Esok nak kene bersalin dah oi

Beg baby dah siap,

Beg mommy pun dah siap,

Esok lah harinya..hari yang menjadi igauan para ibu mengandung, iaitu hari nak bersalin. Aku rase kan, nasib baik jugak aku tau bila masa aku nak beranak. Ye la, sebab aku ni kan kene induce labor.At least aku leh prepare ape yang patut kan. Ye la nak prepare macam-macam. Bukan setakat barang-barang je. Minda dan spiritual pun kene bersedia jugak. Maklum je la i think it is not an easy job. Ini la hari kemuncak setelah sembilan bulan lebih mengandung dan membawa anak di dalam perut ni kehulu kehilir.

Sejujurnya, aku takut. Sewaktu aku tulis entri ni pun, macam-macam perasaan ada. Seram, nervous, happy, excited..bercampur baur. Aku just positifkan je la diri aku. Bagi aku menghadapi mati tu sebenarnya lebih takut kot. Yes, eventhough ade ibu yang meninggal sewaktu bersalin, tp aku just positive thinking je la. Takut nak pikir jauh2. Karang ade pulak yang tak jadi nak beranak ni kang. Haha.

Tu la. Aku ni banyak sgt baca pengalaman orang yang bersalin.Rajin bebenor gi google sana sini. Baca blog orang bagai. Pastu most of them cakap induce labor ni sakit. Sebab nak menunggu pintu rahim terbukak 10cm tu mmg akan melalui kesakitan contraction yang berjam-jam lamanya. Aku pun kalau bole, tak mo la sampai kene amik epidural kan. Sebab kate mak mentua aku, ade side effect jugak amik epidural ni. Nanti sakit belakang yang amat after a few hours lepas bersalin. Sebab kak ipar aku ade yang amik epidural. Hmmm..tgk la camne. Kalau tak bole tahan sakit sangat, terpaksa la kan.

Hari ni, memang aku plan nak duk umah je. Nak rehat cukup-cukup. Ramai member-member yang dah jadi mak cakap, sila la rehat and tido puas-puas sebelum lahir baby ni, sebab after this memang bermula episod tak cukup tido, penat jaga anak dan sebagainya.

Ya Allah permudahkan lah daku menghadapi dugaanMu ini...

P/s: huhu..entri ni dah lama dlm draft rupenye. Ingat nk post sblum beranak hari tu..layan je la



Comments

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku