Aku kini yg bergelar ibu

Tanggal 1 Februari kini menjadi sejarah buat aku dan hubby. Sebab hari ni hari lahirnya anak pertama kami. Perasaannya mmg lain macam. Tak dapat nak digambarkan dgn kata-kata. Pertama kali tgk zuriat sendiri. Darah daging sendiri. Seronok sgt. Walaupun pelbagai kesakitan dan kesusahan tapi bila tgk dia depan mata rasa sgt puas dan berbaloi.

Jadi aku nak cerita sikit la mcm mana kronologi bersalin (induce labor) aku.

31 jan 2013

Seawal pukul 730 pg aku dah daftar masuk ke unit emergency ppum. Nurse suruh tukar baju and baring kat katil. Lepas tu dorg masukkan ubat berak kt punggung aku and immediately aku terus rasa nak berak. Ubat tu mcm gel la dorg sumbat je melalui lubang punggung. Nasib tak sakit. Hehe. Rasa geli2 je la.

Dalam pkul 9 pg doc pun dtg. Dia masukkan 1st ubat dlm faraj. Ubat tu bentuk cam tablet la. Tujuannya untuk biarkan rahim terbukak. After sejam lebih nurse pn dtg dan dia suruh aku bgn dan berjalan sekitar wad utk cepatkn rahim tu terbukak. Aku pun ikut je la kan. Jalan ulang alik wad tu. Agak-agak pukul 1230 tghhari aku dah start rase sakit pinggang dah. Aku pun balik la ke katil.

Around pkul 3 ptg, doc dtg lagi. Dia pun cek bukaan aku and kata dah ada bukaan 4 cm. pastu dia pun pecahkan air ketuban. Rasanya sakit ok. Doc seluk jari pastu mcm cubit aku punye dalam rahim tu utk pecahkan lapisan air ketuban. Pastu aku dapat rasa air panas keluar mencurah- curah dari faraj aku. After that aku dpt rasa perut ni cam kecut sikit. Ye la air dah keluarkan. Tinggal baby je kat dlm. Proses ni doc buat utk mempercepatkan lg bukaan rahim. Lepas tu nurse pun suntik ubat tahan sakit kat aku. Nama ubat tu pentodime la klu tak silap. Then aku rase sakit tp kurg la dan rase cam pening dan ngantuk sgt. Lepas tu aku tetido kot. Hehe. Sbb tak ingat apa jadi lps tu.

Sebelum aku tetido tu, nurse pun start masukkan hormon oxytocin jugak through drip. Rasa air tu lalu masuk kat tangan sakit jugak. Tp sekejap je la. Then aku tersedar hari dah mlm kot. Dalam pkul 9mlm kesan ubat tahan sakit dah abis. Aku mula rasa the real pain. Dalam pkul 1030 mlm doc dtg lg cek bukaan. Kali ni dah 8 cm. Masa ni aku dah sakit sgt. Apa yg aku dpt buat bila sakit contraction tu dtg hanya berzikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar je. Sambil aku byk brdoa agar aku dipermudahkan.

Makin lama makin kerap sakit tu dtg. Aku dah mula menangis. Sakitnya hanya Allah je yg tahu. Masa ni la aku merayu ngan doc and nurse nak ubat tahan sakit. Tp dorg bolayan je aku. Mana bole nak kasi dah sbb dah disaat- saat genting dah ni. Dalam sedu sedan aku tu mcm-mcm yg aku ingat. Especially orang2 yg aku sayang. Aku sebut panggil nama dorg. Umi aku suami aku. Teringat dosa-dosa silam membuatkan aku rasa tabah dan sabar. Mungkin sakit ni la penghapus dosa aku yg lalu. Kata aku dalam hati utk positifkan diri.

1 feb 2013

Kemuncaknye pun tiba. Time tu aku rasa dah pkul 1 pg la kot. Sakit contraction dtg selang 1 minit. Masa ni la sakit yg aku rasa paling azab skali. Sakit sampai aku dah meneran sendirinya. Aku panggil nurse doc ckp aku dah sakit sgt. Doc bole pulak gi layan patient sebelah dulu. Sbb org sebelah aku tu nak beranak sgt dah. Nasib die beranak cpt. Lepas je dia beranak, baru ada doc lain attend aku.

Doc pun ajar mcm mane nak meneran. Dia kata masa sakit dtg, tarik nafas dalam-dalam lepas tu teran sambil angkat kepala sikit dan tutup mulut ketap bibir. Byk kali jugak aku try nak push. Sampai kene marah ngan nurse sbb tak teran btul-btul. Mana la aku tau kan. Ni la first time. After ntah kali yg berapa ntah, baru la baby dpt keluar.

Masa doc angkat je baby tu kluar, terus hilang rasa sakit aku. Bila aku nmpk baby tu terus air mata ku mengalir dan perkataan pertama yg aku sebut bila tgk dia, Alhamdulillah. Rasa syukur sbb aku dah berjaya melahirkan seorang hamba Allah di dunia ni. Lepas nurse lap sikit baby dia pun angkat letak kat dada aku. Aku tgk baby aku kulit putih sgt pastu mata masih tertutup lg. After a few minutes, nurse pun angkat baby bwk ke nursery dan ade doc lain plak attend aku untuk jahit bawah.

Doc yg jahit bahagian bawah aku ni nmpk mcm doc baru je. Sbb muda lg. Then ade jugak 3 org doc pelatih lg dtg tgk proses jahitan tu. walaupun dah kene bius, tp masih aku bole rase time dorg cucuk jarum tu tau. Tp takdela sakit sgt. Bole tahan lg la. Aku rase byk jugak yg dorg jahit. After stgh jam, jahitan pun siap dan aku dibiarkan rehat.

Pkul 5 pg aku pun tersedar. Ade 2 nurse dtg nak pindahkan aku dr labour room ni ke wad biasa. Bila dah sampai wad la baru suami aku boleh naik dan jumpa aku. Rupanya dia dah pun tgk baby dan dah azan iqamat baby dah pun. Dalam pkul 8 pg baru la nurse dtg hantar baby ke katil aku.

Ok la. Tu la sikit sebyk memori bersalin yg masih aku ingat sampai skrg. Sejujurnya aku agak trauma bila mengenangkan kesakitan yang aku alami. Tapi bila tgk baby, rase tenang dan berbaloi dgn semua pengorbanan yg aku dah lakukan utk lahirkan dia ke dunia ni. Dan kami namakan dia Nurul Naurah bt Rusydi Akmal. Maksudnya 'cahaya bunga'. Ok till da next entry...

Nurul Naurah 1st day





Comments

Popular posts from this blog

Chilled Oreo Cheesecake resipi - Tak perlu bakar! masuk peti sejuk je

Tersumbat telinga dan hidung lah pulak dah (sinusitis)

Alhamdulillah..Allah makbulkan jua doaku