Korban umi dan ayah

9:30 PM ct nasyrah 0 Comments

Aku masih ingat lagi waktu tu aku masih lagi sekolah rendah. Adik aku yang bongsu iaitu anak yang kelima dalam adik beradik kami  lahir waktu aku umur 9 tahun. So boleh bayangkan la zaman kanak-kanak aku puas membesarkan adik je. Jadi dengan kehadiran kami 5 beradik yang semakin membesar  maka ayah yang masa tu berkerja sebagai penjawat awam, memikirkan nak cari duit lebih dengan bekerja part time di sebelah malam.

Dulu umi dengan ayah bergilir menjaga kami. Siang ayah bekerja di pejabat. Dan malamnya umi pulak keje sebagai promoter di jusco. Tapi semakin lama kos sara hidup makin meningkat seiring dengan pertambahan ahli keluarga. Ayah bercadang nak keje part time pulak time malam sebagai pak guard di sebuah syarikat sekuriti.

Umi yang asalnya berat hati untuk merelakan keputusan ayah tetapi akhirnya akur dengan memikirkan situasi. Ye lah. Kalau ayah pun berkerja di sebelah malam, siapa nak jaga kami? Kalau dah besar panjang sume takpe lah. Ni aku yang sulung masa tu masih lagi sekolah rendah. Tapi ayah nak cuba jugak walau penat macam mana pun demi mencari rezeki untuk kami.

Setelah beberapa minggu ayah berkerja, kami yang tinggal di rumah ni, macam-macam pesanan yang ditinggal sebelum keduanya pergi.

"Kaklong jgn bukak pintu kalau ade orang bg salam. Cakap kat tingkap umi ayah takde. "

"Kaklong jaga adik-adik. Jangan pegi dapur main api. "

"Kaklong ajak adik-adik belajar. Baca buku. Buat keje sekolah.."

....dan berbagai pesanan lagi.

Namun, pada suatu malam, rumah kami black out. Satu kawasan rumah takde elektrik. Kami yang tengah sibuk bermain, tengok tv, terus meraban mencari lilin. Nasib la jumpa atas almari. Aku pun menyalakan beberapa batang lilin untuk menerangi rumah yg gelap gelita. Kami pun duduk la beramai ramai kat ruang tamu bingung tak tau nak buat apa sebab gelap.

Jadi kami pun amik keputusan tidur bersama-sama dalam bilik umi ayah. Aku letak lilin atas kepala katil. Dekat dengan tingkap. Lepas tu semua pun tidur sampai la umi balik. Bila umi sampai ke rumah, dia terus mengucap panjang melihat kami tidur beramai- ramai atas katil dia.

Sebab? Hahahaha. Umi nampak lilin tu tinggal lagi sikit je cair. Dah pendek sgt. Kalau dibiarkan mungkin akan menyebabkan kepala katil tu terbakar ataupun api boleh menyambar langsir sebab dekat dengan tingkap.

Terus umi terduduk dan mengejutkan aku. Aku yang pun bangun la terpisat-pisat. Tak dapat nak paham ape yang umi bebelkan sebab mamai. Last-last aku tido balik je. Esokknya masa umi cerita pasal kejadian semalam pada ayah baru aku paham.

"Ayah, berenti je lah kerja jaga tu. Anak-anak ni terbiar. Kalau terbakarlah rumah ni semalam, tinggal seorang je lah anak kita. (Adik aku yg kecik tu hantar umah jiran sebab masih baby lagi.) kalau ayah tak nak berenti, biar umi yang berenti!"  Kata umi penuh harapan.

Akhirnya, ayah terpaksa berhenti kerja jadi pak gad. Hasilnya abis wisel kat uniform jaga tu di buat main kami adik beradik. Dah dewasa ni, bila aku sendiri dah merasa cari duit sendiri baru aku paham betapa susahnya kehidupan kami masa kecik. Umi ayah berhabis tenaga dan masa mencari rezeki untuk kami.

Melahirkan dan membesarkan. Sekarang aku tau kenapa Tuhan kata tak dapat masuk syurga kalau tiada redha dari mereka..

0 comments: