Aktiviti aku suka

12:02 PM ct nasyrah 0 Comments

Ape buat time bosan?? Time takde member??

After kawen, i have to admit nak keluar ngan kawan-kawan adalah sgt susah. Nape? Sebab ade husband yg perlu aku jaga makan minum nya, pakaian die, tmpt tinggal dia.

But, takde la sepanjang masa aku kene buat semua benda utk dia. Bila sume dah settle, baru la bole buat mende lain. So ape nak buat? Nak jaga anak?? Anak pun blum jadi lagi laaa. So, byk lagi la masa utk diri sendiri.

Ni antara aktiviti yang aku suka...

1.Swimming
ini bukan aku hokey(credit to google images)...

- Aku sgt suke mandi kolam. Aku bole la gelarkan diri aku ni 'hantu air'. Aku tak leh nampak kolam renang ke, laut ke, sungai ke..mesti rase nak terjun masuk dalam. Seronok. Aktiviti ni aku discover time aku still blaja kat UM dulu.

Satu hari tu,tah mcm mane member aku tetibe je ajak pegi swimming pool sana. So, after beli baju mandi kat MidValley(nasib time tu ade sale.murah), petang tu try gi mandi kat pool. Mula-mula memang takut la nak gi tgh-tgh kolam. Sebab tak reti berenang kan. Tapi after dah selalu pegi, aku pun dah mula pandai berenang katak dulu, then setelah puas memerhati org buat freestyle, aku pun skrg ni dah pandai berenang dah..

Even after dah abis belaja kat UM pun, aku still gi mandi kat sini. Alang-alang umah aku pun dkt ngn UM, so selalu la pegi after keje. Gi sorang je. Sape nak teman aku pun..member sume bizi. Aku enjoy je la sengsorang..

Swimming pool U.Malaya. Dibuka utk wanita hari Selasa ngan Jumaat. Yg biasa aku pegi after work pukul 7.30 - 9.00mlm

2. Membaca magazine, novel etc.

- hobi ni memang common la kan. Byk sgt pekdah leh dpt dari membaca nih. Bole dapat ilmu dalam pelbagai perkara. Aku minat membaca sejak dari sekolah rendah lagi. Time tu my faveret is buku-buku dari penulis Enid Blyton.

Aku memang minat baca buku English. Sampai sekarang, sgt jarang aku membeli novel-novel/buku B.Melayu. Tak tau la kenapa. Nak kate tak minat B.Melayu tak jugak. Ada jugak buku B.Melayu yang aku penah baca. But byk pinjam dari org atau dari library.

Sekarang, byk membaca buku-buku dari penulis mcm Sophie Kinsella, Harry Porter series, Twilight series. And aku balancekan jugak dgn membaca buku-buku agama mcm majalah solusi, kisah-kisah nabi, dan macam-macam lagi la. Kira klu bole nak ilmu dr pelbagai sumber. Takkan nak baca buku fiksyen je kan..kena la balance dgn bacaan-bacaan ilmiah jugak.




3. Surfing the net/blogwalking

- OK. Blogwalking ni agak baru la bg aku. Seronok ek baca blog org. Macam-macam cerita aku leh baca dari penulis-penulis bebas ni. Ade yg kongsi ilmu, pendapat dorg tentang ape-ape hal dunia mahupun akhirat yang paling aku minat kongsi pengalaman hidup dorg. Pastu bole tgk cara penulisan dorang jugak. Ade yang sempoi, guna perkataan 'gua' 'lu'. Biase aku suke baca blog dr penulis lelaki sebab cara penulisan yang sempoi dan kelakar. Kalau nak yg skema-skema sikit, baca la blog penulis perempuan. Proper sikit la ayat kan. Tade carut-carut bagai..

Sementara aku still hidup 'berdua' ni, byk la masa untuk hobi sendiri kan. Tak tahu lak mcm mane masa akan dtg kan..mane la tau apabila dah ber'tiga', ber'empat' 'lima' ke nanti...lain pulak dah aktivitinya kan..tak gitu.

p/s:skrg ni tgh cuba aktiviti baru iaitu............memasak. tu la masa anak dara tak nak belaja. skrg sndiri susah.ehehehe






0 comments: