Esok nak kene bersalin dah oi

8:27 PM ct nasyrah 0 Comments

Beg baby dah siap,

Beg mommy pun dah siap,

Esok lah harinya..hari yang menjadi igauan para ibu mengandung, iaitu hari nak bersalin. Aku rase kan, nasib baik jugak aku tau bila masa aku nak beranak. Ye la, sebab aku ni kan kene induce labor.At least aku leh prepare ape yang patut kan. Ye la nak prepare macam-macam. Bukan setakat barang-barang je. Minda dan spiritual pun kene bersedia jugak. Maklum je la i think it is not an easy job. Ini la hari kemuncak setelah sembilan bulan lebih mengandung dan membawa anak di dalam perut ni kehulu kehilir.

Sejujurnya, aku takut. Sewaktu aku tulis entri ni pun, macam-macam perasaan ada. Seram, nervous, happy, excited..bercampur baur. Aku just positifkan je la diri aku. Bagi aku menghadapi mati tu sebenarnya lebih takut kot. Yes, eventhough ade ibu yang meninggal sewaktu bersalin, tp aku just positive thinking je la. Takut nak pikir jauh2. Karang ade pulak yang tak jadi nak beranak ni kang. Haha.

Tu la. Aku ni banyak sgt baca pengalaman orang yang bersalin.Rajin bebenor gi google sana sini. Baca blog orang bagai. Pastu most of them cakap induce labor ni sakit. Sebab nak menunggu pintu rahim terbukak 10cm tu mmg akan melalui kesakitan contraction yang berjam-jam lamanya. Aku pun kalau bole, tak mo la sampai kene amik epidural kan. Sebab kate mak mentua aku, ade side effect jugak amik epidural ni. Nanti sakit belakang yang amat after a few hours lepas bersalin. Sebab kak ipar aku ade yang amik epidural. Hmmm..tgk la camne. Kalau tak bole tahan sakit sangat, terpaksa la kan.

Hari ni, memang aku plan nak duk umah je. Nak rehat cukup-cukup. Ramai member-member yang dah jadi mak cakap, sila la rehat and tido puas-puas sebelum lahir baby ni, sebab after this memang bermula episod tak cukup tido, penat jaga anak dan sebagainya.

Ya Allah permudahkan lah daku menghadapi dugaanMu ini...

P/s: huhu..entri ni dah lama dlm draft rupenye. Ingat nk post sblum beranak hari tu..layan je la



0 comments:

Akhirnya kene jugak aku inject insulin

3:45 PM ct nasyrah 0 Comments

Kali ni dah kali yang ketiga aku masuk ward. Second time hari tu pun after a few days aku keluar wad yg pertama. Bulan ni boleh dipanggil 'bulan masuk ward'. Hahah. Asyik keluar masuk je. Tapi babynye lum kluar jugak. Sedih tau.

Ok. Untuk kali yang ketiga ni masuk wad sebab aku dah start kene inject insulin sebab gula dalam darah ni dah semakin susah untuk dikawal lagi. Maklum je la dah dekat tarikh due. Even aku makan walau sebiji kuih karipap pun akan menaikkan level gula dalam darah ni lebih dari range yg sepatutnya. Susah la camtukan. Aku makan nasi pun setengah pinggan je tau. Macam mana nak kenyang? Sian baby aku sebab aku kene diet. Berat badan pun turun. Sebab nak control gula sgt. Makan sikit. Pastu takleh sentuh langung makanan manis. Memang mencabar jugak la. 

Memandangkan aku ni walaupun dah control makan still ada reading gula yang tinggi, doc pun tak leh kompromi lagi dah. Die trus suruh aku start inject insulin. And mmg prosedur ppum ni once u start to inject insulin, mmg kene duk ward. Time tu nurse akan ajar macam mane nak suntik sendiri guna device dia. (Sapa yang tak paham insulin ni apa dan kaitannya dgn diabetic, sila la google sendiri. Hehe. )

Macam seram je bunyi die kan. Kene inject sendiri. Tapi apa aku bole buat. Even aku takut pun nak inject, kene jugak la belajar dan inject kat perut ni jugak. Semua untuk kesihatan baby dalam perut ni. Bila aku terkenangkan setiap pengorbanan aku untuk anak ni, aku rase sedih dan pilu. Aku kesian jugak kat diri aku. Kene duk ward, kene cucuk jari sendiri 7 kali sehari untuk cek reading gula dalam darah dan sekarang inject insulin ni sendiri 4 kali sehari. Sakit? Ntah la. Dah lama ni aku jadi terbiasa pulak dah. Jari luka ke hapa tahan je.

Mungkin ini adalah dugaan untuk aku. Ya aku redha. Mungkin ni la cara untuk menghapuskan dosa2 aku pd masa lalu. Setiap kesakitan yang aku alami ni harapnya dapat la menambahkan pahala saham akhirat kelak.

Dan sekarang aku tahu, betapa besarnya pengorbanan untuk menjadi seorang ibu.





device untuk inject insulin.nasib jarum die halus je. 5mm. tp kdg2 sakit jugak bila cucuk


0 comments:

Not a very happy new year

10:37 PM ct nasyrah 2 Comments

Tahun baru, semua orang gembira. Masing-masing memasang azam baru, ade jugak yang sambung azam tahun lepas.

Bagi aku, aku dah hampir mencapai impian aku tahun lepas, iaitu aku nak ade anak. Dan Alhamdulillah, Allah SWT menunaikan impian aku untuk mengandung tahun lepas dan beranak tahun ni.

Kalau tahun lepas, tahun baru, aku gembira sebab hari tu cuti and aku dpt tgk bunga api kat the curve. Tapi tidak untuk tahun ni. Tahun baru aku 2013 aku sambut di hospital. Yup, i'm warded.

Apsal warded?

Gini ceritanya...

30/12/12
Tengah hari kira-kira dalam pkul 1.45ptg, aku nak semayang Zohor, gi toilet dulu. Tgk-tgk panties aku berdarah mcm period 2nd day. Kebetulan laki aku dah la tak sihat hari tu. Dia tgh tido. Tapi, aku tak leh biarkan je mende ni. Risau jugak bila bleeding. Mane la tau dah nak beranak ke. Tapi aku tak rase ape-ape sakit pulak. Last-last aku kejutkan laki aku dan mintak die hantar aku gi PPUM.

Sampai je sana, aku trus ke emergency unit. Sebab klinik pesakit luar tak bukak. Cuti hari Ahad. PPUM ni wad bersalin die bangunan baru. Melilau aku cari mane emergency unit. Rupanya kat tingkat 3. Adoi. Ade ke emergency room kat tingkat atas. Masalah  bg 1s timer cam aku.

Sampai emergency, dorang suh masuk bilik. Tukar baju hosp and tanggalkan sume baju dalam. Pastu doktor datang and check aku. Mula-mula dia scan baby. Pastu, die pun cek bwh aku. 1st time la aku merasa macam mane kene seluk. Iyewwww...sakit jugak ok. Doktor kate klu sakit, tarik nafas. So, kurang sikit la sakit tu. Aku dapat rase, dorang letak mende nama spekulum kat vagina. Pastu doktor tu tgk-tgk. Letak cam alkohol sikit. Pastu die seluk ngan jari nak tgk ade bukaan ke tak. Nasib blum terbukak lagi. Risau gak klu bersalin awal sebab lum cukup time lg. Aku baru 33 minggu time tu. Paru-paru baby lum matang lg. Then buat CTG scan. Alhamdulillah, baby ok je.

After cek sume, doc pun tak sure kenapa aku bleeding. Sebab cek kat bwh dah takde bleeding. And sume cam ok je. So, dia assume, maybe uri aku ade sedikit tertangggal. Tapi sistem badan dah buat blood clotting and stopkan darah tu. Or, jangkitan keputihan kat miss V aku ni yang maybe menyebabkan bleeding. Biasala, klu diabetic preggy mom mcm aku ni sng kena jangkitan. Tapi doc kate jangkitan aku ni tak teruk la sampai kene amik ubat. Dia just suh aku jaga kebersihan je la.

Then, nurse suh aku naik atas masuk wad. Malam pertama being warded sgt la tak selesa. Dengan katil hospital yang follow bentuk badan tu. Dah ejas mcm mane gaya pun aku rase tak selesa jugak. Lantak la. Last-last aku bole tido jugak la sampai pagi.

31/12/12
Hari kedua duduk wad. Pkul 8 pagi doktor dtg cek. Tanye aku still ade bleeding lg tak. Sihat ke. Cek perut sume. Mak aku datang melawat petang. But hubby datang time masa melawat tgh hari and petang. Dia kesian tgk aku bosan dalam wad ni. Dia belikan magazine la, bwk makanan bagi aku tak boring. Nurse suh aku cek gula dalam darah 7 kali. Maklum la aku GDM(kencing manis) mom. Dorang nak pantau la kandungan gula aku ni nak tgk still dalam range yang normal ke tak. Sakit jari jemari ni kene cucuk selalu tau. Huhu.

And 1st time la aku makan makanan hospital. Ok la. Not bad makanan hosp ni. Even nmpk tak menarik. Tapi ada rasa la. Takde la tawar seperti yang aku selalu pikirkan. And of course very the healthy. Malam kedua ni  dah ok sikit duk atas katil tu. Even tak sebest katil kat umah, tapi layan je la. Hati pun berbunga-bunga sebab doc kate kalau reading gula dalam darah aku ok. Aku leh balik esok. Yeay.

Malam tu jugak la aku tido agak awal sebab kempunan tak dapat tgk bunga api tahun baru. huhuhuhu...

1/1/13
Bangun pagi dengan rasa semangat. Sebab pikir nak balik. Pkul 8 pagi macam biasa doc dtg cek. Pastu die tgk reading gula aku time after dinner tak bagus. Exceed normal range. And dia kate die nak tahan aku lagi 1 hari. Untuk pantau reading gula dalam darah aku lagi. Aku cakap, semalam tu time dinner aku makan kuih mak aku bawak time melawat. Maybe tu la sebab reading tu terlebih tinggi. Kalau makan nasi biasa ngan lauk-lauk je sume ok in normal range. Tapi doc tak puas hati gak. Die nak jugak aku stay.

Aku pun frust. Sebab aku nak keluar sgt-sgt dari ward ni. Sgt tak best duduk dalam ni. Bosan. Takde tv. Tak leh kluar. Kene pakai uniform hospital. Aku rase miserable btul duk dalam ward ni sebenarnya. Lepas je doc blah, aku pun apa lagi merembes la sebab aku marah sgt. Aku call laki aku ckp doc tak kasi balik. Kene tahan lagi 1 hari. Laki aku pun tension gak la sebab dgr bini die menangis-nangis ngadu nak balik tapi tak boleh. Die pun terus call kawan die keje nurse kat HKL. Kawan nurse die tu kata, bole je if nak kluar. Kene request la ngan doc tu. Cakap reason kenapa nak kluar. Sebab dia kate, klu setakat nak pantau gula dalam darah je yang takde kaitan ngan bleeding aku, bole je klu tak duduk ward. Dah la duduk situ kene byr. Bukan murah la sebenarnya. Sebab PPUM ni dah semi gomen hosp. So, harga ward dah ala-ala private hosp jugak la.

Tgh hari tu, laki aku pun dtg. After bincang-bincang ngan nurse and doc, aku pun dibenarkan discharged. Hati gembira bukan kepalang la. After doc kluar kan surat kluar ward sume, aku pun siap-siap nak balik. Bil hosp for untuk aku stay for that 2 nights in the ward + rawatan kat hosp = hampir RM350 jugak la. Nasib tak stay lagi for another night kannn..kalau tak lagi bertambah-tambah bil nyaaa.

Anyway, tahun baru tahun ni memang pengalaman baru. 1st time masuk ward dan merasa sendiri macam mane perasaannya. Ok la. At least masa aku beranak sok, takde la cam teperanjat sgt kan duk dalam ward. Pastu aku tgk sendiri macam mane pesakit lain sakit nak beranak, ade yang air ketuban pecah la. Pastu tgk nurse tolak gi labour room. So, boleh bayangkan diri sendiri sok macam mana la agaknya.

Huhu..takut jugak memikirkan masa lagi sebulan ni. Semoga aku dipermudahkan...Amin.








2 comments: