New born kittens! meowww..

10:55 AM ct nasyrah 0 Comments

kucen ni ade misai kontot..hehe

ni kucing faveret i!

Yeay! My black kitty dah gave birth to 4 lovely kittens! Actually they all born a week before kawen aku. Tapi tak sempat nak buat entri ni awal2 dulu. Hehe. Now, dorg dah pun berumur lebih kurang 3 minggu kot.

Mase mak kucing ni nak lahirkan her 1st baby, mmg kelakar sgt. Maklum la she is a first timer nak gave birth, so die tak reti. Mula2 die mengiau-ngiau pastu mulut die cam terbukak mcm meneran tau. Aku mmg dah agak dah die ni nak beranak dah ni. Lain mcm je tgk.

Jadi, aku pun angkat la die masuk kotak, suh die beranak dalam tu. Tapi die tak nak pulak. Die keep on keluar dr kotak tu. Last2, die duduk melepak kat depan umah aku. Tetibe die cam terperanjat bangun, pastu cam berpusing2 sambil nak tgk bontot die. Maybe die terperanjat sbb ade bende nak keluar kot dari situ. And die tak tau bende ape. Pastu anak die pun jatuh ke tanah and mak kucing tu leh lari dan jilat2 badan die dulu. Die main tinggal je anak die tu atas tanah.

Aku dah risau dah takut mak kucing ni tak tahu yang die melahirkan anak. Sbb die tak hirau anak die pun. Aku pun suruh adik aku angkat anak kucing tu masuk dalam kotak pastu amik mak die skali tunjukkan dpn die. Then bile mak kucing tu nampak anak die tu, baru la jilat anak die. Fuhhhh...rase lega sbb akhirnya die kenal dan tau camne nak manage anak die tu.

Lps bbrapa minit, lahir lagi anak die 2 ekor and yang last skali sejam lps tu. Bile tgk anak-anak die ni lahir mcm berpasangan lak. 2 ekor kaler belang and lagi 2 ekor kaler hitam putih. Pastu suke tido camni lak ------------->

kucen aku yg suke tido berpasangan..comey jerr

Sekarang ni ade problem la pulak. Disebabkan mak aku nak pindah, jadi kucen ni tak tau dah nak letak kat mane. Umah yg nak duduk tu mmg umah bawah, so bole nak letak dorg ni situ, tapi mak aku lak lum nak duduk btul2 situ lagi. Baru pindah barang je sbb umah tu still renovate. Then umah yg sewa ni plak,( mak aku ade sewa umah lain) umah tinggi. Tapi mak aku sewa ground floor. (Bole je sbnrnya nak bela kucen). Tp mak aku lak kate cam susah la sempit la. Adoi..sian kucen ni. Sape la nak bela dia.

p/s: aku nak bela. tp umah aku tingkat 10..camno?? tapi syg dorg... huhu

0 comments:

Adik's birthday bash

12:26 PM ct nasyrah 2 Comments


4 hari lepas kenduri kawen, sambung makan-makan lagi kat umah aku nih. Kali ni buat sambutan birthday untuk anak bongsu tu pulak. bestkan jadi anak bongsu. Dah besar gajah pun mak aku nak wat birthday bash lagi. For information, adik aku tu dah 15 tahun dah tahun ni. Tapi sbb die anak last, so satu family rase die ni kecik je lagi kan..haha(aku mmg suke nyakat die kate die tu still bayi lg, marah die noo!)

Birthday die kali ni sambut skali ngan anak jiran sebelah umah aku. Isma Mirza umo baru 2 tahun. Birthday dak ni 15 jun and adik aku 16 jun. Tu yang buat agak besar tu. Jemput kawan mak aku, adik aku and jiran sume dtg la makan skali.

Menu malam tu ade:

-nasi lemak
-ayam goreng rempah
-pulut kuning
-sambal ikan bilis
-kek

Ayam goreng rempah tu jiran aku yang buat. Mmg sedap woo. Aku makan mmg tak ingat dunia la. Hilang sume program diet aku. Hahaha. Tambah lagi dgn kek layer durian ngan pandan. Mmg terbaik dari ladang! Pelengkap rase plak, sambal ikan bilis mak aku punye style. Mmg berlemak la mlm tu. Nasib la kan. Sape suh masak sedap-sedap.


Anyway, happy birthday untuk adik. Tahun ni PMR. Harap-harapnye ko leh buat yg terbaik la. Klu tak umi hantar ko masuk hutan...hahaha

2 comments:

Saye dah kawen!

11:46 AM ct nasyrah 0 Comments


Alhamdulillah. Rase syukur kepada Allah SWT kerana segalanya dah selesai. Pernikahan dan walimatul urus sumenye berjalan lancar pd 10,11, 12 jun lps.

3 hari 2 mlm beb kenduri kawen. Buat 2 kenduri sekali jalan je. Senang. Biar sekali je rase penat. Tapi seriously mmg penat beb. Iye la 3 kali mekap, 2 hari dirai, layan tetamu bagai mmg penat tak terkata la.Tapi best tau! Maklumje la sekali je seumur hidup.(InsyaAllah).

Pengalaman naik pelamin, berarak dgn paluan kompang, jadi tontonan ratusan mata memandang, pakai baju 1 kilo(ayat gempak je) berat plus tebal(panas woo) plus meleret dgn mekap ala2 artis tu mmg akan dikenang sepanjang hayat la. Terus permenant dalam otak dan sanubari ni.

10 June 2011.......hari nikah

Ok. Nak cerita skit masa nikah ari tu,pkul 2 pm aku dah start mekap dah. Selesai mekap dalam pkul 3.30pm. Then menunggu masa nak gi masjid. Dalam pkul 4.30pm aku pun sampai kat masjid Al-Muhtadin yg dkt je ngn rumah aku. Habis je solat Asar berjemaah, upacara ijab dan kabul pn start. Perasaan neves tu kompem la ade kan. Lagi2 part ayah aku dah salam ngn suami aku. Mcm nak pecah jantung ni ha..After lafaz yang kedua, aku pn selamat dinikahkan dgn suamiku berwalikan ayah aku sndiri. Selesai je lafaz nikah tu, perasaan aku mmg lega yg teramat sgt. Mcm tak percaya pun ade. Tetibe je pabila start salam-salam ngn umi dan ayah aku, rase sebak pulak muncul tetibe. Ye la. Maknenya aku bukan lg milik umi & ayah. Dah jadi hak milik org lain. Standard la kan...bile anak dara sendiri dh jd milik org...msti la sedey.

Malam tu, takde majlis berinai. Yang ada majlis tahlil jemput org2 surau. Ade la makan-makan skit. Meanwhile, mlm tu jgk la aku siapkan sireh junjung (dgn bantuan mak ngah aku) sebagai hantaran utk pihak lelaki.Lps tu tido beramai-ramai bergelimpangan kat tgh rumah. Maklum la esok sibuk kenduri, msti super penat.


11 June 2011.....hari persandingan

Lps je sembahyang subuh, aku nengok dah ramai dah kat umah aku. Orang dan start masak dah untuk makan kenduri tengah hari nanti. Mekap artis i, kak Awyn, pkul 9am dah terpacak kat dpn umah utk mengandam. Dalam pkul 11.30am aku pun siap mekap pakai baju pengantin kaler biru. For ur information, tema kaler majlis rumah aku ialah kaler biru + maroon. Kaler meriah gitu.

Kira-kira pukul 12.45 tgh hari rombongan pengantin lelaki pun sampai dan aku diarak dr parking ke bwh khemah jemputan. Sebelum sampai ke meja beradap, kami dijamu mata dgn persembahan silat tongkat oleh adik bongsu aku ngan kawan-kawan die. Then, baru la berjalan ke meja beradap. After makan, sesi naik pelamin lak untuk bergambar dgn family dan kawan-kawan yang hadir. Aku memilih utk tidak adekan acara merenjis/menepung tawar sbb upacara tu kan tak elok. Tapi still aku nak merasa gak naik pelamin. Jadi upacara tu diganti dgn sesi salam-menyalam je dan mengambik gambar.

Lepas tu acara yg paling best iaitu potong kek. Kek aku 3 tingkat tu..hehe.Kek tu dah la sedap tapi aku dpt makan secubit je. Abis je majlis, cari kek kawen dah takde. Selamat dah dalam perut tetamu and family aku. Hehe..takpe la.Tetamu semua habis balik dalam pkul 5 ptg. Lps tu, start kemas-kemas sikit. Sebelah malamnye, sesi mengira duit pemberian tetamu ngn bukak hadiah pulak. Byk gak la hadiah kawen yg aku dpt dr kawan2 yg dtg. Ade yg bg pinggan mangkuk(standad la), cadar katil, periuk nasi, blender, dapur masak dr uwan ngn family Uda dan multi cooker dr opis aku. Lps tu sume pun tidur dalam keletihan....


12 June 2011.......majlis sambut menantu

Pagi tu family aku bgn lambat sikit. Lps subuh sume pn sambung tido jap. Maklum la penat kan semalam. Dalam pukul 8 cam tu, anna ngn bf die and kak zu(pengapit aku) sampai kat umah. Time tu aku baru je bgn nak mandi. Siap kene perli lg ngn anna. Haha. After breakfast, mekap artist aku pn sampai and aku pn terus dimekapkan utk kali ketiga. Siap-siap sume dalam pkul 11.30am camtu la.

Kami sampai di Dewan Komuniti Tmn Tun dalam pukul 12.50 pm camtu. Selepas tu kami diarak masuk ke dalam dewan dan terus je ke meja beradap kat atas pentas. Suasana dalam dewan time tu ramai dah saudara-mara dan tetamu yg dtg dan tgh makan. selesai je makan,mcm biasa upacara potong kek then turun ke bwh salam dgn sedara dan tetamu yg dtg.

Kawan-kawan belah suami aku jgn cerita la. Ramai btul yang dtg. Rase best sgt sbb diorg sudi dtg meraikan aku. Ade kawan-kawan die tu, aku kenal gak. So, no wonder ramai yang dtg kan. Sbb kenal kteorg berdua. Then, mcm biase la sambil2 salam menyalam amik gambar. Jalan pusing satu dewan salam ngan guests mmg penat la. Tapi best sbb dpt kenal ngn ramai org. And sebelum tamat majlis suami aku gi karok lagu Kekasih Awal dan akhir lak untuk aku. Siap kene rakam la. Haha. Lawak la die ngn suara rock kapak ngan gaya gediks bagai..nasib time tu tetamu ramai dah balik. Klu tak, aku lak yg segan menengoknye. Hehe.

Setelah selesai sume majlis ni, hari isnin tu gi outdoor photoshoot plak kat taman rekriasi Taman Tun. Lps tu settlekan hal-hal pemulangan baju dan barang pengantin lak.Bile dah selesai semua hal-hal kawen ni baru la leh tarik nafas lega.Baru la leh rilek sikit. Skrang ni la baru leh pikir tentang mase depan dan hala tuju lps kawen ni. Macam-macam perubahan yang berlaku dalam sekelip mata. Jadi bagi aku, kene la bersedia untuk menghadapi semua ni. Pelan-pelan jalan la kan.

Anyway, im so glad after sumenye berjalan dgn lancar. Dan aku skrg rase sgt bahgia bersama dgn dia. Mudahan-mudahan aku dan suami akan terus kekal hingga ke akhir hayat kami. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis perkahwinan ku..





0 comments:

Catatan utk hari ini 6 june 2011

6:12 PM ct nasyrah 0 Comments

Hari ni merupakan hari genap setahun aku bertunang dgn si dia. Tinggal lagi 4 hari untuk hari ijab kabul kami. Perasaan skrg? mcm2 ada. Kejap-kejap rase excited, kejap lagi rase resah, rase nervous tu kompem la kan..walaupn bukan aku yg kene mengadap pak imam, tp rase tu tetap ada sebab lps ni dah jadi milik org lain. Tanggungjawab semakin besar dan seolah-olah aku akan memasuki satu alam yang baru.

Alam rumahtangga..hmm mcm mane la agaknya ye?? Jadi isteri dan bakal jadi ibu dan kemudian jadi nenek ke..haha. Jauh lagi nak jadi nenek..(takpe beringat je dulu). Bersedia atau tidak, hari tu tetap akan tiba. Redha je la ek..

Skrg ni rmai member tanye khabar..tanye mcm mane persiapan. So far so good. (I hope so). Aku malas nak tension2 sgt psl persiapan ni. Sbb sememangnya byk nak sediakan. Tapi buat sikit demi sikit la. Tak yah nak over sgt. Just be simple and nice. Budget pun tak besar. Ala kadar je. Yang penting ada and sume nye selamat. Yang penting-penting cam baju, khemah, makanan, doorgift sume skrg ni tgh on progress. Hopefully sumenye ready la sebelum majlis tu nanti.

Kad jemputan semua pun dah edar. Kawan yang jauh2 tu sume pn dah jemput melalui Facebook, email ataupn sms dan call. Harapnye sudi la dtg ye, walaupn 2 minggu cuti skolah ni kompem rmai yang ada list walimatul urus semasing. Maklum je la musim org kawen skrg ni.

Persiapan diri sendiri pulak, hari rabu ni start cuti. Then plannye rabu tu gi spa kat Shah Alam. Then, maybe malam tu ataupn khamis nak berinai. Aiieee..i dah la tak penah gi spa. So, kali ni merasa la jugak kan. Hehe. Gi sorg je. Maklum la pegi time member2 sume tgh keje. Camne nak teman. Umi plak msti sibuk nye. Maklum je la masak sndiri. Tak amik catering. Mesti byk bende nak kene siap. Ape2 pun semayang hajat nak kene buat slalu. Ye la. Nak mintak agar cuaca baik hari tu dan semuanya berjalan lancar.

Ya Allah...berkati lah perkahwinanku ini...

p/s:Haaaaaaaaaaaaaaa......ok rase nak jerit kuat2 mcm tu skrg. (wlaupn dalam hati pun jadila).

0 comments:

My Kitty dah preggy

3:38 PM ct nasyrah 0 Comments



perut die sbnrnya besar. Tak bape nak nmpk sbb die ni hitam legam..

Hokey..kalau ade yang penah baca entri ni http://warnapurple.blogspot.com/2010/12/my-new-baby.html mesti tau la psl kucen yg menjadi haiwan peliharaan aku. Jadi sekarang ni setelah bela dia nak dkt 7 bulan, bg mkn dan minum secukupnya sampai kekadang aku yg tgh sengkek ni pun pegi gak kedai beli makanan utk die, si comel hitam ni dah pun preggy dan bakal jadi mak kuceng dah.

Kteorg yg kat umah ni suspek ade sekor kuceng kaler putih tompok2 coklat ni yang jadi husben die kot dan telah membuntingkan kucen ni. Sbb nye time dorg bercinta dulu, mmg btul2 tangkap cintan wa ckp lu...haha. Mmg btul pun tau! Dorg ni pagi2 lagi dah jumpe, sampai penah kantoi ngan umi aku tgh kiss2 kat tepi kete..keh keh keh. Rupenye kucen pun bercinta dan berkasih syg..

Dan hasil percintaan dorg tu telah membuatkan yg kteorg bakal mendapat anak buah...haha. (anak buah kucen). aku agak2 maybe ujung bulan ni atau bulan dpn la kot die akan deliver. Skrg ni pun die ni asyik mintak makan je. Lps makan je tido. Bangun je mintak makan lagi. Aduh, kdg2 tensen gak nak layan die ni. Tapi umi kate die paham la. Mengandung mmg makan byk. Pastu makan bende2 mengarut. Ape kteorg makan, die pun nak jgk. Masalah tul seekor yg mengandung anak sulung nih!

p/s:Hopefully anak2 die yg lahir ade la kaler oren sbb teringin nak kucen kaler oren..hmm

0 comments: