Goodbye office..

5:30 PM ct nasyrah 0 Comments

This is some images of my office in Wangsa Maju. So today is my last day working here. After a year, there is a lots of new things and knowledge that i learn. Thank you for this opportunity. All of our experience and days together will be kept in my mind forever.

Goodbye everyone...

way to meeting room



my workplace..haha. semak kan


0 comments:

Bila tak dgr dan tak logik bersatu

1:52 PM ct nasyrah 1 Comments

Satu hari di Food Court baru One Utama...

"Order air ape dik?". Tanye akak kaunter.

"Mango satu laici satu". Tanya dia.

Akak yang sedang membancuh air utk customer lain tu bertanya lagi sekali.

"Apedie dik, mango?"

"Mango satu laici satu". Dia membalas.

"Mango???" tanya akak tu lagi.

"Mango ngan laici". Jawab dia dgn suara kuat sedikit.

"Mango ngn kfc?".

Time tu aku kat sebelah tahan nak gelak je laaa...hahahaha. Logik ke kat food court tu ada kfc. Kat belah drinks lak tu..adoiyai. Failed!


1 comments:

Aktiviti aku suka

12:02 PM ct nasyrah 0 Comments

Ape buat time bosan?? Time takde member??

After kawen, i have to admit nak keluar ngan kawan-kawan adalah sgt susah. Nape? Sebab ade husband yg perlu aku jaga makan minum nya, pakaian die, tmpt tinggal dia.

But, takde la sepanjang masa aku kene buat semua benda utk dia. Bila sume dah settle, baru la bole buat mende lain. So ape nak buat? Nak jaga anak?? Anak pun blum jadi lagi laaa. So, byk lagi la masa utk diri sendiri.

Ni antara aktiviti yang aku suka...

1.Swimming
ini bukan aku hokey(credit to google images)...

- Aku sgt suke mandi kolam. Aku bole la gelarkan diri aku ni 'hantu air'. Aku tak leh nampak kolam renang ke, laut ke, sungai ke..mesti rase nak terjun masuk dalam. Seronok. Aktiviti ni aku discover time aku still blaja kat UM dulu.

Satu hari tu,tah mcm mane member aku tetibe je ajak pegi swimming pool sana. So, after beli baju mandi kat MidValley(nasib time tu ade sale.murah), petang tu try gi mandi kat pool. Mula-mula memang takut la nak gi tgh-tgh kolam. Sebab tak reti berenang kan. Tapi after dah selalu pegi, aku pun dah mula pandai berenang katak dulu, then setelah puas memerhati org buat freestyle, aku pun skrg ni dah pandai berenang dah..

Even after dah abis belaja kat UM pun, aku still gi mandi kat sini. Alang-alang umah aku pun dkt ngn UM, so selalu la pegi after keje. Gi sorang je. Sape nak teman aku pun..member sume bizi. Aku enjoy je la sengsorang..

Swimming pool U.Malaya. Dibuka utk wanita hari Selasa ngan Jumaat. Yg biasa aku pegi after work pukul 7.30 - 9.00mlm

2. Membaca magazine, novel etc.

- hobi ni memang common la kan. Byk sgt pekdah leh dpt dari membaca nih. Bole dapat ilmu dalam pelbagai perkara. Aku minat membaca sejak dari sekolah rendah lagi. Time tu my faveret is buku-buku dari penulis Enid Blyton.

Aku memang minat baca buku English. Sampai sekarang, sgt jarang aku membeli novel-novel/buku B.Melayu. Tak tau la kenapa. Nak kate tak minat B.Melayu tak jugak. Ada jugak buku B.Melayu yang aku penah baca. But byk pinjam dari org atau dari library.

Sekarang, byk membaca buku-buku dari penulis mcm Sophie Kinsella, Harry Porter series, Twilight series. And aku balancekan jugak dgn membaca buku-buku agama mcm majalah solusi, kisah-kisah nabi, dan macam-macam lagi la. Kira klu bole nak ilmu dr pelbagai sumber. Takkan nak baca buku fiksyen je kan..kena la balance dgn bacaan-bacaan ilmiah jugak.




3. Surfing the net/blogwalking

- OK. Blogwalking ni agak baru la bg aku. Seronok ek baca blog org. Macam-macam cerita aku leh baca dari penulis-penulis bebas ni. Ade yg kongsi ilmu, pendapat dorg tentang ape-ape hal dunia mahupun akhirat yang paling aku minat kongsi pengalaman hidup dorg. Pastu bole tgk cara penulisan dorang jugak. Ade yang sempoi, guna perkataan 'gua' 'lu'. Biase aku suke baca blog dr penulis lelaki sebab cara penulisan yang sempoi dan kelakar. Kalau nak yg skema-skema sikit, baca la blog penulis perempuan. Proper sikit la ayat kan. Tade carut-carut bagai..

