Akhirnya kene jugak aku inject insulin

3:45 PM ct nasyrah 0 Comments

Kali ni dah kali yang ketiga aku masuk ward. Second time hari tu pun after a few days aku keluar wad yg pertama. Bulan ni boleh dipanggil 'bulan masuk ward'. Hahah. Asyik keluar masuk je. Tapi babynye lum kluar jugak. Sedih tau.

Ok. Untuk kali yang ketiga ni masuk wad sebab aku dah start kene inject insulin sebab gula dalam darah ni dah semakin susah untuk dikawal lagi. Maklum je la dah dekat tarikh due. Even aku makan walau sebiji kuih karipap pun akan menaikkan level gula dalam darah ni lebih dari range yg sepatutnya. Susah la camtukan. Aku makan nasi pun setengah pinggan je tau. Macam mana nak kenyang? Sian baby aku sebab aku kene diet. Berat badan pun turun. Sebab nak control gula sgt. Makan sikit. Pastu takleh sentuh langung makanan manis. Memang mencabar jugak la. 

Memandangkan aku ni walaupun dah control makan still ada reading gula yang tinggi, doc pun tak leh kompromi lagi dah. Die trus suruh aku start inject insulin. And mmg prosedur ppum ni once u start to inject insulin, mmg kene duk ward. Time tu nurse akan ajar macam mane nak suntik sendiri guna device dia. (Sapa yang tak paham insulin ni apa dan kaitannya dgn diabetic, sila la google sendiri. Hehe. )

Macam seram je bunyi die kan. Kene inject sendiri. Tapi apa aku bole buat. Even aku takut pun nak inject, kene jugak la belajar dan inject kat perut ni jugak. Semua untuk kesihatan baby dalam perut ni. Bila aku terkenangkan setiap pengorbanan aku untuk anak ni, aku rase sedih dan pilu. Aku kesian jugak kat diri aku. Kene duk ward, kene cucuk jari sendiri 7 kali sehari untuk cek reading gula dalam darah dan sekarang inject insulin ni sendiri 4 kali sehari. Sakit? Ntah la. Dah lama ni aku jadi terbiasa pulak dah. Jari luka ke hapa tahan je.

Mungkin ini adalah dugaan untuk aku. Ya aku redha. Mungkin ni la cara untuk menghapuskan dosa2 aku pd masa lalu. Setiap kesakitan yang aku alami ni harapnya dapat la menambahkan pahala saham akhirat kelak.

Dan sekarang aku tahu, betapa besarnya pengorbanan untuk menjadi seorang ibu.





device untuk inject insulin.nasib jarum die halus je. 5mm. tp kdg2 sakit jugak bila cucuk


0 comments: