Hakimi, co-pilot MH17. Lepas baca blog kawan Asmaa ni, baru dapat tau rentetan cerita reaksi Asmaa dari hari pertama beliau dapat berita malang ni. Memang Asmaa tabah sgt. Nasib baik lah dia mempunyai kawan-kawan baik serta keluarga yang memang support dan teman dia sepanjang dia kat hotel KLIA tu. 
Aku masih lagi tak penah lagi merasa kehilangan orang yang paling rapat dengan aku. Contohnya macam umi ayah, mertua, …

Tips penjagaan wanita dan anak dara dari nurse KKIA

Image
Masa check up Naurah yang lepas kat KKIA(Klinik Kesihatan Ibu Anak), nurse tu tanya dah buat ujian Pap Smear? Aku cakap tahun ni belum lagi. So, dia pun ajak buat hari tu jugak.

Mesti ramai tau dah ape ujian Pap Smear kan?? Zaman nenek mak-mak kita dulu takde sgt ujian ni. Maklum je lah orang dulu kan hidup secara sihat. Tak macam kita la ni, lifestyle tak bape nak sihat, sebab tu la banyak penyakit muncul. Haha..padan muka aku.

Ok. Berbalik pada cerita masa ujian Pap Smear, nurse yang attend aku kali ni mcm garang sikit. tapi best jugak sebab dia banyak kasi tips-tips pasal anak la, pasal wanita..

Pasal wanita. Ok. Ini penting. Sebelum dia nak start buat ujian tu, dia ajar aku mcm mana nak cek payudara dulu. Cek if ada ketulan atau bengkak di sekitar payudara tu. Lepas tu dia cakap pasal ni, meruang. Haaaa apa benda meruang?? Baca yg aku copy paste kat bawah ni..


Rawatan Meruang

Dilakukan setiap kali berhadas besar. Samada selepas haid, kedatangan nifas atau selepas bersenggama denga…

Korban umi dan ayah

Aku masih ingat lagi waktu tu aku masih lagi sekolah rendah. Adik aku yang bongsu iaitu anak yang kelima dalam adik beradik kami  lahir waktu aku umur 9 tahun. So boleh bayangkan la zaman kanak-kanak aku puas membesarkan adik je. Jadi dengan kehadiran kami 5 beradik yang semakin membesar  maka ayah yang masa tu berkerja sebagai penjawat awam, memikirkan nak cari duit lebih dengan bekerja part time di sebelah malam.

Dulu umi dengan ayah bergilir menjaga kami. Siang ayah bekerja di pejabat. Dan malamnya umi pulak keje sebagai promoter di jusco. Tapi semakin lama kos sara hidup makin meningkat seiring dengan pertambahan ahli keluarga. Ayah bercadang nak keje part time pulak time malam sebagai pak guard di sebuah syarikat sekuriti.

Umi yang asalnya berat hati untuk merelakan keputusan ayah tetapi akhirnya akur dengan memikirkan situasi. Ye lah. Kalau ayah pun berkerja di sebelah malam, siapa nak jaga kami? Kalau dah besar panjang sume takpe lah. Ni aku yang sulung masa tu masih lagi sekol…

Cerita Hari Raya 2014!

Image
Ok. Post ni dah lama sgt draft. Skrg baru nak post. Update pkai ipad mmg sengal. Nak upload gambar tak bleh. Grrrr..terpaksa la simpan dulu upload gmbr kat laptop. Walhal gambar sume pun kat hp. Grrr..Harapnya tak basi lah cerita ni yeh..


Raya tahun ni giliran En.Dd. Jadi kami beraya di rumah mak mertuaku di Klang. Tak jauh pun. 2 malam sebelum raya kami dah balik sana. Biasanya, raya kedua atau ketiga kami akan pulang beraya di Jerantut, Pahang. Tapi memandangkan kesihatan Abah mertuaku yang tak berapa sihat, sanak saudara yang kat Pahang plak dtg beraya kat sini. Tebalik lak dah. Orang sume balik kampung. Ini org kampung sume dtg Kl beraya. Hehe.

Awal-awal lagi mak dah import tukang masak terbaik dr Jerantut cik Lina dan mek Ton. Ni 2 beradik mak yang mmg rajin dan pandai memasak masakan Pahang. So lega la dah ade orang kuat di dapur. Cik Lina dan Mek Ton dengan anak-anak dara nya dah sampai 2 hari sebelum raya. So sempat la aku merasa masakan dorang masa berbuka. Memang maveles k!





5 perkara untuk pengantin baru

Image
Saje gatai mengenang saat dah sah laki bini..hehehe. tak tau nak taruk gambar ape daa
Sejak menginjak usia yang ke 27 nih, ramai dah kengkawan yang dah start hidup berumah tangga. Tak terkira dah bape banyak jemputan kenduri kahwin dah pegi tahun ni. So mmg konfem ramai sgt lah.

Aku dulu masuk ke alam perkahwinan ni agak awal. Di saat-saat kawan-kawan lain baru start nak keje, mahupun ade yang masih belajar lagi. Tapi aku dah bertunang. Then setahun lepas tu, kawin plak. Masa tu umur baru 23-24 tahun. Tapi aku dapat timang anak masa umur 26 tahun. So, kawen awal-awal pun masih sempat lagi enjoy dulu. Maklum je la aku setahun kawen takde anak lagi. 
So, kalau nak dibandingkan dengan BFF aku yang lain, aku la yang paling senior sekali. Keh keh.. mcm dah lama sgt kawen lak. Jadi aku lah jadi tempat sumber rujukan dorang sekiranya ade masalah yang melibatkan rumah tangga nih. 
Macam-macam kes yang aku dgr. Lepas sorang, sorang ni punya cerita. Rileks la. Kawan-kawan baik. Dorang cerita u…