Malaysia Berkabung, Mereka kehilangan orang tersayang..

6:04 PM ct nasyrah 1 Comments


Baru je lepas tgk live istiadat penghormatan jenazah mangsa nahas MH17 kat tv3 tadi. Sedih. Tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang. Disambut dengan penuh hormat dan istiadat dari kerajaan Malaysia. Bukan sume orang leh dapat penghormatan macam ni. Siap dengan berjuta rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan mangsa yang terkorban termasuk lah dengan aku. Moga mereka ditempatkan dikalangan orang beriman. Amiinn..

Sebak dan pilu di hati lepas membaca blog dari sorang kawan baik kepada isteri mangsa. Asmaa isteri kepada Mohd Hakimi, co-pilot MH17. Lepas baca blog kawan Asmaa ni, baru dapat tau rentetan cerita reaksi Asmaa dari hari pertama beliau dapat berita malang ni. Memang Asmaa tabah sgt. Nasib baik lah dia mempunyai kawan-kawan baik serta keluarga yang memang support dan teman dia sepanjang dia kat hotel KLIA tu. 

Aku masih lagi tak penah lagi merasa kehilangan orang yang paling rapat dengan aku. Contohnya macam umi ayah, mertua, adik beradik, kawan baik, suami dan anak aku. Semuanya Alhamdulillah sampai hari ni masih bersama aku. Tapi kejadian beberapa bulan lepas, betul-betul mengusik jiwa...

Buat pertama kali. Aku bermimpi perkara yang begitu sedih sekali. Mimpi suami aku dah takde lagi di dunia ni bersama aku. So, lepas baca mcm mana keadaan Asmaa lepas tau berita kematian suami dia Hakimi, aku dapat rasa kepedihan dan kesakitan tu dan  aku terus terflash back mimpi sedih aku tu. 

Aku masih ingat lagi sampai sekarang. Macam ni cerita dia.... 

Masa tu aku rasa aku kat opis kot. Tetiba aku dapat phone call. Adik aku telefon. Dia kata "Kaklong, Abg Dd dah meninggal. Excident kereta".

Aku terus tergamam. Serta merta air mata aku keluar. Jantung aku berdegup dengan begitu laju sekali. Dunia aku terasa kosong. Rasa sepi. Rasa sunyi. Seolah-olah, sebelah badan aku dah mati, dah takde lagi dengan aku. Lepas tu, aku terduduk sambil menangis semahunya. Tak pernah aku rasa sedih yang teramat sangat.  Tak dapat aku nak gambarkan dengan kata-kata. Tapi aku tak duduk terus, tetiba je aku bangun dan berlari balik umah. Nak tengok arwah suami aku kat umah mak rasanya. 

Sampai kat sana aku cari mak mertua aku. Aku tengok dia pun tengah menangis. Tak bercakap sepatah apa pun. Aku meluru kat dia lepas tu bertanya kat dia sambil air mata deras mengalir ke muka aku.. 

"Mak, mak kenapa mak?? Kenapa dia. Kenapa Allah amik dia??" Mak diam pandang aku, pegang tangan aku. Sepanjang mimpi tu, aku menangis je. Sampai aku rasa letih. Letih sebab aku macam berlari-lari nak sampai ke rumah sambil menangis yang terlampau banyak sekali.

Tapi aku tak nampak pun jasad suami aku dalam mimpi tu. Just ade suasana orang sibuk. Ramai orang datang rumah mak aku. Tu je lah yang aku ingat. 

Sedar-sedar je aku nampak kipas kat siling umah aku tengah berputar laju. Aku terus memandang ke sebelah. Dan aku nampak anak dan suami aku masih sedap nyenyak tidur. Ya Allah, aku bermimpi rupanya...Aku betul-betul ucap Alhamdulillah sebab sume kejadian tadi tu hanya mainan tidur je. Suami dan anak aku masih di sini bersama aku. Lepas aku dah rasa cam tenang sikit, baru aku dapat tidur balik sampai la subuh. 

Bangun pagi tu, aku masih lagi terkenang-kenang pasal mimpi malam tadi. Perasaan kehilangan tu memang terlalu berat dan sedih bagi aku sampai aku teringat je sepanjang hari. Aku dah rasa dah macam mana teruk dan pedihnya hati ni bila dapat tau berita sedih pasal orang tersayang. Setakat ni aku cuma penah mimpi 2 orang je yang meninggal iaitu umi aku dgn suami. Masa mimpi umi meninggal pun aku sedih gila. Ade la jugak beberapa kali aku mimpi umi dah takda. Mungkin syg sgt kot. Sampai termimpi-mimpi..heheheh

Aku harap mimpi ni just mainan tidur je lah. Bukan petanda apa-apa. Walaupun ajal dan maut tu boleh datang bila-bila masa je kan. Cuma kalau boleh aku tak mau rasa perasaan sedih ni in reality. Tak sanggup beb! Huhuhuhu... ok sekian luahan hati hari ni. 

Al-Fatihah untuk mangsa tragedi MH17.... 



1 comment:

  1. ahhh!!! nak updet pasal mh17 ni gak ritu. tapi lupa dah! aiyark..

    ReplyDelete