Sementara aku still hidup 'berdua' ni, byk la masa untuk hobi sendiri kan. Tak tahu lak mcm mane masa akan dtg kan..mane la tau apabila dah ber'tiga', ber'empat' 'lima' ke nanti...lain pulak dah aktivitinya kan..tak gitu.

p/s:skrg ni tgh cuba aktiviti baru iaitu............memasak. tu la masa anak dara tak nak belaja. skrg sndiri susah.ehehehe






0 comments:

Alin's E-day

2:48 PM ct nasyrah 0 Comments



me with Alin. nmpk aku cam besar gile lak kan..mentang-mentang la die tu kecik molek

Hari sabtu lps, 24 Sept is my great friend nye e-day. Nape great? Sebab aku kawan ngn die lama btul dah. Sejak sekolah rendah darjah 6 lg dh kenal. Maklum je la duk 1 kampung, jumpe time tuisyen sama-sama. Mesti la kenal. But kteorg sekolah dulu lain-lain, tp still agak rapat le.

Kejadian paling aku ingat sgt with Alin ni is time dah sekolah menengah. Satu hari tu, saje je gi umah die stadi sama-sama. That time, aku dh leh bwk moto dah. And aku gi umah die naik moto ayah aku ler. (Pinjam jap le sbb hari sabtu, ayah aku cuti duk umah je). Alin ni orangnye kecik molek je. Tapi jiwa besar wooo..disebabkan ramai member-member die yg dh bole bwk moto time tu, die pun teringin gak la nak bwk. So after stadi ptg tu, aku pun ajar la die bwk moto. Mula-mula gi kat kawasan yg lapang, so senang la sikit nak bwk kan, jalan yang rata dan luas. After die dh pandai kawal minyak dan dah ok sikit, try la bonceng aku plak bwk jalan-jalan keliling kampung.

Nak dijadikan cerita, kteorg lalu la 1 jalan bukit ni. Tak sangka lak bukit tu memang curam. Time tu Alin bwk guna gear 4 kot. Gear paling tinggi. Disebabkan aku tak abis ajar, so sampai je separuh bukit, moto tu tak leh naik dah even dh press minyak smpai abis. Haha..ape lagi. Alin pun panik, ngan kaki die yg tak bape nak smpai utk tahan moto tu, tak semena-mena je kteorg pun tergolek. Sebelum tu, aku ckp kat die pijak break, while aku trun tahan moto, tp tak sempat. Tau-tau je kteorg dh jatuh ke tepi. Nasib tak menurun jatuh ke bwh bukit kan.

Tambah malu, kebetulan ade 2 org mamat ni naik moto tgh lalu time tu. Nampak je kteorg ni dh tergolek, dorg pun tanpa segan silu sibuk membantu. Sebab aku pun terpanik gak time tu smpai aku pun tak terdaya gak nak angkat moto tu. Dah la berat, kat bukit lak tu kan. Lepas tu dorg trus blah. Lepas tu aku ngan Alin muka semasing jadi la tebal setebal tembok besar China kot.(hyperbola je ek)..malu beb! Tapi buat donow je la..mamat tu pun tak gelakkan depan-depan kteorg pun dh cukup bagus.

Hehe..saje je terkenang peristiwa lama...Nostalgia mcm ni la yg slalu bila dikenang akan membuatkan kita ingat dgn kawan-kawan kita kan.

Anyway, congrats buat Alin. Semoga ikatan pertunangan ni berakhir ke jinjang pelamin ye..


gambar cincin tunang die..but blur skit sbb amik gune hp je kan..

0 comments:

Pool game

11:01 AM ct nasyrah 0 Comments

Gayo dah menang dah kannn??

Amende tu pool? Hehe..bukan swimming pool ye..main pool mcm ala2 main snooker tu. Tapi snooker rules and bola die lain. Pool ni lain. But cara main die sama je. Guna kayu utk tolak bola tu masuk lubang.

Bila maso pulak tetibe aku minat lak nak main pool ni?? Haa..ni sume sebab game pool kat miniclip.com tu la. Dah selalu main secara virtual dpn pc, so nak try pulak secara realiti. Rupenye main dlm alam realiti sgt la susah! Nak tembak bola tu pkai kayu tu pun bergegar-gegar tangan aku. Sakit ketiak den ai! Dah la pkai baju raye..tak sekaro kojo boto la kan...

Sumenye bermula nak gi tgk hantu bonceng lepas raya ari tu kat GSC One Utama. Sementara nak tggu wayang start tu la, adik-adik den gi main pool kat tmpt bowling tu. Bayar 1 game 5 ringgit. Sebab kan teruja tgk dorang main, my hubby pun pegi la byr kat kaunter utk 1 game.

Peh..aku lawan laki aku main pool. Memang kompom la die menang kan. Die dah la memang terror main snooker tak kira la dlm reality ke virtual ke..org laki punye game kannn.
Aku yang teringin sangat nak try main, pastu sampai kesudah aku kene gelak ngan dorg. Bola depan lubang pun tak masuk beb! Haiyo la. Takpe2..ni sebab aku baru first timer. Memamg la kekok lg. Tengok la bila dah teror..bole la lawan!



Lenguh tangan buek camni lamo2..







0 comments:

Aidilfitri 2011

10:34 AM ct nasyrah 0 Comments



Dah sebulan kita berpuasa. Jadi tibalah hari raya untuk meraikan kemenangan setalah berjaya berpuasa selama sebulan, menahan lapar dan dahaga serta melakukan pelbagai ibadah di bulan Ramadhan. Raya tahun ni mmg lain daripada biasa. Hehe. Maklum je la dah berdua ni. Lain macam dah rasenye time Ramadhan dan syawal. Mmg terasa sgt berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.

Syukur la kiteorg takde masalah nak balik beraya tahun ni. Byk org kate bile time raya je selalu la laki bini gaduh nak balik beraya. Tapi berkat tolak ansur antara kiteorg berdua, takde la kejadian bermasam muka dan mata bengkak berlaku. Dah agak2 tgh bulan Ramadhan, baru la laki i decide, kteorg balik beraya Negeri Sembilan raya pertama tahun ni(kampung belah aku le tu). Rase berbunga-bunga je hati aku kan..Maklum la,tak penah lg aku merasa beraya hari pertama tanpa family.

~29 Ogos 2011~
Kami balik kampung 1 hari sebelum raya. Konvoi 3 kereta ke Bahau. Ikut LEKAS tu mmg jalan tak jem. Cepat pun cepat. Dalam 2 jam dh smpai kampung. Sampai sana sume pun dah letih. Jadi tido la terlentang kat ruangtamu umah uwan. Petangnya berbuka utk kali terakhir bulan Ramadan tahun ni. Esok kan raya...

~30 Ogos 2011~
Pagi raya yang syahdu dengan udara yang segar dari kawasan sawah yang luas terbentang serta jauh dari kesibukan kota. Rase sejuk nak mandi pagi kat sini memang standad la. Lagi2 klu mandi air kolah. Perghh mcm mandi ais beb! Hubby mmg for sure tak tahan la mandi sejuk. So masakkan la air panas. hehe. Tu pun mengigil gak die. Lps mandi, sume pun sarapan dulu sebelum ke surau berhampiran utk semayang raya. After that, sesi salam bersalam pun start. Alhamdulillah tahun ni, dpt aku menghulur duit raya kepada semua dalam family aku. Walaupun tak byk, tp itu je la yg mampu kan..dorg ok je!



my heroes or askar-askar..mcm cover album dh aku nengok

Lepas tu, siap-siap nak gi jalan beraya umah sedara mara. Lps singgah kubur atuk, sempat la singgah 2 buah rumah sebelum aku dan suami berangkat ke Jerantut Pahang ke umah uwan dia pulak. Agak-agak pukul 230 ptg gerak dan smpai dlm pukul 530 ptg. Check in hotel, and after maghrib gi umah uwan die. Ade bbq malam tu tau. Seronok bila rmai sedara mara dtg dan berkumpul ni. Lps tu main mercun berdentam dentum mmg bingit la telinga kan. Budak-budak la paling best. dpt main mercun dpt duit raya...

~31 Ogos 2011~
Gi umah uwan dulu sebelum berangkat ke Seremban pulak. Nak sambut maklong ngan paklong yang baru balik dr umrah. Lps makan tgh hari, kteorg pun gerak. On the way, singgah umah Kak Zu kat Kampung Simpang Tebing Tinggi, Jerantut. Kak Zu ni roomate aku dulu time blaja kat UM. Dalam pukul 630 ptg baru smpai Seremban. Lps maghrib, gi umah makngah pulak. Malam tu makan gulai lemak keladi cili api mak ngah. Memang terbaek! Lps tu balik umah mak long tido. Dlam pukul 430 pg camtu baru maklong ngan paklong sampai umah.


~1 September 2011~
Lps makan, sume pun nak balik KL. Tetibe my brothers ckp nak gi mandi kat Jeram Toi dulu. Dekat je dari Seremban ni. Dalam setengah jam smpai la. Not bad la tempat ni. Sebab jeram ni memang dah dibina pelbagai kemudahan and buat cantik2 utk orang dtg mandi. Ckp byk tak guna. Layan je la gambar-gambar ni....aku tak mandi sebab byk jantan yg mandi situ time tu. segan lak ai..


sume pakat nak buat flip back terjun sungai

melompat dpn pintu gerbang Jeram Toi

Lepas penat mandi jeram, baru la sume balik umah. Fuh..raya tahun ni memang best la. Best tapi penat sebab duduk dalam kete berjam-jam nak balik kampung. Tapi ini la baru RAYA! sambut bersama family tercinta..InsyaAllah jumpa lagi Ramadhan dan Syawal tahun dpn pulak..

0 comments: