Posts

Showing posts from July, 2012

First time checkup

Sebenarnya entri ni dah lama simpan  dalam draft. Buat tajuk je tp tak de masa nak karang. Wahaha. Pemalas betul aku. :P.

Maklum je la time ni aku masih lg dalam fasa meloya + tak lalu makan.Nasib baik time ni puasa uolls. Kalau tak, bila time makan tu macam berperang je tau sebab tak nak makan.

Setelah 2 minggu yang lalu buat appointment, pukul 8am aku dan hubby dah terpacak dpn klinik kesihatan Ibu dan Anak Pantai Indah. Dekat sgt je dr umah aku ni. Sampai je tak terus turun, tgk pintu macam lum bukak. Tunggu la kat parking jap sampai la nampak ade orang lain masuk. -nampak sgt takut nak masuk-

Masuk je pintu terus nampak meja pendaftaran. Aku pun kata la nak daftar buku merah. Jadi nurse tu pun suh gi bilik air test air kencing. Lepas test, ade sorang nurse ni amik blood pressure ngan timbang berat badan dan ketinggian aku. Lepas tu die cek juga hemoglobin darah. Abis tu sume, die bg satu buku merah dah suruh pegi tingkat atas.

Nurse yang cek aku td pun panggil aku masuk bilik die.…

Keadaan yang menguji kesabaran

Sewaktu entry ni ditulis, kandungan aku berusia 10 minggu 2 hari. Masih lagi dalam trimester pertama. Waktu yang banyak menguji kesabaran aku. Maklum je la, dengan pelbagai hormon yang mula berubah dalam darah ni, menyebabkan aku berasa tak selesa sgt.

Tapi aku rasa, aku masih lagi bernasib baik berbanding mom-to-be yang lain. Yang mungkin mengalami mabuk awal mengandung yang lebih teruk. Muntah pening kepala sampai tak leh bangun ke kan..aku pulak just rase mual/loya.Hampir setiap masa. Muntah pun tak pernah lagi. Kerana aku masih mampu menahan muntah tu dari keluar. Aku pun pikir tak nak muntah. Sebab muntah ni kan penat. Pastu mesti perut jadi kosong balik. Letih je makan kan..

Paling hebat waktu petang lepas balik keje. Badan rase penat sgt. Pastu perasaan loya tu membuak-buak lagi. Angin dalam badan jgn cerita la. Berbakul-bakul banyaknya. Maybe tu la sebab loya kot. Byk angin dalam badan. Selera makan aku juga turut berubah. Dulu aku suka makan. Masa 4-6 minggu dulu, selera aku…

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku

Image
Setelah begitu lama tak hapdet ini blog, ade la dlm 2 bulan lamanya kot. Hahaha..baru skrg ade semangat sikit nak menaip balik. Sumenye gara-gara takde idea + malas yg dtg menguasai diri. Jadi ini lah akibatnya. Berhabuk dah blog ni. fuh..fuh..fuh..sambil tiup habuk.

Ehem..ehem..Jadi ade berita gembira nak dikhabarkan. Ya, aku sudah pregnant. Berita yang aku tunggu-tunggu selama ni. Tak sangka dah menjadi kenyataan. Maklum la. Sebelum ni terlalu ramai yang dah bertanya.

"Dah ada isi ke blum?" "Bila nak ada anak?" "Ko dah pregnant blum?"
dan pelbagai lagi..
Dulu sebelum aku pregnant ni, aku jadi takut bila org bertanya. Bila ade yang bertanya baru la aku sedar nape aku blum mengandung lagi. Aku risau kalau salah sorg dari kami ni bermasalah. Macam-macam situasi dah terpikir dalam ingatan. Kalau itu, kalau ini..macam-macam. Nampak sgt aku byk pikir negatip sgt.

Tapi, nak wat macam mane. Aku hanyalah manusia biasa. Yg tak penah lari dari pelbagai masalah.Ceh…